Sunday, March 31, 2013

Senyum Sunday 18sx

cara terbaik utk memegang semasa train komuter/LRT/
monorail sedang bergerak.


HELLO2 !! Hello...
ey..ey.. mata korang ke mana tu?
 SAYA REFER Pada PAKCIK TUA YE..
 hehehe..  
 
 
Note: Sengal tuk korang on sunday...Happy holiday!!!
 

Saturday, March 30, 2013

Masuk Bukit Merah RM20 Sahaja.

 Sticky Post hingga 20/03/2013.

Pengumuman...
Aku nak jual tag masuk ke Taman Tema Air Bukit Merah. RM20 je satu
ada 20 Keping . 
Cepat..cepat. jgn lepaskan peluang untuk bersama keluarga tersayang.
 
 cepat murah..murah.. 
tiket ni untuk masuk bulan April sahaja
1hb April hingga 30hb April 2013.

Sape bermint sila wassap or sms 0125642576

Dalam Pulau Pinang aku hantar sendiri
luar Penang aku pos. ( wang pos RM 3.00 sahaja)
Memang nak let go.
Cepat sebelum terlambat.

Note: Moh lenjun!!

Friday, March 29, 2013

Sila Jangan Tiru Seperti Saya

Minggu lepas, memang Amirul ada cakap yang dia ada latihan Te Kwan do
pada hari jumaat. Latihan kul 8-10 pagi.
Tapi kan.. Ibu dia ni dah lupa.
Sedap sedap je bangun pagi tadi, basuh pinggan, jemur kain sapu sampah bagai
lepas subuh tu..

Tetiba kul 8.15 am. Amirul bangun dan tanya time.
selamba badak aku jawab. Pukul 8.00 la. awat?
Nak tengok tengok kartun apa pulak. 
asal bukak mata je, kartun.. kartun kartun..

Mirul ada Latihan hari ni!!!!! Pukul 8.00.
Hah.. alamak, cepat mandi ...kelam kabut tau
Pukul 8.35 baru sampai sekolah, orang lain dah warm up bagai. theee.. theee..

Lepas hantar Amirul, tu aku sent SMS ni kat my bos
Nak inform yang aku hari ni lewat sebab nakkena fetch Amirul balik latihan kul 10.
Memang aku tak perasan langsung, hingga la kul 3.30 tadi
Bahawasanya SMS ni telah accidently terhantar kat  gieyana.
Gieyana.Com ®
Ni ha.. si gieyana punya blog. korang kenal kan. My classmate
   kahhhhhhhhhhhhhhh......adei...
patut la bos aku dok ckp aku pergi Good Friday!
sebab pukul 11.00 baru aku tercongok masuk kerja
rupernya SMS aku tak sampai kat dia. 

Awal cakap habis kul 10.00 pagi.
Tapi aku dok tunggu punya tunggu...
pukul 10:30 baru habis latihan..

sebelum nak pergi ambil Amirul tu, aku masukkan kunci basikalnya kat poket seluar aku ni
Sebab, pukul 3.00 selalunya Amirul akan ke Library Desa di tepi laut sana tu
sebab nak penuhkan buku Nilamnya tu
lagi pun ada cikgu sekolah dia yang pantau.


Sambil dok jalan sambil dok rasa something ada kat poket
sekali tengok. kikikikiki... kunci basikal Amirul aku bawa terus ke datang kerja
adei...nampak sangat la aku ni pelupa kan..kan..
hmm... baby sitter ada kunci spare kot.
harap harap la kan..
kalau idak.. jalan kaki le kamu ke Library wahai anakku sayang..
 


Note: Jgn la korang ikut perangai aku ni yer..
sat gi cheq pi jenjalan rumah hang pa semua noh...

Thursday, March 28, 2013

Suamiku Tidak Zalim

kejap je kan dah nak habis bulan March ni.
pejam celik pejam  celik, baru sedar yang taylor cakap tempahan untuk baju raya last bulan 4 je.
Tapi kan... dalam tahun ni aku ada banyak agenda keluarga
kena la pakai baju baru. hehehehehe...

 sebelum ni pernah la dengar seorang ustaz tu cakap
"Zalim... Jika seorang suami membiarkan isterinya menghadiri kenduri dengan baju yang sama
setiap masa".. hohohoho... para suami di luar sana, peka la noh ngan menda menda gini
jgn la sampai tak bersalin baju anak bini kamu tu..
kang jadi suami yang zalim pulak.

