Friday, February 11, 2011

Leman hairan dapat undian tinggi

Fresh dari utusan aku ambik petikan ni. Itupun ambik dalam internet ja
Tak sempat nak beli utusan
Tadi Leman SMS suh aku beli utusan
So, nak jimat masa & duit aku baca melalui internet jer la


Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar ASWAD YAHYA


Leman beruntung kerana sering mendapat peratusan tinggi setiap minggu.


DARI minggu pertama hingga ke lima, Leman atau Sulaiman Ibrahim, 29, sering mendapat undian tertinggi daripada para penonton rancangan Raja Lawak musim ke lima (RL5) berbanding peserta lain.

Jumaat lalu, selepas selesai Gelanggang Raja Lawak 5 yang disiarkan secara langsung, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani memberitahu, Leman mendapat undian sebanyak 18 peratus berbanding rakan-rakan lain yang mendapat peratusan antara 10 hingga 14.

Pada pandangan penulis, dilihat dari segi persembahan pemuda yang berasal dari Kedah itu, lawaknya tidaklah terlalu mencuit hati berbanding persembahan Nazmi atau Epy.
Namun, siapa sangka itulah rezeki Leman yang sentiasa mendapat kedudukan selesa setiap kali mengadakan persembahan tidak kiralah lawaknya bermutu atau tidak.

Malah Leman, sewaktu ditemui selepas persembahan baru-baru ini di Studio Finas, Hulu Klang, berkata, beliau sendiri tidak faham kenapa setiap minggu undian untuknya sentiasa tinggi.

(petikan dari utusan malaysia)


Nota:- Ishhh!!! tak faham betoi aku ( tag line dia )

2 comments:

  1. aku lum kesempatan nak tgk leman hang tu
    nti aku tgk ye
    tp ritu tgk dia ckp thai tu nak tergelak hahahaha

    ReplyDelete
  2. erm..hrp2 leman tak alpa dgn undian tinggi ni.
    bkn apa..nanti berita dh kuar cenggini..org dh tak undi dia..
    jd, leman tetap kena usaha lebih baik lg utk show dia.
    Hrp dia tak gugup..

    ReplyDelete