Wednesday, February 6, 2013

Memey - Norman timang bayi lelaki

Abby Abadi gembira Norman timang anak  

tahniah buat  Memey dan Norman di atas kelahiran anak lelaki mereka 
bernama : Mohamed Darwisz Hakim.

"Sebaik saja saya bersalin, abang (Norman Hakim) ambil gambar bayi dan terus kirim pada Kak Abby kerana ketika itu Kak Abby berada di Sarawak dan kemudian terus ke Jakarta bersama ibunya," ujar Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi kepada Harian Metro.  

Menurut Memey, Abby turut berjanji akan melawatnya dan Darwisz apabila pulang dari Jakarta.
"Saya gembira kerana sejak hamilkan Darwisz, hubungan saya dengan Kak Abby baik dan kami juga ada keluar berjalan bersama-sama dengan ditemani anak-anak. Tiada lagi rasa dendam dan marah."
"Pada hari persekolahan, semua anak Kak Abby dan abang akan tinggal di rumahnya dan pada hujung minggu mereka akan tidur di rumah kami di Wangsa Maju. Kak Abby sekarang banyak berada di luar ibu kota kerana memberi ceramah."

Acara Kemuncak BBQ

Aku rasa BBQ kali ni meninggalkan kenangan yang sangat manis
best sangat. walaupun hujan renyai renyai
tapi kerjasama diantara kaum adam dan hawa
termasuklah kanak kanak yang memang awesome!!!

 Jimat masa, guna Frying Pan aku punya + dapur gas yang gasnya kecik mcm ridsect ( spray ) tu
sekali grill  8 ketul ayam boleh dapat. hahahaha..
 Ikan siakap.. yang siap di belah belakang
ada letak perencah kat dalam belahan tu ( sedap)

 
 sedapnya ayam panggang...
puas kami makan tau..
 Ni le terjadinya puding jagung tu
bila dah hidang kena simpan balik sebab hujan
dah out of shape dia tu.. kami telan jugak
fedulik la..

 salad buah buahan..
resipi baru guna yougurt.  sedap jugak boleh cuba lenkali

 kek pisang pun ada
cheezy wedges tu kekononnya tu la kan..
walhak guna fries yg jenis besar tu
ambik .. padan muka.. sapa suruh silap beli kentang... ( my hubby la tu)

 tukang bakar ikan dan ayam
sedap la kot kan..
si pembakar tu seksi sangat la.. lutut tu bang oi...

ha... yang baju hijau tu la kay poh
asal dah siap bakar dia la tukang hantar kat khemah

tengok seluar dah habis kotor. tangan ni le nak kena tonyoh..
guna mesin buat nak keluar kotoran degil tu.. adei...
 ok.. ni pulak tukang makan
selera betul Aleesya makan
sampai kotor habis semua baju dia

serious cakap siakap tu memang sedap
lepas ni memang nak buat lah..

balut dengan aluminum foil, pas tu masuk dalam magik pan tu
adei... sekor sorang pun tak cukup...
Amirul pun makan tak hengat tau


last ayam yg belum di panggang tu lebih
aku dah ckp ngan hubby, jgn bawak balik bagi je kat org lain
sebab dah muak tengok ayam tu..
hahahaha...


Note: Dua Biji Tupperware dinda ke mana wahai si kanda?
pulangkan.... pulangkan....


Sila Gelak..

sambungan Entry Alahai Hujan La Pulak
Tunggu la kami semua sampai hujan berhenti 
tercongok dalam kereta. Masuk je kereta sesapa pun
asal sempat kan..


bila hujan renyai renyai mcm tu
kaum adam pun keluar dari kereta mencari alternatif
apa apa pun BBQ ini harus di teruskan
Ayam, ikan semua tu sapa nak makan kalau cancell kan..

Tetiba jumpa plastik besarrrrrrrrrrrrrrrr
datang la idea nak cantum buat khmeah

 hahaha... asal boleh cover kami dari hujan tu dah kira ok
plastik pun plastik la kan..

Memang best tau sebab plastik tu mcm bakal pecah bila bila masa je
angin yang kuat tu buat sesekali aku rasa mcm khmeah ni nyawa nyawa ikan je


apa apa pun memang best lah.
nanti aku tunjuk makanan pulak k
nak buat satu entry kang panjang berjela jela la pulak.


Note: layan khemah unik ni dulu ye..

Tetiba Amirul jadi Tok Wan!

Tak tahan dengan Amirul, Malas benor nak cuci sangkar Hamster dia
pas tu asyik lupa je nak bagi makan hamsternya
dengan kerja lagi.. nak buat itu ini
memang tak terlayan si Hamster Amirul tu..
Last kami decide hantar aja Hamster tu ke rumah My Ayah
Bapa I kan, dia suka pelihara binatang
dia bela kucing, musang, beruk, sugarglider, burung
adei.. dah mcm muzium kekdahnya..
tapi My ayah pantang tau
kalau binatang peliharaannya tak boleh ambik gambar
nanti haiwan tu mati
dah dia tak suka, idak le aku nak  gedik gedik snap kan.
kang tak pasal pasal gaduh  manja pulak ngan dia..


Then tadi, My abang kesayangan SMS ckp yg Hamster Amirul tuuuuuu
dah selamat melahirkan 5 ekor anak
hahahaha.... tetiba Amirul dah jadi datuk
ye la kan.. asyik bahasakan dirinya abah je kat  hamster tu..
Ambik sekali beranak 5 ekor, Nak buat apa la bebanyak hamster tu
bukan boleh makan
nanti kalau dah asyik beranak je, mana nak simpan pulak
adei... 


Note: Bila mengandung pun tak tau, sedar sedar dah beranak, hikssss