Tuesday, September 18, 2012

Siapa Kak Long?

Masa Lunch time kejap tadi
sempat juga aku pergi ke wad ICU untuk tengok keadaan Kak Long
memang sedih tak sanggup aku tengok dia

berbicara dengan mata
memejam mata bila aku panggil namanya
terserlah kesetiaan suami yang sepanjang masa melawat berada disisi

Ku lihat suaminya hanya berbaju melayu & berkain pelikat
tak nampak seperti seorang pegawai kerajaan pun
sungguh humble dia


Ku tahu ada rahsia di sebalik wajah bersih si suami
ku tahu dia ada alasan yg tersendiri
tak nak aku menyoal lebih lebih
mungkin dia sedang tertekan.
Aku faham...


Semasa aku sedang melawat Kak Long tadi
tetiba Doktor datang
aku cepat beredar, tak nak lah mengganggu

Harap harap, progress Kak Long semakin baik
Siapa Kak Long?
Korang boleh klik kat SINI


Note:- Aku perlukan kekuatan untuk ceritakan apa yg berlaku kat Kak Long
Sabar yer...

Akibat Maki Hamun Syaitan


Minggu lepas ada la seorang ustaz kupaskan tentang adab adab kita di jalan raya. 
Ada jugak ustaz tu menyentuh tentang kenapa kita menjadi cepat marah atau naik angin sewaktu memandu.

Suka sangat orang yang memandu ucapkan begini:-

Setan punya orang, akai ada ka? nak belok kasi la signal!
Setan betul dia tu, 
Mangkuk! bawak keta cakap Telefon, patutla slow semacam je
mcm mcm la kita dok maki sambil memandu.
Makanya, ustaz tersebut pun  mengaitkan tentang sebuah kisah di zaman nabi S.A.W

Ada seorang sahabat nabi, suatu hari dia telah terjatuh dari keldai tunggangannya. Setelah jatuh dia pun memaki hamun dengan menyebut nyebut perkataan Syaitan.

Setelah Nabi S.A.W telah menegur sahabatnya itu . Sesungguhnya apabila kamu mengutuk syaitan, maka dia akan menjadi besar dan besar dan besar sehingga syaitan itu menjadi sebesar rumah. Maka bertambahlah tenaga syaitan itu untuk menghasut manusia.

Maka, sebutlah Bismillah, dia akan menjadi kecil, kecil kecil dan sekecil pohon lalang , di mana tenaganya akan berkurangan  dan tidak beupaya untuk menghasut manusia ke arah kejahatan.

mmmm... mungkin la kot kan, sebab tu bila jalan sesak je, orang akan jadi marah. mula la nak potong queqe, potong kiri, horn sana horn sini. potong double line bagainya. Mungkin sebab syaitan dah bertenaga, menghasut je la kerja dia kan.. kan..

Ustaz ada menyebut lagi, contohinya pak pak arab yang bila dimarah atau di maki hamun dia akan menyebut

Allah Yahdi  yang bermaksud  Allah bagi hidayah!
di akhir ceramahnya itu  beliau sempat menitipkan satu ayat  yang begitu bermakna untuk renungan kita bersama
 

"Jgn pandang rendah pada orang lain. kemuliaan tak pernah hilang di sisi Allah bila kita merendah diri."

Nota : Tak luak kat mana pun kalau kita merendah diri.
 


ICU

Tak tau nak start dari mana..
Tapi inilah hakikat kehidupan.
Dia memberi kita sakit untuk kita nikmati gembira
dan memberi kita gembira untuk kita bersyukur..

  

Untuk kak Alona, T mohon maaf sebab tak sempat nak contact akak
T tak jadi pergi Taiping pun
ada insan yang rapat masuk ICU.


Note:- Di harap Kak Long cepat sembuh.