Thursday, February 28, 2013

Langkawi- Breakfast & Persoalan Terjawab

20/02/2013 hari ke dua kami kat Langkawi
pepagi lagi dah fresh up.Aleesya yak tak bangun awal pepagi pun bangun mandi air panas
hasutan abang dia la tu

 Roti bakat ni, actually nak bake sekeping je
Amirul pulak main sorong je masuk dalam toaster tu. sib baik baru 3 keping
main main. bukan dia makan pun.
aku le yg makan. adeiiii

 sementara aku dok sapu butter + kaya, dah dia pergi ambik nasi lemak pulak
memang dah tau tak kan habis makan lepas ni.
dah le dia tu perut pukul 10.00

 aku dah ambik coco crunch tu utk Aleesya tai tak letak susu la
sekali dia tengok, dia pun nak jugak
bila letak susu, mkn pulak lambat lambat dah kembang semua terus tak makan le
memang membazir ko Amirul

 aku memang dah tau. Apa pun tak ambik
tukang clear semua makanan anak anak
mcm mana tak temukssssssss

 jenuh dok gagah nak habiskan nasi ni.
seyes cakap ikan bilis dia sedap. tak berapa masin.
memang ikan bilis langkawi sedap ek?

semalam kawan hubby call tanya tentang kereta sewa yg dia rekomen tu.
pas tu dia ckp sori tak dapat fetch kami kat Air Port
dia ada seminer apa ntah, sampai kul 7.00 baru habis

Then hubby ada ckp yang Dataran tu tutup semalam
So, dia pun bagi tau le sebab dan musabab
fahamlah kami..


sedang asyik layan breakfast . nampak le berduyun duyun orang naik basikal
Dorang wat persediaan untuk "Le Tour De Langkawi "
Dataran Lang tu tutup sebab dorang ada wat makan makan semalam.

So, tak de la tutup terus. hehehehe
Kawan hubby tu polis, so, dia memang terlibat secara langsung le dengan LTDL ni.


Note: kena cepat update entry ke langkawi ni. banyak lagi citer semasa yg tertangguh!

Langkawi- Sup ekor Terangkat

19/02/2013
Lepas balik dari Taman Awam Kedah, Amirul request nak makan
usha satu kedai seafood macam best je
kami pun masuk .

Saujana Seafood ni terletak di jalan kuah
Kat Astaka makanan  melayu tau... jgn tersilap sebab di sebelah corner tu ada astaka cina

korang boleh confius sebab tukang masak astaka cina tu kulit dia mcm melayu
Amirul pun tersilap, kalau dia tak cakap cina mlm tu aku pun leh kata dia melayu.



 Ni la sup ekor yang buat aku jatuh cinta
tidur termimpi mimpi sampai ke Penang

giler sedap..sampai hubby janji kalau datang Langkawi lagi
 nak repeat makan sup ekor ni.
tergoda sudaaaaa....

 standard ar ulam ngan sambal belacan ciput
gambar telur dadar Aleesya tak snap pun

Ni pulak puyuh masak cili+black pepper
seyes sedap. black pepper dia tak de banyak sangat

kuahnya ala ala kuah kita makan rusa masak lada hitam, gitulah
ada manis sikit pedas sikit.
licin kami bedal.

ice kacang volcano. sedap jugak.
kat luar tu nampak simple je
tapi dalam tu banyak betul bahan bahannya.
tengoklah budak kecik tu dok ngorat es kacang aku.
tak leh makan banyak tau
memalam, kang kamu selsema pulak.

Ni pulak ley ci kang. aku punya.
tadi ABC tu hubby punya, tapi aku yang rasmi dulu. 

Amirul tu order air asam, pas tengok ley ci kang ni
dia la dok bedal.
last air asam tu cancel je la..


Total kami makan malam tu RM 17.00 sahaja.
tersangat la murah untuk 3 orang makan.


Note : dah kenyang balik hotel zzz... 

IBU BUNUH ANAK LELAKI KERANA MALU ZAKARNYA MENGECIL SELEPAS Berkhatan

Jakarta-Seorang wanita berusia 38 tahun telah membunuh anak lelakinya kerana malu.
Malu kerana  zakar anaknya mengecil setelah berkhatan.
*Adoi...sampai mcm tu sekali tekanan perasaan yang di alami ibu tu ye.
anak tu yang zakar kecik yang ko pulak nak malu kenapa?
patutnya anak tu le yang malu. pelik pelik..*

 Di fahamkan ibu muda tersebut malu dengan jiran jiran
kerana anak lelakinya yang berusia 7 tahun tu mempunyai zakar yang kecil
*senak aku baca citer ni. dah budak 7 tahun ko nak kasi zakar dia besar mana?
besar kayu baseball ke? lagi tak faham.*