Aku pun tak mau suami aku di cop sebagai orang yang Zalim.
jadi.. urut urut janggut suami, dapat la beli kain utnuk buat baju.
hehehehe...

kali ni nak sedondon ngan Aleesya lah.
Selalu papa ngan abang je sedondon kan..

Moga sempat la Kakak Taylor tu siapkan baju kami
Majlis bulan 5 satu dan Bulan 6 satu
haruslah tempah 2 pasang. ye tak? 


Note: Tempah sekali baju raya. Hambekkkkkkkk

Chef Tony's Popcorn

Lama dah le aku tengok offer kat groupon popcorn keluaran Chef Tony ni
Tapi tak de la rasa nak beli. Pertama sebab mahal.
Dalam hati ingat.. eleh popcorn je pun., mahal tak hengat.
aku biar je offer kat groupun tu berjalan
tak fedulik langsung.
Tetiba aku terjumap stall Chef Tony's ni Kat Tesco.
mula la dok rasa rasa... 

 Nah.. ni dia senarai harga popcorn tu
pilih..pilih.. mana satu berkenan di hati.





 Nah.. ambik semua ni. bermacam macam rasa korang boleh makan
memang syurga popcorn la kan.

Dalam banyak banyak yang aku rasa tu.
sampai naik kebas lidah aku ni. hahaha.. dah tak tau yang mana satu best
sebab semua best. kahhhhhhh...

Last aku decide beli chocolate+hazelnut.
Rasanya memang sedap..
 Popcornnya lain dari popcorn yang kita selalu dok beli tu
sebab bentuknya bulat mcm dragon ball bola.
unik la aku tengok.
 Bila popcorn ni dapat kat Aleesya.
Mcm biasa bab tabur tabur tu serah dia le kan..

Yang geram tu, dia boleh wat perangai "Kede"
dia nak makan sorang jer.

 Bila papa mintak mula la angkat balang tu
tekap ke dada la, 
bawa lari ke belakang le. 
memang kede budak sekoq ni.

Amirul sampai merajuk rajuk ngan pangai adiknya ni
kekonon nak pujuk le tu,
ambik 2-3 ketul letak kat atas tudung tupperware tu
bagi kat abang..

hamboi....sikit je ko kasikat abang..
haip.. tak baik buat pangai mcm tu.


Note: Sape nak murah tunggu groupun offer, sapa dah tak sabar nak makan silalah ke Tesco.

Wednesday, March 27, 2013

Nak Lain Dapat Lain

Lunch tadi aku lewat sikit keluar , dalam 1.30 mcm tu la..
Niat di hati nak makan Koay Teow Kung Fu kat Gelugur, Tapi cuaca panas, malas la pulak
last decide makan kat kedai depan sinunnnn... hehehehe...

aku order Koay Teow Sup
dah 1.30 tak de la ramai orang sangat, tapi kena la tunggu kejap 
sementara dorang nak masak. 
lepas air di hantar, semangkuk makanan ni pulak di hidangkan
adussss... Aku order Koay Teow, kenape la Bihun pulak yang datang.

Malas nak songeh songeh ngan tuan kedai tu, aku makan jugak.
2 bulan lepas aku datang sini jugak, aku order Koay Teow Th'ng
pas aku sebut Koay Teow Th'ng dok menganga tukang masak tu

kecek sa lagi.. Koay Teow Gapo?
Koay Teow Th'ng.. 
ooo... dok tahu tu adik wei...

sekali aku tunjuk kat gambar dalam menu yang siap mention Koay Teow Th'ng  tu, baru dorang hanguk hanguk kepala
lenkali jgn main letak je nama menu kat katalog menu
sampai diri sendiri pun tak tahu . biol.


tengah dok makan pulak, tetiba ada seorang lelaki cina, langsung tak hensem
selamba derk je, duduk ngadap aku. 
memang la meja semua penuh, tapi bukankah kat sebelah kiri sana ada juga tempat kosong
ada sorang je lelaki makan kat sana, ko pergi lepak sana boleh?

dengan muka masamnya tu buat selera aku terbantut je..
dapat order salah-nyakit hati
pengkosi meja muka masam- lagi nyakitkan hati tau..


Note: Ni yang malas keluar lunch sengsorang.. mkn kat office lagi best ada air cond. hehehehe...


2 People killed in Bullfighting Festival killed

semalam ada nonton kat TV 9.
memang mengerikan...


