Tuesday, February 12, 2013

Dua Ranjer Hutan Di Serang Komodo

Sebut saja Biawak Komodo mesti kita ingat Indonesia kan..
sebab haiwan ini banyak terdapat di kepulauan Indonesia

Terbaru, Komodo telah menyerang 2 orang ranjer hutan
renjer tersebut sedang duduk di hadapan pejabatnya di Pulau Rinca 
tetiba seekor Komodo datang dan menyerangnya.

Rajner tersebut, Heru Rudiharto,50 tahun terkejut apabila melihat komodo tersebut dan 
melompat naik ke atas sebuah kerusi, malangnya Komodo tersebut berjaya menggigitnya.
kemudian rakannya, mendengar jeritan Heru datang untuk memberi bantuan, beliau juga di gigit oleh haiwan tersebut.

edua-duanya berada dalam keadaan stabil selepas menerima beberapa jahitan di sebuah klinik kesihatan berdekatan, ujar Heru.



sedikit info:
Komodo adalah biawak terbesar di dunia.
panjangnya boleh mencapai 3 meter dan berat sehingga 150kg

komodo adalah haiwan karnivor, dia makan apa sahaja haiwan yang berjaya di tangkap
seperti rusa, babi hutan, kerbau dan juga Manusia.
 
Biawak komodo juga mempunyai gigitan yang kuat, dan air liurnya mengandungi sekitar 50 jenis bakteria menjadikan gigitan mereka mampu membawa maut kerena jangkitan bakterianya

Bagi sebagian penduduk di Pulau Komodo, haiwan ini dianggap lebih merbahaya terhadap manusia daripada buaya, karena biawak komodo mampu memanjat pohon, sedangkan buaya tidak boleh memanjat pokok.
 
Para saintis di Universiti Liverpool  di England utara mendapati komodo betina  tidak mendapat bantuan daripada komodo jantan selepas menggunakan ujian genetik pada ketiga-tiga telurnya yang jatuh selepas diletakkan dalam satu inkubator. 
Sseekor Komodo di Zoo London, bertelur pada awal tahun 2006 selepas diasingkan daripada komodo jantan bagi lebih dari dua tahun. Pada mulanya ahli sains berfikir bahawa ia mungkin dapat menyimpan sperma daripadanya selepas bertemu dengan seekor komodo jantan, dirujuk sebagai superfecundation, tetapi, selepas mendengar telur-telur , penyelidik-penyelidik mengendalikan ujian-ujian yang menunjukkan telurnya dihasilkan tanpa bantuan komodo jantan.


Note: Boleh bertelur tanpa bantuan Komodo Jantan? Amazing..