Wednesday, January 29, 2014

Cuti CNY

eh..korang bila start cuti?
aku benornya hari ni dah last day, esok kalau datang pun half day je
mmm.. tengok la mcm mana kalau tak de yang urgant aku zzzz je kat umah
nak terus balik kampung pun tak boleh sebab hubby kerja lagi malam besok.




Bila kerja semula?
hehehehe...aku kerja balik bila office aku dengan rasminya bukak le..
iaitu jatuh pada hari rabu bersamaan 5/02/2014
tak de la lama mana pun..



Hasrat hati nak le lelama kat kampung. Tapi tak boleh la selfish kan
kena la tengok schedule suami, schedule si Naiim bagai
kalau my hubby cuti sikit aku pun kena la balik penang awal
then..si Naiim pun bila start cuti belum tau lagi
hari ni kot baru dapat tau..
adei...




Note:  hmm... Nak kena singgah kat Cinta Sayang jap..





**** the truth? I like you a lot
         you make me happy,  You make me laugh
        you're smart , You're different,
        you're little crazy and awkward 
        and your silly laugh alone can make my day 
        
 

Tuesday, January 28, 2014

Sesuka hati je ambil

Aleesya ni kalau gi jenjalan memang duduk tak diam
harus berjiwa kental kalau bawa dia jenjalan terutama kat shopping complex

ha..memang tak duduk diam dia ni, lari ke sana ke mari
stamina si ibu haruslah sentiasa alert kan..
lagikejar lagi la berlari..

Tapi.. untung benarnya ada anak yang aktif macam Aleesya ni
cuma kome bayangkan, dah dewasa cenggini kome boleh ke berlari lari berkejaran dalam shopping complex
sesaja je kan..
So, bila anak lari, kome pun boleh la berlari sama, tak de sape nak kata apa dan tak de sape yang nak rasa pelik pun kan.. 
hahahaha... untung kan...

sape penah kena pau ngan anak dengan kipas yang tak de faedah ni?
hikss..aku selalu tau, walhal bagi aku tak de faedah apa pun kalau beli kipas ni
lepas beli masuk dalam keta dah ada a/c.
balik umah kipas shiling dah ada..
so, kipas ni just sebagai menyemak kat dalam umah je
then..as you all know..harganya pun tak de la semurah kipas zaman aku kekecik dodulu
ala.. kipas yang ada gula gula biji biji kat batangnya tu
hahahaha...

sebab dia dah ambil sendiri kipas tu, aku bayarkan lah jugak
walau dalam hati dah tau pun pas balik ni bukan nak main kan..kan..

Then sekali aku pusing, tengok dia dah pegang candy yang bersusun kat situ pulak
adei.. actually tak makan pun, sebab terlalu sweet menda alah ni

see.. air mata dah berlinangan sebab aku tak nak belikan untuknya
dia nak candy ni bukan sebab nak makan candy tu
cuma nak benda kecik yang tergantung kat candy tu

nampak tak? 
jap..jap.. aku closed up menda kecik tu k.

hahaha..sebab dak minion ni je pun
haish...

Last, candy tu aku letak dalam peties. ntah bila la nak habis
memang tak sesuai untuk kanak kanak mcm Aleesya ni makan manis manis.



Note: kalau la b'day dia nanti buat kek minion ni, mau lompat ke langit dia. hahahaha




*** when you really love someone, age, miles, height, weight, 
        are just numbers....
      

Terima Kasih Kak.

Semalam balik je dari kerja, akutengok satu envelope A.R.Registered
uitsss.. untuk aku la pulak
tak de sape pun usik, elok je kat atas meja tu dia lepak.
hmm.. ada titipan istimewa dari kak Alona.
tak sabar nak tengok apa dia kan..kan..

 dapat FM. best best.. terima kasih ye kak. bertambah tambahlah koleksi FM t kat fridge tu.

ok.. untuk FM yang ni, nak gelak sikit. Si Naiim siap tanya apa benda ni?
FM lah.. 
then Naiim cakap mcm Name tag sekolah la..
ingatkan ni Name tag kawan ibu tang sekolah kat Siam.
hahahaha... ada ke orang nama Hadnyai ? adei...



then yang ini pun pemberian Kak Alona jugak. Lama dah tapi tak sempat nak buat entry
even baju ni saiz "M" tapi muat pulak ngan aku
normally aku pkai saiz L. 
dah memang rezeki kan.. kan..

warna merah memang T suka.. 
terima kasih sekali lagi ye kak..


