Friday, December 2, 2011

Sorry, I Tak Jual K !

Rentetan daripada printer & scanner kat office aku ni dah kojol

makanya dalam pukul 3.00 ptg datanglah

si service computer ke office ku.




Aku attend dia kejap pas tu gegas gegas ke toilet nak pump Breast Milk

Dak service tu pun nampak aku carry breast pump

aku selamba je bawa menda tu depan dia, tak kisah ar

dia pun dah kawin & dah 2 anak




repair punya repair last dekat pukul 6.00 ptg baru leh siap

aku pun dok siap siap nak balik la jugak

then aku pergila ambik BM aku kat dalam fridge tu untuk di bawa pulang




Dia pun tanyalah, Your Milk?

Aku ckp yup. my dotter tak mau formula milk, so I kena kerap pump

supaya cukup stock.

Banyak ke stock kat umah? aku cakap banyak jugak. dalam 70-100 oz




dia ckp banyak tu.. Y not u jual je. I tengok kat tenet dorang ada beli secara Online.

try la.. mana tau u boleh earn extra money. tak caya pi sini




woi!!!.. ( dlm hati) geram gak la sebab dia tanya cenggitu. tapi bila pikir balik

tak leh la nak marah dia sebab dia bukan org islam, tak faham le




Then aku explain kat dia la sikit sikit. pas tu aku ada juga ckp it is against the islamic law.

pas tu dia faham.




Aku cuma risau, kalau menda ni menular akan jadi satu budaya/kebiasaan
manusia menjual susu badan.




Harap harap para para ibu muslim di seluruh dunia tidak menggunakan

jalan pintas ini untuk mendapatkan wang.

"jgn gadaikan agama demi wang"


Pernah Tengok tak?

Standard la kan orang pompuan ni kalau wat research

mesti ttg hal hal yang nak slimkan body

nak kempiskan perut, punggung

pokoknya 90% yang di gugel adalah ttg kecantikkan




Tadi aku tak gugel pun, aku cuma terbaca kay reading list di blog aku ni

rasa teruja gak sebab sebelum ni aku pun tak pernah tengok

korang nak tengok tak?

meh sini aku tunjuk


Aku ambik gambar ni kat sini




eee... geli noh tengok. betul ke ulat resdung tu?

cam na dorang leh ambik atau ternampah ulat ni?

kuor dari lubang hidung kah?




kalau betul le.. memang geli sangat ulat ni dok parking kat lubang hidung kita.

Artikel di bawah ni aku petik dari blog itu juga


1. Penawar Resdung:

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.


Memang betul dan benar petua ni. aku pernah amalkan. korang tau bila aku amalkan jadi mcm mana? Mula-mula ok, pas tu kat dalam lubang hidung aku start tumbuh jerawat. sakit kemain lagi. korang pun pernah rasa kalau jerawat parking kat dalam lubang hidung ni kan...


Then aku terus amalkan juga. bila dah ok jerawat kat dalam lubang hidung tu, naik pula jerawat batu kat muka berdekatan dengan hidung juga. jerawat tu keras mcm batu. amal lagi jgn stop.


pas tu lama lama jerwat tu pun ilang dan meninggalkan kesan lubang kat muka aku sampai ke hari ni. Gatal gatal kat idung & kerongkong dah hilang. Paling mujarab kalau korang wat time nak berwuduk tu.