Thursday, November 4, 2010

Ayah minta lampu garam bukit

Sudah lama ayah pesan kalau kalau ada terjumpa orang jual lampu garam bukit belikan untuk ayah yer.. Kat umah ayah memang dah ada lampu garam bukit ni. Tapi dah lama sangat ayah guna, so kaler dia pun dah pudar sikit. Kalau dah kaler dia pudar, power dia kurenggggg la sikit.

Ayah cakap, kalau pasang lampu tu, nyamuk pun tak banyak. So, ayah ingat nak ler lagi satu nak letak kat dalam bilik tido pulak.


Sebagai anak, aku kena la penuhi permintaan ayah tu. Masa ada promosi kat tesci & giant dulu aku memang nak beli . pas tu sibuk sangat, sampai promosi pun dah abih, tapi tak beli pun. Bukannya apa aku memang jenis tak pandai nak bezakan yang mana betul dan yg mana palsu.

Then, aku ada ler tanya bos ttg lampu garam bukit ni. yer la kan selalunya kalau menda menda cam ni orang cina memang pakar. Ada ler satu hari, bos cakap kawan dia ada jual menda tu. Apa lagi aku pun pesan la suh dia belikan. Mak aii.. beratnya.

khasiat lampu garam bukit ni:-


- Meneutralkan dan mempertingkatkan kualiti udara.

- Megurangkan pencemaran udara

- Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asthma

- Menyembuhkan luka akibat terbakar

- Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap perangsang deria

- Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara rumah

- Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi kita

- Melegakan resdung, migrain, pening kepala, demam panas dan serangan selsema

- Meningkatkan tahap produktiviti kerja/kosentrasi

- Meningkatkan kapasiti denyutan jantung

- Mengurangkan perasaan cemas/bedebar-debar

- Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah


Tapi, bos aku ni baik ati.. dia belikan lampu garam bukit ni untk ayah aku. tapi tak ambik duit pun. kiranya, lampu garam bukit tu aku beli tapi bos bayar. kahhhhhhhh.


Ayah punya ler seronok sebab aku dah penuhi permintaannya. Yer la kan kecik kecik dulu asal ayah keluar beniaga aku akan pesan anak patung. so sekarang kena la penuhi permintaan dia pulak kan...



nota:- walaupun ayah tak besarkan aku, tapi sebagai anak kita kena hormat, layan dan belai dia dengan penuh rasa tanggungjawab. Aku cuba buat yang terbaik tanpa ada sekelumit pun rasa marah atau dendam..semoga allah sentiasa menjaga kebersihaan hatiku.

3 comments:

  1. erm..betul laa..
    garam bukit yg kita taruk kat ngan lampu ni mmg bagus.
    Dulu...akak tak percaya ngan 'khasiat' yg diperkatakan tu.
    Tp, masa HPA ada wat offer RM30 utk satu set mende ni..akak soh ler mak akak try beli. Maklum ler..mak akak tu selalu tak sihat, kurang selera makan...
    Mak akak selalu pasang kat umah dia. Alhamdulillah la..mak akak pun ada selera makan, badan pun dh berisi sket.
    Mgkn betul laaa kot mende ni leh meneutralkan ion2 negatif menjadi positif..hehe. betul ke ni?? ngee

    ReplyDelete
  2. ooo...cm ni lmpu garam bukit ni.hehe....

    aku pon kdg2 x pcaya sgt...tp kalu betui bleh la aku beli kasi mak & mentua aku..hehe...

    ReplyDelete
  3. kat mana dpt beli dgn harga bawah rm100 gitu?

    ReplyDelete