Note: Untuk elak sebarang speculation  or  negative assumption . Aku hanya mampu berdiam.




*** There are those moments of life that I'll
       always remember.Not because there were important
       but because you were there with me...
       and I miss you and I miss the  moments too...



Monday, January 27, 2014

Hari ini 2 Tahun 6 Bulan dah

Dah lama aku tak update tentang umur Aleesya, My charming dotter
mana tak nye kan, semua orang dia charm. ngeee..

Ok, hari ni genaplah usianya 2 Tahun 6 bulan, a.k.a dua tahun setengah kan..
hmm..rasa mcm baru je melahirkan dia. Then tatkala ni juga aku dah berazam nak BF 
my dotter until umur dia 21/2 year. 
Alhamduliullah, Allah dah makbulkan doa aku.
""ye..kaum kaum ibu di luar sana, kalau susu kurang, banyakkan berdoa.
Allah pasti makbulkan doa kalian. ""

senang saja upernya nak hentikan si Aleesya dari BF, ahaksssss
tak sangka tau,tak de la nak merengek bagai .


Aku tak de lah rahsia apa apa yang nak berkongsi tentang cara cara nak hentikan BF ni.
cuma inilah pengalman yang Allah berikan untuk aku.

aku cuma cuba untuk stopkan BF ni pun dalam seminggu dua ni je
Bila Aleesya minta nak BF, aku akan cakap yang  aku sakit
then kalau dia nak jugak BF, aku cubalah nangis nangis..
So, she will stop and continues lagi..

Tapi kejap je, mungkin dia worried sebab aku selalu cakap sakit. hahaha trick la kan.
bila selalu sangat aku cakap sakit, dan aku gantikan dengan susu botol
so, Aleesya mcm dah lupa kejap tentang BF.

Biasalah kan, sesekali dia akan rindukan nak BF jugak kan
So, dia ckp kat aku " Nak gosok  ja, nak sayang ja.."
hahahaa... sian jugak aku tengok..
But yes.. after she's done all this dia tak de pun nak BF dah sekarang.



Note:  Ok..pas ni dah boleh tambah production. gulp....gulp..gulp..





****  I want to be in your arm, where you hold me tight 
          and never let go...
          I miss you...


Sunday, January 26, 2014

Meriahnya aku CNY tahun ni

Sebenarnya normal je bagi aku bila tiba CNY dapat itu ini
every year kalau nak kan sesuatu time CNY ni la mintak ngan Bos
Kata my bos, kalau bagi bagi kat org ni "Ong Lai" 
So.. sekarang ni aku la yang Ong kan..kan.. hahahaha

ok..aku dah pun gi collect my eyes.. 
lambat tul mata kedua aku siap.. bila gi tanya, dorang ckp imported multi coated tu
so, lambat sikit dari yang biasa..
pandai la kan bagi reason.

Then aku ada ckp kat my bos yg aku balik lambat sebab gi buat spek.
lepas seminggu tu, aku tak gi collect agi.
so, dia ingat aku tak de duit la kot nak gi collect
so dia bagi RM200.00 as partially paid utk spek aku tu. Alhamdulillah..
jimat aku..

hikss.. tuan tanah dengan selamatnya merasmikan. haruslah tempek kat sini kan..kan..
tetiba dunia jadi terang benderang kan..
So, spek lama tu aku simpan kejap, ingat nanti kalau ada duit lebih nak gi tukr cermin.
haruslah kan...berjimat cermat.

masa gi collect spek tu, dorang cakap ada rebat RM 43.00. boleh redeem sebelum 8/7/2014
tapi dengan syarat kena buat spek yang harga RM250.00 and above
hmm.. nak bagi kat sape, tak kan aku nak buat spek dlm masa terdekat ni kan..

sembang sembang ngan bos, mana tau kekalau dia nak. bagi dia jelah.
pas tu dia pulak suggest aku suh gi buat Ray Ban.
mmm... mcm best pulak. 
okey okey..nanti tengok budget macam mana.hiksss
tapi kalau bos hulur hulur aku ok jerk. bwahahahaha

ha..tentang jam aku tu, sebab aku balik lewat that day gi claim warranty jam cap kuda aku
makanya bos pun tanya lah, bila boleh siap
sebulan agi la...

