Wednesday, October 7, 2020

Barastar Cafe

 Throwback minggu lepas..Selepas kami balik dari rumah abang, husband nak surprise la konon kan...

Dia guna waze untuk ke satu destinasi tapi tak nak cakap. Aku pun tak terasa nak tanya kami nak kemana..ikut jer la.

Sampai je kat tempat yang dituju,tiba tiba google choose Barastar Cafe. Terua hubby cakap eh.. saya sebenarnya nak bawa awak ke 'Big Tas Tea'. kenapa boleh tersampai sini.

sambil kaki melangkah masuk, hubby mengomel, tak kan dah tukar nama. pelik.
Sampai sampai dah, why not kita try je makan kat sini. kami pun proceed order 

sorry lupa nama minuman ini sebab hubby yang order. Aku hirup jer. not bad la air minuman ni.Pandai dia order.


ambil set family ni. semua ada. cuma spaghetti tu memang bukan kegemaran kami.

sos sedap.
mushroom sup pun sedap..
meatball pun sedap.
harga pun ok.mampu makan ya bukan mampu milik. hihihihi...

Note- Thanks hubby suka nau buat surprise. Nanti kita try big tas tea pula yer.
betul ke lambat seperti yang di viralkan?





Moi sup suka suki

 Balik kerja tadi hujan la pulak. Singgah kedai nasi kandar kasih sayang belikan husband makan.

mula tu ingat tak nak makan malam ni. Lepas magrib je perut mula kekeroncongan.Hurm.. nak masa apa ek hujan hujan ni. lagipun aku sorang je nak makan.

Godek godek dalam fridge tengok apa yang ada. last jadilah moi sup sukahatiku.

Hujan hujan makan moi sup ni terangkat wei..

letak sikit cili kicap ni..
semangkuk habis tau..


Note- hujan hujan ni makan je apa yg ada. hihihihihi...






Happy Birthday To Mr.Amar

6/010/2020, terlewat satu hari nak sambut Birthday to Mr.Ammar. Actually dah tempah pun untuk chocolate bouquet,tapi last minit seller to macam acuh tak acuh ja. Janji ambil malam,pas tu bila nak pergi ambil dia cakap dia tak de kat rumah then minta datang ambil pagi pula.



Kebetulan aku pula ada beli coklat, memang nasib baik sangat kan. Tapi tak sempat nak buat bouquet , makanya akan ada la idea idea mcm mana nak prank si Amar ni. hahahaha..
Part packing saja pun dah riuh . hahahahaa
last last coklat kotak biru tak dapat nak bagi kat Amar sebab.... check semual kat kotak tu, coklat dah expired. huh... mungkin silap aku juga sebab tak check betul betul masa beli tu. Penjual pun kena la alert juga. kena check. betul tak?

ok.cheq tipu sat konon konon kami bagi coklat kecik je sebiji semepena birthday dia. Then paksa pula dia makan on the spot. hahahaha, kesian Amar, dia makan juga coklat lemau yang dah expired tu.
apa pun tak komen, macam redha je.hahahaha...

then Anita masuk bagi wooven bag sekolah. Then aku dari jauh cakap dalam tu ada sales kits yang Amar kena study sebab School Open Day dah nak dekat.
So, Amar kena take part to attend parents. Hahahahaha..
tau takuttt... HR kena jadi sales la pulak..


ok ok, bila HR buka je beg tu.... actually ada coklat kat dalamny.
HAPPY BIRTHDAY AMAR!!!!
Semoga panjang umur murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik selalu.
ok last... kita say peace......

coklat tu kami share share okey.
Thanks Anita,Sue & Amyrul.


Note:-Semoga Department kita sentiasa Ceria.Yeay!!!!