Dua orang mati dan sekurang kurangnya 15 orang cedera di f " bullfighting festival" di Northern Colombia. 

Mungkin bagi dorang ini adalah acara tahunan yang mesti dan seronok diadakan
Tapi sebagai manusia, perbuatan menyucuk lembu tersebut adalah satu perbuatan
menyiksa binatang..

Kalau dah melibatkan nyawa begini
tak de rasa nak hentikan ke Festival ngeri begini..


mmm... menurut berita senmalam, salah seorang yang meninggal itu akibat 
tanduk lembu tersebut telah menusuk dan merobak jantung mangsa..
eee... sangat sangat ngeri ok...

Dapat Hadiah Contest My Perfect Morning dari Nestum

baru baru ni aku ada masuk contest " My Perfect Morning" yang di anjurkan oleh Nestum
banyak jugak le gambar yg aku pertaruhkan.
 

gambar header blog ni pun aku pertaruhkan juga
then ada received e-mail dari Nestum


Alhamdulillah, walaupun tak menang grand prize tapi dapat juga merasa hadiah.
terima kasih ye Nestum.
Buat N3 ni pun setelah hadiah tu semua sudah di ngap oleh Amirul.

 

aku dapat dua perisa Nestum 3 in 1 ni
American Ginseng dan Dong Gui.

Amirul la yang suka sangat dengan Nestum ni.
bila dapat je Nestum ni, terus ke kedai beli susu
sebab nak makan ngan nestum.

hmm... nezt week kena pergi beli Nestum ni. Buat stock kat rumah
Bila anak dah suka makan bijirin ni, kita tak boleh lengah tau
Bijirin tu adalah makanan yg sihat.


Note: sempat rasa sebungkus je.. sedap.
korang cubalah..

Tuesday, March 26, 2013

Fazurina terpaksa kahwin dua kali

Fazurina terpaksa kahwin dua kali 


 Mungkin korang masih lagi teringat tentang Pelakon Siti Fazurina.
Dimana belaiu di katakan telah berkahwin secara senyap senyap tanpa pengetahuan keluarganya.

Siti Fazurina dan suaminya, Heykal Zulkifli 32, di perintahkan oleh mahkamah untuk berkahwin buat kali ke dua kerana  pihak mahkamah mendapati perkahwinan kali pertama mereka tidak sah mengikut hukum syarak.

Menurut laporan dari mStar, ibu kepada Fazurina, Zubaidah Abu Bakar, 61, memberitahu bahawa akad nikah baru sahaja dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah Batu Gunung, Pulau Pinang pada 20 Mac lalu berwalikan adik kandungnya, Mohd Firdaus Mohd Famir, 22.

"Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini."

Kontroversi mula tercetus apabila Fazurina telah melangsungkan perkahwinan di Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu dengan berwalikan bapa saudaranya tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarga yang lain.

Dalam pada itu, ibu kepada Fazurina berkata, dia terpaksa akur walaupun tidak merestui anaknya itu berkahwin semula dengan lelaki berkenaan kerana tidak mahu anaknya itu hidup bergelumang dengan dosa.
"Saya sebenarnya tidak bersetuju dia berkahwin semula dengan lelaki itu tetapi apabila memikirkan tentang soal agama dan masa depannya saya reda tetapi masih tidak merestui hubungan itu."

Zubaidah yang menganggap insiden yang berlaku terhadap keluarganya sebagai ujian Allah, menyatakan bahawa dia masih belum terfikir untuk memaafkan perbuatan Fazurina yang membelakangkannya sebagai seorang ibu.

**** Walau tergiuris macam mana pun, hati seorang ibu pasti akan lembut jua***
itulah nilai seorang ibu, saya yakin suatu hari nanti hubungan mereka akan kembali jernih..
 amin....

Restoren Malay Cuisine D'Dapor Express

Sunday tu hubby tak kerja. Dapat la kami bersama sama sekeluarga
booking restoren ni tuk kami nikmati makan malam.
lokasi restaurant terletak bersebelahan dengan Bank Standard Chartered Lebuh Pantai Penang.
Dan di tepi Maybank. Senang je nak cari.
 Janji nak datang pukul 8.30 malam, tapi... dek kerana kami ada tetamu
sebelum magrib tu, masa tu tak dapat nak di tepati.
Makanya kami ajak sekali tetamu kami makan kat sini.
Menu utama.. Kari ikan siakap
tengok tu siap berapi api lagi dapur..
makan panas panas
ayam pandan
first time nak try ni..
 