Then dia cakap, nanti tengok, kalau satu keta lagi lulus, I beli satu untuk U
ngeee... mcm betul tak betul je telinga aku dengar nih..
Then semalam dah selamat sampai jam baru kat tangan aku.
alhamdulillah.. rezeki CNY..

then aku tengah belek belek browser yg aku collect kat Expo Halal tempohari
Bos pun kay po gak nak tengok.
Pas tu aku cakap la..testimoni dia ada jugak kat sana.. gebusss tau
even dia lelaki kulit dia lembut sangat

then my bos ckp dia nak try jugak. hahahaha..
hamboi..nak gebus gebas jugak ke.. tak yah le kan..
dok suruh aku order sampai bernanah telinga aku, last aku order gak la
dia mintak 2 botol

Bila barang sampai dia bagi aku sebotol. suh aku makan
nak tengok sape gebus dulu
adei.. aku yang hitam ni mcm mana la nak gebus gebas bos oiiii...

ha.. testimoni ni la yang aku jumpa kat Expo halal tu
tengok real lagi gebu gebas ko.


Then aku try la minum semalam, Masya allah..tekak aku ni mcm nak reject jer
mungkin aku jenis yang tak leh makan menda colagen ni kot
dulu try makan rumpai laut pun tak boleh jugak.

tak pe biarlah my bos gebu gebas sengsorang.
aku malas nak continue dah.. tak selera dek tekak.



Note: Tunggu ang pau bila nak jatuh ke riba....




***My love to you had never dies since past till now and will forever
     My love to you had never dies, It stronger with time that we spend together
     and I just wanna to tell you " my love to you not what the mind think
     but what the heart feel...
    

Saturday, January 25, 2014

Lewat Sebab Snap Photo

Naiim, mcm biasalah tak habis habis ngan lupa nak bagitau what will happen 
tomorrow kat sekolah.. dah standard 3 pun still sama jugak.
even though begitu, Naiim sekarang dah boleh ingat benda lain.

dulu kalau balik sekolah, baju sekolah seluar, tuala dan yang sewaktu dengannya mesti sepah kat lantai
sebelum sekolah aku pesan, aku jugaklah yang kutip
bila sekolah, aku pesan dia yang kutip dan letak kat raga
bertahun train, then baru recently je dia ikut
sebab... kalau aku balik je tengok kain baju sepah ke lantai, terus wallop 
then dia akan terpinga pinga nape la tetiba kena wallop kan..
aku dah tak cakap ngan mulut dah..
hmm.. sekarang dah ok..
bagus anak ibu.

 
ok berbalik kepada sikap pelupa si Naiim ni kan,
subuh tadi dia baru gitau yang sekolah ada sambutan Maulidurasul
so, kena berbaju melayu..
kome bengkak tak, kome iron uniform sekolah, kelas jadual bagai
last dia ckp buku bawa jadual yg lepas rehat saja dan baju kena pakai baju melayu..
mana ngan subuh pun aku tak perform lagi kan.. kelam kabut semua.


Pas tu dah dia pakai jubah pulak.
hmm... lepas mandi, dia ke umah baby sitter sebab nak sangat pakai jubah si abang sitter tu
memang kat umah aku tak de jubah. 

 masa dia nak pakai kasut tu, Baby sitter call suh aku snap photo dia sekeping dua.
nak tengok la kan, anak dia berjubah..
ye la..si Naiim ni sekarang kejap je pun ke rumah dia
then that day dia ada cakap, dalam banyak banyak anak ngasuh, dia sangat sayangkan Naiim
kalau yang lain tak datang pun tak pe..

ye la kan, jaga sejak merah sampai ke usia 8 tahun, mana la tak kasih kan..kan..
Aku pun pesan kat Naiim, jgn sesekali lupakan Mak ngasuh dia..ingat jasa jasa mak tu
kalau dah besar dah kawin beranak pinak pun nanti jgn lupa datang ziarah Mak tu..
biar hubungan kasih tu berkekalan selamanya..

sebab aku duk snap photo, makanya si Naiim dah lewat ke sekolah
lewat sikit je pun, marah ke main dia
nak gelak pun ada aku ni.. Baru 7.05 minit pagi
dah claim lambat bagai.. hahahahaha..
semangat tul nak kesekolah...Naiim ...Naiim..




