Friday, December 30, 2016

Komen Awesome kat Report Book Anak Umur 5 Tahun

Sebagai parent mesti korang nak yang terbaik buat anak anak kan..
Macam tu la juga dengan saya..

Ok  nak tanya le kan, apa perasaan korang bila dapat komen kat report book anak anak korang
mesti ada yang senyum lebar
kerut kerut dahi
Nak marah
atau.. tak rasa apa apa

Kalau korang nak tahu... apa yang saya rasa bila dapat report book anak saya  yang berumur 5 Tahun
Saya repeat sekali lagi ok
5 Tahun... 


Saya confuse!!! sangat sangat confuse...
dan nak ketawa guling guling pun ada... hadoiiiiii
Penggal pertama dan dan penggal kedua komen menda yang sama..

Baca Komen penggal kedua pulak...
Nampak mcm Anak saya dah tingkat usahanya dalam menyembang dan tambah lagi usaha nyer dalam bermain la pulak kan.. 

Ayat cikgu pun minta teruskan usaha.. so betul betul berusaha la anak saya tu. Siap bagi bonus kat cikgu dengan bermain.( lihat komen penggal kedua) peace kacang peace 

Pertama kali saya dapat komen macam ni untuk student umur 5 Tahun. 

Apa yang bermain di kotak fikiran saya sekarang :-
- Sepanjang setahun cikgu hanya buat Observation tentang anak saya bersembang je ke?
-Cikgu cuma nampak anak saya bersembang dan bermain je ke?
- Ulasan yang di beri tu berdasarkan pencapaian murid ke?
-kalau nak observe tentang menyembang dan bermain je, nenek dia pun boleh notice yang cucu dia suka sembang dan suka main..

Bagi saya,Semua budak suka bermain
Tapi tak semua budak suka bersembang/banyak mulut
setahu saya budak banyak mulut ni budak cerdik sebab dia akan tanya banyak benda dan pada masa yang sama dia akan develope dirinya


Saya tak kisah lah kalau cikgu bagi ulasan, contohnya "anak anda lemah dalam Matematik" tingkat usaha. Anak anda tak pandai membaca, teruskan usaha... 
Sebagai paren, saya akan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada pada anak saya dengan memberi penekanan yang lebih terhadap pelajaran yang cikgu bagitau tu..

Tapi.. kalau bersembang ? hurm.. sebelum masuk tadika pun anak saya suka bersembang.. memang dah tahu pun.. Ishhhh.. mungkin dasyat sangat kot anak saya bersembang kat sekolah tu kan..
Sampai outstanding gitu... nampak ketara sangat kot bakat menyembang dia..
Mmmm.. .. muhasabah diri ok..


Eh.. mana tau kan, dengan bakat bersembang anak saya tu, nanti boleh jadi wakil rakyat ke, pensyarah ke, lawyer ke?... ha... mana la tau kan masin mulut ibu ni..

Terima Kasih Cikgu.
Terima Kasih buat guru anak saya yang mengajar anak saya selama setahun di Tadika
Terima kasih kerana menjaga anak saya dengan baik walaupun hanya untuk 1/2 hari 
Terima kasih kerna menjadi mata dan telinga saya sewaktu saya bekerja
Terima kasih di atas ilmu yang Diberi
Terima kasih kerana pulas telinga anak saya
Terima Kasih kerana herdik anak B**D**
Terima Kasih Kerana Rentap tangan anak saya dari rangkulan pinggang suami saya
Terima kasih kerana bersabar dengan karenah anak saya selama 11 bulan di sana
Terima Kasih kerana kekadang hantar anak saya balik
Terima Kasih kerana sedarkan saya bahawa saya perlu lakukan sesuatu demi masa depan anak saya

Saya tak dapat nak balas semua tu dengan wang ringgit dan kudrat yang saya ada. Tambahan pula saya tak setabah cikgu untuk menjadi warga pendidik yang bertauliah.


Saya hadamkan semua yang berlaku tanpa membuka mulut kepada pihak pengurusan cikgu, kerana saya tahu, setiap manusia ada kelemahan dan kelebihannya tersendiri.
Saya juga tahu, apa jua yang terjadi, menjadi satu liku liku kehidupan yang terpaksa anak saya lalui demi menjadi "Better Person" di masa hadapan. Saya mengambil pendekatan.. Ala... saya dulu pun masa sekolah pun kena cubit perut jugak, kena ketuk ketampi jugak, kena berdiri atas meja jugak...
( Tapi time tu dah masuk sekolah rendah la) bukan time Tadika a.k.a 5 Tahun.


Insya Allah, Tahun depan cikgu tak perlu nak susahkan diri mengajar anak saya sebab saya dah tukarkan anak saya ke sekolah lain. Mungkin anak saya tak sesuai belajar di sekolah cikgu. 
Terima kasih yer cikgu.