Air cinta sejati. hahaha...
jus tembikai dan soursoup  saje la cakap jus cinta. ngeeee..
otak otak.. first time jugak makan otak otak ni.
rasanya .. so so je. mungkin sebelum ni tak pernah try kat tempat lain,
jadi tak pandai nak compare
 ini pulak gado gado. Tapi seyes gado gado ni tak sedap ok.
Yang mak aku buat lagi sedap..
so, aku tak suggest kalau korang nak makan.
kalau nak jugak..silakanlah.. hohohohoho
Aleesya sedang membuta.
bagi dia tido dulu puas puas, kejap lagi bangun baru ngap.
 Nah..hidangan yang dah penuh meja
sup sayur tu yang super duper sedap..
sampai licin kami makan.
tara... si cilik dah bangun
ya..ya dia nak suap sendiri.. habis comot semua
lantak ko le.
nak kepala ikan siakap ni?
hohoho... dah kenyang sangat tak larat nak ratah ratah dah aih..
 Amirul yang terbaik. makan nasi dua pinggan
pas tu mintak ice cream kek pulak as a dessert.
suka tengok dia makan. betul betul berselera..
tak sempat nak snap full, dia dah ngap
kat atas kek tu ada oreo. awal awal lagi dah kopek oreo tu.
 Anak sedara aku datang dari kampung
sekarang cuti sekolah. ajak stay kat umah aku tak mau la pulak.


Si manis berpurdah.
dia le tetamu yang datang rumah aku. ngam ngam sebelum kami nak bertolak ke sini
dah nak keluar...so kami ajak dia join dinner kami.
Last... sebelum blah.. Amirul nak snap gambar aku kat serombong ni
siap suruh aku nyanyi lagi kat situ.
ish.. apa kekdahnya dok nyanyi kat sini..
kang semua orang boleh fengsannnnnnnnn....


*****  harga makanan memang mahal. ***
gado gado  Sayang Selalu - RM 8.80
Sup Sayur RM7.90
Ayam Pandan RM 12.80/ RM 22.80
Kari ikan siakap RM 38++
Icew Creame Kek -RM 7.90
Telur Dadar Pelangi  -RM8.90
Otak Otak - Lupa la pulak 


Note: sesekali makan tak pe ok.janji bahagia.. hahahahaha..
 
 










Monday, March 25, 2013

Abang Jaga..Nanti Orang Ngorat

Semalam my adik datang rumah, Masa tu kami dok tengah bersiap -siap nak keluar
sembang sembang semua, Then My adik ada la tanya ttg tempat kerja
hahaha... baru nak bagitau ni yang akak dah balik ke ofiice lama
"due to the popular demand." kahhhhhhhhhhhhh

then, aku ada citer sikit pengalaman kat sana
aku cakap le, ada sorang bang la tu dok tegur aku

Abang Desh : Adik sini kerja baru jugak , masa jugak tak ada mau cakap
Aku : Ya.. baru masuk, ( sambil punch kad aku nak masuk office)
Abang Desh: Adik.. Saya Moustafa.. Panggil Saya Moustafa..Moustafa...
Aku: ( dlm hati ). Eh.. ko pehal, ada aku tanya nama ka? adei...
ooo... ok lah saya masuk kerja dulu
Abang Desh : tengok je aku dari jauh..

suka picture ni Nampak happy je ...
Satu rumah dok ketawa dengan gelagat si Abang Desh perkenalkan diri kat aku tu
Then my hubby pun senyum sinis je.


Pas tu my Adik cakap. Abang tengok akak betul betul
nampak lawa pulak Man mai kali ni, Kak ada makan apa apa ka?
gambar sekadar hiasan..
ish.. mula la nak menyakat
pas tu dia panggil aku dok sebelah dok, raba raba pipi aku la
pas tu belek tangan bagai. Betul la kak, kak nampak lawa la..
hahahaha... dok puji melangit kenapa ni?

Kemudian dia tengok my  hubby
"Abang jaga bang... nanti orang ngorat kakak"
Kakak dok pasang badan sekarang ni, hati-hati tau..
hahahaha... 

Pandai kamu noh.. buat abang kamu berfikir sejenak.
kui kui... 
kalau tak nyakat orang bukan kamu la Leman oi...


Note:  Puji sebab nak ajak Kaknya ke Kelantan.hohohoho
Kelantan! See me in May 2013.