Note: Nampaknya si Naiim lebih selesa berpakaian begini. Nanti ibu taylorkan 2-3 pasang yer.





*** It closed to your heart..
       It lay down on your chest...
       It hard to handle...don't lost it..
       Please take care nicely
      Because  it's meant myself...who love you forever...

Friday, January 24, 2014

She's Talkative

Anak anak aku semuanya  jenis yang ringan mulut.
wah mcm la anak ramai, dua je pong
tambah tambah si Naiim tu, masa kecik tak boleh jalan lagi mulut tu bising je..sampai la sekarang
hmm..ingatkan si Aleesya ni lain la kan, sebab anak perempuan
ghupernya sama je..pot pet pot pet kat umah.

sekarang ni dia suka sangat mulakan ayat dengan "Awat"..
awat ibu basuh...
 Awat ibu pakai tudung
Awat abang demam
Awat papa pi kerja..
hahaha..segalanya nak ber awat awat kan. ..

usia baru 2 tahun 5 bulan lebih sket jer.. tapi cakap banyak tu mcm orang besar
kalau dia nak mandi mesti ckp
"Ibu..tunggu adik" selagi aku tak pergi tunggu kat pintu bilik air tu
selagi tu la dok suruh.. adei...
siap ambik kerusi  suh aku duduk ngadap dia..
Ni la kan, kalau dia ada semua kerja aku stuck!!!


 then semalam part yang paling best.. dia tengah makan nasi kat hall, tetiba dengar suara abang kat bawah
terus gi kat window, jerit "Abanggggggggggg balik makan nasi.............."
cepat.. adik tunggu abang tau tau ..cepat lah...

pas tu , duduk kat depan nasi tu, tak makan makan sebab nak makan sekali ngan abang.
si abang pulak terus ke Masjid tuk solat  dan ada tahlil kot 
nunggulah si adik kat pinggan tu. sian aku tengok.

Lastly, si abang tak muncul..dia tiarap pinggan tu habis tumpah.
phew.. dasyat jugak ko yer.. protes sampai cenggitu sekali.

lewat sikit tu abang balik, bawa nasi lemak..
dia boleh gi ambik sudu dan lepak makan sepinggan ngan abang
tak cukuplah kan nasi lemak sebungkus je..
dah..menangis nakkan nasi lemak memalam..
hishh... mental kejap aku semalam tau..

 then pagi tadi, masa nak gi hantar dia kat umah bb sitter, ada la jiran tegur..
Aleesya ni talkative la kan.. cucu akak yg tua sebulan dari Aleesya pun berat mulut lagi
pandai dia panggil abang makan nasi semalam.

Ha.. kome tak tau, kat dalam umah mcm mana..
asal abang pakai towel je.. mesti gi tepuk punggung abang then say
" oii mungkok, mallew..mallew.."

kalau org suh basuh tangan, dia cakap..tak yah, adik jilat dah tangan ni
tapi kekadang tu, dia suh aku jilat tangan dia yg penuh nasi tu..
adei.. punya la malas nak basuh tanga lepas makan..
kekadang tu hangin sebab dia gi lap kat kain sarung papa...


see.. semua orang dia kenakan.
mmm... that im pretty sure yang karektor tu sebijik mcm aku. suka ngusik ngusik.
tak usik tak fun la kan.ngeee



Note: Ada dia kisah, Mak su dia pun dia buli semacam je tau.
mak su... tunggu Aleesya balik yer




*** I wish you get well a hundred times a day..
       In my heart..
       and I hope you fell better soon..
      




Huh..Tunggu Sebulan

aku kan dah janji kat hubby yang aku nak pergi sendiri claim warranty jam kat Queensbay
So, semalam sempatlah aku lari kejap ke sana
Tapi mcm malas je sengsorang kat sana, so aku ajak le si gieyana temankan aku lunch

sampai je, gieyana dah order
wal hal masa wassap aku yg sepatutnya order.
sorry eden terlambat. keh keh keh keh...

