Wednesday, November 27, 2013

Anak Anak Mengadu Domba


Naiim 
Sekarang kan cuti Sekolah, So asal aku balik kerja je mesti ada cerita dari Si Naiim
Al maklumlah dia tinggal kat umah sebab papa kerja malam

Ibu, papa ni kan bila Naiim ajak Pi Bukit Jambul selalu tak mau pi
asyik pi pejabat pos, pejabat pos pejabat pos
hat tu ja yang papa nak pi
Ingat Naiim suka sangat ka Pi sana...

**Aku hanya diam je, sebab aku tau kenapa hubby pergi pejabat pos,
sekarang ni ko tak suka la pergi sana, nanti bila kau tau mcm mana nak mencari 
Nafkah untuk keluarga, sure kau akan faham..***

ye la kami kan ada run sikit Biz arwah ayah, so bila org order kena la hantarkan.
pergilah tengok kat sana, berjela pos laju track.
untuk bulan ni tak updated agi nih...


Aleesya
Asal balik dari umah baby sitter je mesti nak tunjuk tangan le kaki le kat aku
sambil tunjuk sambil tarik muka mcm kekononnya nak nangis le

" ni..ni.. mau didit, mau didit tangan adik , didit kaki adik"
ye ye la la duk ngadu sakit sana sikit. Tapi mau gigit tu pabenda?
banyak hari jugak le aku cuba catch up apa yg dia maksudkan Mau tu kan..

kalau aku teka salah terus nangis la kan..
Saja la suatu hari tu aku cuba teka, bila dia sebut mai didit.
Aku ckp Rimau gigit ke?
Ha..mau didit tangan adik, mau didit kaki adik..
sambil angguk anguk..

terus aku bantai gelak. Amboi..............ko Aleesya agak agak la nak ngadu pun
belasah Rimau yang gigit, ko ingat sesenang je ke nak jumpa rimau?


One day aku nak gi ambik dia kat umah baby sitter
kebetulan Aleesya tengah sonok bermain..
rupe rupenya, dorang duk main rimau rimau kejar kejar
kekonon si Ilhan as harimau then gi la tangkap Aleesya
oooo....patutla tak habis habis ngan rimau gigit tangan kaki bagai.
ahaksssssssssss.

Note : Sesapa yg dok tanya aku Run Biz apa, especially Tifa Anvar a.ka. Sya, Klik je SINI.



Khasiat Mandi Sepertiga Malam

Nak Cantik = Mandi Malam
Nak Kurus =  Mandi Malam
Nak Sihat = Mandi Malam
Nak Awet Muda = Mandi Malam

ecewah.. list down  bagai mcm dok promote suplement jenama mandi malam la pulak. kui kui kui

Tak de  lah aku tengah google tentang kelebihan mandi Malam a.k.a mandi di Sepertiga Malam
Sebab... that day ada menonton Rancangan "Bukan Empat Mata"

seorang tetamu Pak Tukul tu ada menyebut
kakeknya ( Datuknya) berusia 144 tahun masa meninggal kerana mengamalkan mandi lewat malam
bukan setakat mandi je, kena la berqiyamulalail bagai.. jgn dok harap mandi semata mata je kan.

Tak pe, part qiyamulail, dan amalan sunat tu kita letak ketepi kejap.
Aku nak citer tentang Khasiat Mandi di Sepertiga malam ni

That day tetamu Pak tukul cakap bermula jam 12.00 malam hingga sebelum subuh
adalah waktu fasa air berubat. Tapi rata rata yang aku tanya
dorang cakap mandi jam 4-5 pagi sebab Rasulalallah S.A.W mengamalkannya.


ok, baca sterusnya:-


Dalam menjaga kesehatan, Rasulullah S.A.W mengamalkan mandi fajar yaitu mandi sekitar pukul 2-3 pagi .(sebelum subuh )
Kelebihan mandi sepertiga akhir malam di antaranya:
1. Tidak terkena penyakit asma
2. Terhindar dari angkara jahat seperti sihir, baik dari jin atau manusia
3. Tubuh badan menjadi sehat
4. Wajah bercahaya
5. Doanya mudah dimakbulkan Allah
6. Wajah menjadi awet muda
 Dr. Midi Hariyani, SpKK spesialis kulit dan kelamin dari klinik nusantara kuningan menyebutkan bahwa dengan mandi subuh dapat membangunkan tubuh yang terlelap dimana metabolisme tubuh sedang melambat.Diibaratkan membangunkan mesin yang awalnya pelan kemudian dinaikkan.
*** kita selalu dengar kadar metabolisme menurun bila usia meningkat kan. ternyata kuncinya terdapat pada waktu mandi di sepertiga malam. kalau dah metabolisme dah meningkat proses pembakaran lemak punbertambah la kan, tak de slow mcm siput****
Suhu tubuh akan dinaikkan mencapai kestabilan. Jantung menjadi terpacu untuk bangun,adrenalin meningkat, pembuluh darah jadi lebih lancar untuk bergerak sehingga aliran darah dalam tubuh menjadi sangat baik termasuk aliran ke kulit. Sehingga kulit tampak lebih fresh.
*** see, bila kulit fresh maka terus  wajah nampak awet muda***
Sebenarnya banyak lagi khasiat mandi di waktu sepertiga malam ni, Kalau ngikut petua mak aku, asal kami demam je, mesti dia suruh kami bangun mandi jam 5.00 pagi. Mandi sampai tubuh rasa gigil tau. Actually aku biasa jugak bangun memalam dan terus mandi. Kalau ikutkan dengan suhu sekarang ni, tak de la sejuk mana pun..biasa je. Korang boleh cuba mandi jam 5.00 pagi, ternyata airnya tidak sesejuk air di waktu 6.00 hingga 7.00 pagi tau. 

cublah kalau tak caya.

Aku ni kunci je jam kul 5.00pagi, bila jam bunyi, tutup balik.zzzz....haish cam no la nak biasakan diri kalau cenggini kekdahnya. muahahaha...
 
Note: Perkara yang baik, Perlu berusaha untuk amalkan.. semangat...semangat...