Sunday, March 29, 2020

Day 11, PKP Covid 19

Assalamualaikum, semua

Hari ni dah masuk hari ke 11, kepala dah pening dah nak prepare apa untuk tea time
kalau dulu, tea time jer mesti lepak kat coffee house.
Then tea time dengan family bila weekend jer

sejak PKP ni, hari hari nak kena prepare tea time.
mau pening kepala juga tau.

Ada 3 keping je roti benggali kat rumah, tu pun dah tak fresh sebab dah dua hari 
aku beli, dah makan that day, tinggal 3 keping anak anak dah tak nak makan.

Buka Fridge, masih ada balance daging burger, tapi roti burger pulak tak ada.
Dalam keadaan PKP ni, kena lebih kreatif dan yang penting jangan membazir

Actually nak masak ala ala kebab gitew, tapi bahan tak mencukupi
timun tak de, tomato tak de dan mayonis pun tak ada..
So, aku olah suka hati jerlah.

masukkan sesudu majerin, campak je daging burger yang dah aku cincang cincang
kemudian masungkan bawang dan potong sikit cili padi
pecah telur masuk dan caruk carikkan.
angkat, kemudian masukkan tomato gaul sebati.

Part roti yang tak berapa nak fresh tu, aku kukus biar dia lemabab dan suam suam sikit
terus hidangkan kat anak anak.

Laju jer anak anak habiskan
siap minta untuk buat lagi esok...
alahai anak, kau tahu tak sejak PKP ni, kita kekurangan roti..


belanja satu gambar my anak dara yang excited makan..
harap harap Covid 19 ni segera berakhir
bolehlah kita pergi jenjalan yer sayang...



** nak tak nak korang kena makan masakan ibu sepanjang PKP ni**




** You are the one I always loved,
You're the one I love..
I have to say, I have to live like this,
as long as I live..


Statistik terkini COVID-19 di Malaysia setakat jam 5:00 petang yang dikeluarkan oleh KKM (28 Mac)

Lambat pulak aku post perihal Covid -19
setakat hari ini

untuk mengetahui berita terkini tentang Covid 19 ni,
korang boleh klik kat link di bawah.

http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan

Ringkasan Kes COVID-19 Di Malaysia (Sehingga 28 Mac 2020, 12:00 tengahari)

Positif2320
Negatif24727
Pending8469
JUMLAH35516
 
Pulih320
Unit Rawatan Rapi73
Kematian27


Seluruh rakyat malaysia  (PKP)"Perintah Kawalan Pergerakan".
So, kami sekeluarga duduk dendiam kat rumah.

Cuma, sesekali suami akan keluar beli barang dapur sekiranya
bekalan dah habis.

Terperuk je kat rumah.
Tapi bulanlah terperuk saja, Aku masih lagi kena buat kerja kerja pejabat di rumah
susah jugak sebab bekerja dengan limited equipment.

Semua kerja kena email dan wasup jer.

Anak anak?
dalam masa tengah buat kerja office kena jugak fikir tentang anak anak dan suami
maksudnya sambil kau bekerja, kau kena masak, sapu sampah dan layan karenah anak anak.

Anak anak pulak, cikgu akan post kerja sekolah dalam wasup group
kelam kabut la jadinya, mana nak siap kerja office
mana nak kena jadi cikgu untuk anak anak


stress...stress..stress...
Tapi.. dalam keadaan sekarang ni, stress mcm mana pun kita kena hadap
sesusah mana  pun kerja kat rumah
at least bersyukur kerana masih ada kerja
bayangkan orang lain yang kerja freelance bagai tu
tetiba tak de duit masyuk...

Time time cenggini, makanan lebih diutamakan daripada lipstik la, baju la
apa apa jalah barang yang tak berapa penting tu kan..

online shopping pun stop la kejap.







Kenangan...Makan Durian @ JPN Penang

Kenangan...

Ok post aku kali ni adalah berkaitan kenangan
kenapa kenangan?
sebab aku dah tak kerja sebumbung dengan Mazlinda

Sewaktu kerja bersama , kami suka sangat lepak dan 
makan makan bersama.

port makan durian ni Mazlinda yang introduce..
oleh kerana aku ni hantu durian
makanya, haruslah mencuba kan..