nah hambek..makanan terhidang dah.
Thanks gieyana sebab banjer aku makan Pros Tak reti semalam.
hahaha..kita makan sampai tak larat nak habis semua tu..

sib baik kenyang, kalau idak pisang yang hang beli kat Jusco tu aku belasah jugak.
ahak...ahak.. mcm comel je ku tengok pisang berangan tu
hahahaha...

pas gieyana dah balik offioce aku pun gi la nak claim waranty jam aku
ha..nampak tak gambar kuda tu.. aku memang minat jenama kuda tu
ntah.. suka nau aku, tapi bila jam aku wat pangai rasa mcm kurenggggg je nak suka kali ni.

adei.. tak de pulak org kat sini, kata promoter sebelah dia pergi lunch
satu jam lak tu, tak tau la bila dia nak muncul kan..
aku gi solat dulu..nanti datang semual.

sekarang memang sale giler giler la kan.
Tapi.. bila aku tengok kasut Allan Delon kat sini, pattern sama kaler sama semua..
mcm yang aku tak jadi beli kat Sunshine tempohari lebih mahal la..
huh.. sib baik aku tak tergoda...hahahaha..

tapi sempat agi mesej my friend suh dia doakan agar aku kuat iman bila lalu kat area 
discount discount ni.. hahahaha...
ni kes tak caya diri sendiri la kan.

jeng jeng.. sempat jugak tergodak sekejap bila tengok offer mencecah 70%.
ok.. adik tu dah ambik jam aku dan tulis resit bagai dah
nanti lepas sebulan baru datang collect.
what???? after one month! lamanyerr...

Mula la kan, dok fikir, beli satulah guna temporaray utk sebulan.
hahaha.. dasarla kan.. nak tergoda jugak iman tu..

hmm.. rasa mcm nak beli je jam ni, tapi terlalu besar kan.. tak sesuai ngan tangan teman le
Tapi.. ingat nak pakai kejap je, pas tu nak transfer la kat anak anak sedara yg ada
tapi rasa mcm.. tak sesuai sebab budak sekolah pakai diomond bagai

pink dia terlalu bright la pulak.

ada tiga choice. ingat nak kaler putih tu. tapi budak sekolah ni kalau pakai kaler putih
kang jadi belacan habis. hitam pun ok gak
bila ingat balik, kalau dah tangan mak cik pun menda ni besar
tangan dorang macam mana la kan..




Note: Huh..sebulan baru boleh dapat balik? lamanya kena tunggu..
Did somebody want to buy for me.. hand's up pleaseeeeeeeee!!!!





*** When I tell you I love  and I miss you much
       I dont say it out of habit, or to make converstaion
       I say it to remind you that 
       you're the best thing that ever happens to me
      and I love... when you said "I love you too...."



Thursday, January 23, 2014

Ang Pau ka Aku Pau ni?

Tahun ni aku menunggu limau tak muncul muncul.
But my bos dah promise nak bagi, tapi tak nampak ghuper limau pun lepak kat office
bukan tak boleh beli sendiri, tapi saja la kan..

then, aku ada tanya my bos, dia ada pergi Burma ke tahun ni
Dia ckp duk tunggu Visa apa ntah, tak approve lagi
kalau ok semua dia nak pergi la..
sambil tu aku hint la kat dia nak batu permata beberapa ketul..
mintak je.. bukan pesan suh tolong  belikan.. mana tau untung sabut timbul kan.,.kan..
tetiba my bos turn to saudagar batu permata la pulak 


then last month, bos aku ada jual satu mercedez 2-3 hundred K la jugak
aku la yang dok wat paperwork semua, pas alter alter, pas alter alter..
huh.. aku pun dok ngomel jugak.. meeting ngan GM  tak habis habis
bos tau la aku susah cam na wat alteration tu semua kan..

Tadi ni bos aku masuk bilik aku, dok seluk kocek baju dia
wak kuaq duit RM2, ckp nak bagi kat aku pun tak dak duit ada RM2 je
tahun ni tak dak angpau la kat you.
hmm... aku senyum ja, dalam hati tu mcm.. sedih la kan.. non hado angpau mcm thn thn sebelumni.

