Thursday, August 9, 2012

Dah tak ada ke?

Aku tak sure la, sama ada somehing wrong dengan komputer aku ke, atau memang benda ni dah tak ada.
Dok heran la aku ni, nape la tak leh view
code ada, tapi benda exchange link ni tak menari nari pun kat blog page.
kat blog korang ada tak?

ntah ke mana menghilang benda ni
kalau ada kan senang.


kalau dulu senang sikit nak blog walking
bila tak de benda ni tetiba jadi malas nak jenjalan. hehehe..


Berani tak?



Bila raya bakal menjelang, perkara yang dok main dalam fikiran ialah
"Tukar Duit Baru" hahaha... wangi je kan duit baru

Aku memang wajib la tukar duit baru bila raya
duit nak bagi mak pun aku tukar baru.Dah plan dalam 5-6 ratus aku nak tukar duit raya utk aku
Tapi, semalam hubby ckp nak suruh aku tolong tukarkan tuk kengkawan dia sekali.

yo.. yo.. yo...
Kalau tukar on behalf kengkawan hubby mesti leh cecah riban riban ni
cam mana ek?

Bukan bank tu tak kasi tukar riban riban, tapi persoalannya sekarang
Mcm mana aku nak carry duit tu dari bank?
ha.. jawab jah oi...

Tadi, aku dah call bank nak tanya tenbtang stock duit baru
then dorang ckp ada, tapi dorang ada waktu utk buat petukaran tu.
sebab aku dah terlewat, makanya tak boleh lah tukar hari ni. hehehehe...


Aku cadang nak tukar sikit sikit, kalau sekali harung mau runtuh bahu aku ni carry.
Keselamatan aku pun perlu di ambil kira jugak. tul tak?

 Sib baik la tadi dah sembang ngan budak office, dia janji nak temankan aku ke bank.

Dah tak Relevan


Sebenarnya, sejak bulan lepas lagi nak bahgkitkan tentang isu ni. Tapi asyik lupa je, sebab dok sibuk masukkan entry yang lain. hehehe...

Mungkin apa yang aku nak cite ni tak berapa mendapat persetujuan beberapa pihak
tapi, aku nak cakap juga ttg pendapat dan segala kemungkinan yg bermain di kotak fikiran aku ni

Bulan lepas, Amirul ada bawa borang kutipan derma Bacathon sekolahnya.
dah dapat borang tu apa lagi, mula la dok gatal kaki si Amirul tu nak pergi kutip derma
Hello... bukan kamu yg kena kutip ok.
Ibu & papa le yg kena kutip
dah tertulis kat borang tu.

photo google

pas tu siap ckp kat aku, kalau dapat kutip  RM50 ke atas ada cabutan bertuah.
eleh.. cabutan bertuah pun kannya dapat hadiah keta, umah ke hapa ke
kalau setakat dapat bottle tumbler, pensil warna bagai wat pe
beli je la sendiri. 
kat borang tu ada la persetujuan utk mengutip derma tu then kena sign.

kalau dodulu pelajar le yg kena kutip, tapi kali ni mak bapak pulak yg kena kutip.
kalau pelajar yg kutip pun memang tak sesuai la.
bimbang kot kot kalau kena culik la pulak. 
ish... mana le mak bapak ada masa nak dok pi kutip derma bagainya.
kenapa nak kena kutip derma untuk bacathon.
kat area perumahan aku tu ada beratus ratus parent. hahaha.. kena main exchange derma la nampaknya.
aku memang tak sanggup le nak menapak dari rumah ke rumah tuk kutip derma tu.
kalau korang sanggup ke?
Bagi aku le, apa thon thon semua ni dah tak sesuai dah sekarang ni.
Apa kata kalau pihak sekolah just keluarkan satu borang minta sumbangan dari mak bapak utk bacathon ke, jogathon ke. kan ke senang.
wat pe nak trouble mak bapak.
maaf le kalau pendapat aku ni menyinggung perasaan mana mana pihak.
Then semalam, kena submit dah borang tu kat cikgu.
hubby just bagi je duit poket dia. tak yah dok pi kutip kutip derma.
Note: PIBG nanti kena la keluarkan usul aku ni. Nak jugak tengok feedback parent lain mcm mana.