Pejam celik pejam celik dah lima kali aku mengandung..
wow..kalau la kesemua anakku itu dapat lihat dunia.. akulah ibu yang mempunyai 5 anak.
best kan...
anak kedua dan ketigaku keguguran.. tunggu ibu di sana ya nak..
bagi kandungan kelima ni..
hmm..nak titipkan kenangan kat sini..
Dah nampak perutku memboyot... best sangat sangat bila dapat tahu ada fetus sedang membesar dalam perut..
Ni masa aku ngan kawanku gee jenjalan lepas kenyang makan kenduri my friend NorEsah..
Selamat pengantin baru Nor.. Moga bahagia hingga ke jannah tau.
Masa ni aku lepak lepak berpicnic bersama ngan familly mertua di Batu Feringghi..
Happy sangat carry anak kelima ni dalam perut..
Usia kandungan pun dah hampir 4 bulan.
Ni sewaktu melawat my staff admitted kat Pantai..
Di awal kandungan lagi..
Ini je lah wajah wajah yang sempat ku simpan sewaktu mengandukan anak kelima ku.
Walaupun Allah tak memberi peluang untukku bersama sama dengannya di dunia ini,
Aku bersyukur kerana Allah memberi peluang buatku untuk merasai
kehadiran bayiku di dalam rahimku..
Di saat kau kaku membujur, ibu relakan kau kembali kesana anakku Aisyah..
Ibu tahu sayangku... kita pasti bertemu di sana..
Kau bertemulah dengan adik adikmu dahulu ye sayang..
Note: Sayangku Aisyah.. Ibu tetap merinduimu sayang..