Thursday, January 31, 2013

Heroin Dari Pakistan Seludup Masuk Malaysia

Tengok tajuk tu.. sila gelek gelek ala bollywood ok
kalau sebut Heroin Hindustan mesti terbayang karisma Kapoor , 
Eisha Deol la , Priyanka Chopra la,hape la
kalau dah Heroin dari Pakistan tu sape pulak ek?

Sesapa kenal sila angkat tangan ok.
yang pastinya Heroin Pakistan ni tak datang dengan  Hero
Tapi di masukkan di dalam Kotak

hahaha.. suspen ni.
Masuk je malaysia terus kena tangkap
sebab Heroin tu lepak dalam Kotak Kurma
nak Tengok lawa ke idak heroin tu?
meh sini nak tunjuk


v

v

v

v

v

v

v

v
v

v

v

v

v

v

v

 
Sila senyum sendiri ok
sebab ini adah Heroin = Dadah
buka artis jelita..
sapa makan pun memang boleh gelek gelek . kikikikik...

 Ini semua angkara lelaki Nigeria dan Monggolia
pandai benor taktik mereka ye
declare Kurma konon.

Note: aku memang tak puas ati bila ada pihak gunakan Malaysia sebagai transit dadah!

BR1M 2.0

BR1M 2.0 bakal di agihkan bermuala Februry 2013
Sila senyum sampai ke telinga bagi yang layak
bagi yang tak layak, jgn sedih berdoalah
moga ada rezeki anda melalui cara yang lain ok
Allah maha adil.

 
 
sejak 2 hari lepas, kat office ni dah sok sek sok sek orang dok cerita ttg BR1M 2.0
ada yang cakap kat Area Ayer Itam dah pun sampai surat
ada yang cakap kat sini dah dapat surat jemputan 
kat sana belum lagi 
kau dapat , kau layak
aku tak layak.. mcm mcm

 

Aku pun call Mak aku kat kampung, pun sama juga cakap tak de terima surat apa pun
untunglah bagi yang layak tu kan.
Untunglah sebab harga barang sekarang kan ka dah melambung tinggi 
tambah tambah tinggal kat KL dan Penang
bukak pintu je duuuuuuitttttttttt je kan..


dalam dok bising bising tentang BR1M 2.0  ni , officemate aku yg takpernah berkawin
berusia 50 tahun ( masih bujang) dok sibuk ttg agihan RM 250.00 untuk orang bujang
amboi.... tak sabo kamu yer.
eh nak tanya la. kalau duda tu kira Bujang jugak ke?
Bujang senang tu tersenarai jugak tak?
hehehehe...


Apa sangat RM250.00 jika di bandingkan kamu baru je beli keta Cash tu.
hahaha... dah dapat free memang la nak kan
sapa tak mau duit weh....


Program Hati Rakyat

para penonton..ibu ibu bapak bapak semua yang ada..
upss... sori terdangdut la pulak.

benornya memang nak canang pun citer ni.
para ibu tunggal, warga Emas dan orang kelainan upya seharusnya patut senyum lebar
sebabnya, kerajaan dah luluskan RM50 juta untuk tujuan  melaksanakan Progam Hati Rakyat yang 
akan bermula bulan depan.
 

Peruntukan RM50 juta itu di salurkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Moga moga pengagihan itu berlaku dengan adil dan semua golongan 
yang berhak mendapat faedah daripada peruntukan tersebut.


program Hati Rakyat ni best tau sebab ianya merupakan satu program dalam bentuk latihan,
bagi warga emas pula mungkin bantuan berbentuk lampin pakai buang macam tu.

Bantuan dalam bentuk kewangan pula akan campur-aduk dengan program 1Azam supaya wanita yang ingin berniaga kecil-kecilan boleh dapat bantuan

Untung rakyat sekarang itu di bantu, ini dibantu..
masa zaman Mak aku jadi ibu tunggal dulu..
Tak de semua ni..


Note: Suka beno aku join program program latihan ni.