Pas tu dia seluk kocek baju lagi
then masa aku turn nak on kan switch Wifi tu, dia letak something atas meja

huh.. patut la asyik seluk kocek je.. ghupernya nak bagi cincin kat aku
hai bos, batu balance last year ke?
perabis stock sebab nak gi beli batu baru ek?

mintak batu terus dapat cincin. hahahaha..
cepat cepat mesej cik hubby tunjuk.. klau happy haruslah kena share.

mmm.. aku anggap cincin ni as my rewards sebab susah payah aku handle kerja
then bos pun bukan jenis hati batu
you reward you get award.. tul tak?

hehehe mcm comel je lepak kat jari aku ni kan..
Tapi mcm biasalah, aku bukan jenis suka pakai cincin..
rimas, kang membasuh, tanggal kat sinki pas tu lupa...

asyik lupa je, last tak yah pakai.simpan wat tukun. hahahaha
mmm.. mesti korang ckp pandai pulak my bos ukur jari aku tu kan..

ha..actually, sebelum sebelum ni my bos pernah mintak cincin aku utk dia sarung kat jari dia
so, muat utk jari kelingking dia je..maklumlah bos kan gumuk.
so, dia taulah saiz jari aku
bukanlah dia mai dok belek jari aku ni
jgn salah faham okey..



Note: Bila kita iklas bekerja, orang pun iklas nak reward. tak kisah la in term of money or goods.




*** meeting you is not the first day of the rest my life
       It was the first day of the best of my life
       meeting you was fate,
       becoming your friend was a choice 
       but falling in love with you
       it was beyond my control..
      

Wednesday, January 22, 2014

Lunch Date

My SIL dari Ipoh nak deliver barang kat aku.
aku suh je dia post tapi tak nak sebab dia nak sangat jumpa aku
windu le tew..
Maklumlah aku kan baik, penyayang, peramah.. dan segala pe yang ada la kan...

dia sampai kat jetty jam 1:45 ptg cam tu lah..
tak pe tak pe, mintak je kat bos nak keluar lambat dan balik office lambat sket..
lambat sket ke? yang pastinya lambat banyakkkkkkkkk...
kul 4.00 baru aku return back to office. hehehehe...
jgn ikut perangai aku k.

Lama dah aku tak makan kat sini.
Aku suka makan Nasi goreng ayam, tapi masa aku pergi tu dah lewat kot. dah habis pun
so aku makan nasi campur je lah
 
My SIL order mee sotong ni, memang sedap..sape yang pernah makan tau la kan rasanya mcm mana
ntah le, kelmarin tekak aku tak rasa nak makan mee pun, so ambik sikit rasa..
eh..lupa nak ckp kat SIL la, aku ceduk makan sikit masa dia pergi order air tu
Wa..halalkan ye..kang jadi darah daging susah pulak.
tau le..kamu sure baca blog kak t kan..kan...

lama jugak berborak ngan dia, ye la.. teringat kami time time tinggal sebumbung dulu..
banyak benda funny yang kami create.. 
even dah 5-6 berlalu kami masih lagi dapat ketwa ria bila kenangkan kembali..

Thanks wa, sebab memahami hati wanita yang bernama K.Ti ni.
kak.T sangat sangat menghargainya..
nanti jgn lupa tau kita set date gi meroyan sesama... tak sabarnya nak menunggu hari itu.
hehehehe...
 
ok..part eskacang ni, aku rasa semua orang tau. kalau sesapa yg pernah order la kan..
lambat kemain, ntah apa yg dorang buat pun aku tak tau
dah beratus kali aku datang makan kat sini, es kacang ni kalau order mcm siput je nak sampai kat meja..

sian my SIL, berkali kali remind adik waiter tu...
memang tak de improvement la dorang ni.
sejak dulu sampai sekarang, asyik lambat je kerjanya..
tu kira aku datang dalam kul 2 lebih..kalau time lunch ntah ntah sejam baru leh dapat kot.

see.. dah habis makan barulah eskacang sampai.
aku tak marah pun, sebab aku bukannya rushing pun kelmarin..

tengok jam dah lewat, so aku hantar my SIL ke jettu semula
sebab dia nak balik kampung.
dapat juga lepas rindu sebab nanti Raya Cina dia tak cuti, time aku balik kampung tu
kalau dia ada memang meriah la umah mertua aku


mmm.. wa boleh tak try jugak bagi dapat cuti CNY ni, rasa mcm nak celebrate
something la kat kampung... nanti wa tak de tak best la..