Sebiji ni harganya dalam RM 48.

pergh.. isinya mantop sekali..

kami makan sampai puas..
bila tengok je picture ni..
rindu saat bersama sama tu datang menjelma..


Thailand Border .

Jam 9:00pagi..kami sampai di imigresen Thailand.

kena beratur panjang...
saya ada snap beberapa gambar,...
lepas je ambil gambar tetiba nampal pegawai Imegresen Thailand datang kepada orang di hadapan saya..

cannot take photo..
delete photo..
pew... berpeluh kejap..

ok.noted yer semua,
snap picture are not allowed.


 ok selesai semua dah..
jom masuk van dan kita bertolak ke krabi..


kami bertolak jam 9:45 pagi cam tu, singgah kejap kat kat hatnyai untuk lunch.

even makan ala ala buffet, tapi... kerabu maggie
tetap terhidang..
I makan kerabu maggie jer..

ok..semua dah kenyang jom kita teruskan perjalanan ke Krabi..
lambat lagi nak sampai krabi..
beradu dulu la..

nanti kita check in k.

Perhentian di Petrol station

Di dalam perjalanan kami singgah kejap kat Petrol Station..
nak buang air.kecil.ke besar ke semua bagi settle..

sempat jugak I snap picture..
snap dari tingkap van jer..😁.


I respect cara dorang jimat air..
mengingatkan I waktu zaman kanak kanak
di mana nak masuk tandas kena bawa air sendiri dengan baldi..


bersih tandasnya..


ok,..perjalan di teruskan dan kami di jangka sampai lagi 3 jam..

di dalam.perjalanan, kita boleh lihat bebrapa penjual yg akan menjual bunga, asam asam dan buah buah apabila kenderaan berhenti di lampu isyarat..


teringin nak beli, tapi takut..
ok dah jgn ambil risiko kat tempat orang..

Nakhon Si Thammarat


Perut dah berbunyi..
kami singgah di Nakhon Si Thammarat..
Restaurant makanan HALAL

dari sini untuk ke Krabi lebih kurang 2 jam.
so, penuhkan perut dengan makanan dulu.

 I makan bihun goreng dan 
minum green tea
semua 105 baht.

 nice..
mcm kawasan r&r kat malaysia ler..
tapi jgn silap kedai..
hujung sana tu is for non halal food.

 nasi campur pun ada..
dan cendol is free yer..

ok..gaya kita bila minum green tea..
haruslahkan...😍😍😍


Pergi Bukit Kayu Hitam dengan Keretapi

Lama dah Aku peram cerita  ni
Ini adalah perjalanan Aku ke Krabi dan Phuket December 2019

Bertolak dari rumah jam 10:00pagi. Dari Pulau Pinang menuju ke KTM Butterworth.
sampai je dah jam 10:24. tak sempat nak beli ticket sebab train ke Padang Besar Jam 10:25


Then kami book grab utk breakfast di Pen Mutiara Taman Selat. Grab cuma RM5 jer.
Me with Haniza

I breakfast roti bakar telur leleh dan Teh tarik,RM 6.40.
Habis breakfast kami terus ke KTM butterworth untuk teruskan perjalanan kami ke Kodiang.


ok..dah selamat bertolak ke Kodiang..
perjalan mengambil masa selama 1jam 30 minit.


sesampai kami di stesen kodiang, kami cuba cuba book grab. mmm..rasanya di sini tak dapat nak book asyik driver busy jer.

Then kami mengandaikan bahawa kawasan ni tak de perkhidmatan grab. Kami membuat keputusan utk book teksi.

Ni harga teksi. Kami book untuk ke C mart.
dari C Mart  di Pekan Changlun.
Pak cik Teksi tu baik hati terus je dia bawa kami ke OYO RG Motel tanpa
extra charges.

terima kasih Pak cik
semoga rezeki pak cik sentiasa murah..





*Miss U