Seorang jurucakap polis dipetik oleh portal berita kompas.com sebagai
berkata bahawa kanak-kanak lelaki itu telah melalui proses berkhatan di kampung
halaman di Grobogan, Jawa Tengah, pada Disember lalu.
Setelah pulang ke Jakarta, wanita itu yang mendapati alat kelamin anaknya
mengecil telah membawa anaknya ke sebuah pusat berkhatan di Bekasi, Jawa Barat.
Usaha itu tidak memberi hasil sebagaimana yang diharapkan sehingga
menyebabkan dia berasa malu dengan jiran-jiran dengan keadaan zakar anaknya itu,
kata jurucakap itu. 
 * Ni lagi satu pergi berkhatan di kampung halaman, pas tu balik mai malu kat jiran, apa kes ni?
Jiran jiran tu pun tak tengok zakar anak ko. tetiba sentap sendiri pe hal ko?*


wanita itu dilaporkan
telah membenam kepala kanak-kanak itu ke dalam baldi berisi air sehingga tidak
bernyawa.
Ibu itu juga mengikat tangan dan kaki anaknya agar dia tidak meronta.
Dia telah menyerah diri di balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu.
* Begitu kejam perbuatan seorang ibu terhadap anak yang dikandungnya, Rasanya dia ada masalah jiwa
sian budak tu dah le kena sunat, kena ikat pas tu kena lemas pulak*

Selain motif perasaan malu, polis akan juga menyiasat motif lain dalam
pembunuhan itu kerana jiran-jiran wanita itu tidak mengetahui masalah yang
dialami kanak-kanak lelaki itu selepas dia berkhatan. 
* ha kan dah ckp jiran jiran pun tak tau*
 kesian anak tu kan, moga dia dapat menyambut ibunya di syurga nanti


Note: tak sempat nak nasihat kan mak budak tu suh makan beras basmathi
besarrrrrrrrrr.... Panjanggggggggggg. kahhhhhhhhhh

Tak Boleh Masuk Dataran Lang

19/02/2013 malam.
Hubby cakap dataran Lang tu kalau masuk time Malam memang cantik burung Lang tu.
Kereta Sewa dah ada di tangan.
pssssttt... service keta sewa kat Langkawi ni memang terbaik! nanti citer k.

makanya kami pun nak le ke Dataran Lang, nak tengok suasana cahaya lampu le kekonon.
drive pusing pusing. toing toing dataran Lang telah di tutup.
hubby memang tau jalan sebab masa muda belia dulu dia kerja kat Langkawi .( tak de masalah sesat)


kami beralih arah ke Taman Awam Kuah
yang terletak berhampiran dengan Dataran Lang
papa layan anak anak. tinggi woo papan gelungsur ni.
sebelum kami masuk ke Taman Awam Kuah ni, kami cuba jugak tanya kepada org kat sana
kenapa tak boleh masuk ke Dataran Lang tu.
ramai yang cakap tak tahu..
selalunya boleh . Ntah le kenapa malam ni tak boleh pulak.
sedih tau..
nonggeng nonggeng aku melayan anak dara ni
Ada la seorang Mak cik tu, dia berhenti tepi jalan sebab nak beli makanan
Hubby pun tanya le, nak Masuk Dataran Lang tak boleh pulak
Jalan ni tutup, ada jalan lain tak?

Dia pun cakap.. adik parking kat sini..pas tu jalan masuk lagi senang.
wowowo.. mak cik jauh benor nak jalan..
biar betik mak cik. silap silap terus jalannnnnnnn
Aleesya dengan buai spender..

Then hubby tanya lagi..
kenapa ek Dataran Lang ni tutup? hari ni je ka tutup? hari lain tutup jugak ke?
pas tu Mak cik tu jawab buat aku gelak dalam hati tak tertahan.

La... tutup ka? pasai pa ah? ada apa hah?
kui kui kui.. salah orang da...
Mak cik tu pun tak aware dengan function yg ada kat Dataran Lang tu
Dia pulak dok tanya my hubby.

Amirul dah mula moody
kikikikik... tak pe lah dah tak boleh masuk, kita habiskan masa bersama kat Taman ni je lah
Amirul moody sebab hasrat dia nak masuk Dataran Lang tu tak kesampaian.


lkepas ronda ronda kat Taman Awam kuah ni
Amirul ckp yang dia lapar.
Apa lagi, kami pun ke satu kedai yang super duper sup ekornya.

sup biasa tapi rasa sampai Penang ni dok rindu rindu.


Note: otak fikir jenjalan je. soal kerja buang jauh jauh