Note: seronok je kan dok plan bagai, alih alih K.T yg tak dapat balik bercuti. hambek!!!!




*** Loving you just like a breathing 
       How can I stop? it alive in my life
       When it stop.. I'm no more in this world
       
      

Tuesday, January 21, 2014

Ekspo Halal Antarabangsa Ke-5

Sunday tu memang dah awal awal bagitau kat hubby yang aku nak ke Sunshine Square
nak shopping handbag ngan Kasut. ahakssss..kasut juga yang di sebut sebut..
Tapi sebelum tu aku nak singgah kejap kat PISA
sebab kat situ ada Ekspo Halal Antarabangsa ke -5

sampai je kat pintu masuk tu, kami kena register dulu kat tingkat 3
sampai sana kena isi borang bagai..
Yang tak bestnya, kat borang tu siap tanya lagi itu ini
pendapat tentang ekspo halal ni la kan
siap suruh bagi rating lagi tu...
masuk belum lagi cam no nak bagi rating..... jawab satttttttttt

pas submit borang dorang bagi sticker ni tempek je la kat baju atau tudung
tapi ada yg jakun, tak nak tempek kat baju tapi simpan dalam beg
last..orang tak mau jual baru la tercari cari sticker tu kan..
ha.. tu la ikut la peraturan..jgn ikut suka hati kita je..

eamai betul orang masa time aku pergi tu.. banyak la gerai gerai yang di buka
kebanyakkannya produk keluaran bumiputra islam..
aku ni dok belek belek, ada la satu dua benda yg aku nak beli..
tapi dok terus berjalan lagi..jalan..jalan..
ingat nak beli kejap lagi la kan..
berjalan lagi.. tapi still tak beli apa apa pun.. mcm dok window shopping je la kan..
tapi aku langsung tak teringat.. yang aku sepatutnya kena beli masa tu jugak!!!


sampai kat tengah tu ada sate gape so, arrow menunjukkan untuk kami ke tempat seterusnya..
Tapi aku rasa mcm dah jauh snagat kami melangkah
dan.... kalau aku nak beli apa apa aku kena patah balik beli dan datang semula
adei.. rasa mcm lenguh dah kaki ni.

my anak dara ni yang excited lebih..
huh..memandangkan aku dah malas nak patah balik, so aku langsung tak membeli apa apa

hmm.. dari pemantauan aku la kan..rasanya kelemahannya terletak pada strategi yang dorang gunakan
cara "One Way" yang dorang buat tu langsung tak membantu meningkatkan hasil jualan.
sebab.. standard la kan pelawat akan memantau dulu pas tu baru beli
yang jadi mangsa adalah gerai yang pertama la kan..
next time better change the style okey..

kami terus jugak menapak mengikut arrow yang di sediakan.
no short cut.. korangtak boleh nak short cut keluar ikut tangga ke..
ikut lift kat tepi ke hape ke.. 
sebab dorang dah block semua...
so, seolah olah memaksa korang untuk terus berjalan dan harus menghabiskan lawatan 
ke semua gerai yg ada

kalau kat tadi tempat jualan, kat sini pula tempat untuk promosi produk baru
sampai kat sini asyik kutip browser je la..


banyak jugaklah benda baru yang kami jumpa kat sini.
tapi satu pun tak beli..

last beli pizza untuk si Naiim je lah..
Then kami proceed balik


Masa nak balik tu, my hubby siap tanya lagi, pas ni awak nak kemana?
fuh..heaven je kan..
nakkemana lagi, nak bershopping kat sunshine la bang..
ok..kita proceed ke sana yer..





Note: Orang lain raya aku pulak nak nyibuk..hahahahaha..






**** I'm really love you
         see what a mess I can do
         how moody I can get
         how hard you are to handle me
         but still want you in my life
        in my past, in my present and in my future