Lingkup Semua.

Al kisahnya, hari jumaat aku sakit, tak de le teruk sangat
so, balik rumah dalam pukul 8.30 mlm dah zzzzzzz...
hubby kerja malam, bila Aleesya ngantuk Amirul letak je dia sebelah aku.

 

Pagi sabtu tu memang aku still tak larat la
memang tak buat breakfast or prepare apa apa makanan untuk Amirul 
dah pesan kat Amirul supaya ke Rumah Baby sitter, pergi makan
jgn kacau papa, papa letih balik kerja malam . so papa nak tidur....

Pas tu aku pergi kerja.
Balik lambat sikit, biasalah kata je half day, kalau kerja banyak kena la terus habiskan
then pukul 3.00 baru boleh balik, call my hubby
tetiba Amirul yg jawab. sah sah le dia tak ke rumah baby sitter.


Balik rumah.. hmmm.. mcm biasa, seorang ibu pasti akan dapat detect
apa yang anak buat sepanjang ketiadaannya di rumah. tul tak?
tanya Amirul siapa goreng nugget
Mirul la.. tapi tak jadi la..
Kenapa?
Mirul goreng tak letak minyak, pas tu semua jadi hangit
dalam tu mentah, langsung tak boleh makan...

  

Papa mana?
Papa tidur. Mirul buat sendiri sebab Mirul lapar.
Masa tu rasa mcm nak bersilat gayong pun ada ngan Amirul ni
berani dia main dapur semua, masak bagai..
kang terbakar satu rumah baru tau
eeeeee....... geram tul
habis lingkup!!!


tengoklah my kuali
tonyoh tonyoh sampai nak lekang bahu pun 
dah tak cantik.. waaaaaaaaaaaaaaa



Note: Risau...risau...risau..

Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com



NAILI SHOPPE : Kedai Online Termurah Di Pasaran

Naili Shoppe merupakan pemborong, pengedar dan penjual pelbagai produk kecantikan, kesihatan, tudung (bawal, labuh, ratu), stoking buluh, shawls serta pelbagai jenis aksesori bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan kawasan sekitarnya.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Naili Shoppe ini ialah D’Herbs, Anugerah, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Nurbeautyline, Fellina, Megah Perawan, CocoaCollagen, Avail, Pamoga - Vida Beauty, Beauty Umairah, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Hijrah, Smartherbs, Pompure, D’Qistee, Produk Sunnah, Jerslin, Jamu Ratu Dara dan banyak lagi.

PEMBELIAN SECARA ONLINE AMAT DIALU-ALUKAN

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-
Puan Naili : 013-3913 349
Emel : nailishoppe@gmail.com

Alamat Premis :
Naili Shoppe
T00-UF2, Blok C
Pangsapuri Putra Damai
Jalan P11E Presint 11
Putrajaya

Business Hours :
Isnin – Jumaat ( 10 pagi – 9 malam )
Sabtu – Ahad ( 10 pagi – 8 malam )


Syarat Penyertaan Giveaway
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Like Fanpage NailiShoppe dan Add To Circle Google+ Naili S
  3. Like Fanpage Keledek Pedas dan Add To Circle Google+ Dennis Zill
  4. Buat entri bertajuk Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
  7. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual.
  8. Giveaway ini akan berlangsung dari 12.01 pagi 23/3/2013 sehingga 11.59 malam 7/4/2013

Hadiah Giveaway - Wang Tunai Berjumlah RM 200.00
  • Pertama : RM 40 X 1 orang
  • Kedua : RM 30 X 2 orang
  • Ketiga : RM 20 X 2 orang
  • Keempat : RM 10 X 6 orang

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh Naili Shoppe dan Mykeledek dengan kerjasama Mialiana.com

Sunday, March 24, 2013

"MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"

Lama jugak aku menyepikan diri dari join mana mana GA ni
Kali ni anjuran Mak Dara. Rasanya kali ni kali ke dua aku join cotest beliau.
kali ni giler gempak hadiah nya.

Sila klik banner or SINI untuk Join


Senarai Penaja.
 
 
Nama nama penaja tu nampak mcm familiar la.kui  kui kui..
 
Nak tag  dorang bertiga ni, 
 
                                EL
                                Haryati Faizal
                                Nureen
 
 
Satu Giveaway, 30 Penaja, 
58 Hadiah, Siapakah Yang Bertuah?
MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER 
by Mak Dara


Note: Cepatttttttttttttttttt