Friday, March 25, 2011

Sudah ada Cucu, Nenek nak Beranak Lagi..

Tepat sekali tajuk di atas ditujukan kepada diriku sendiri
Mana tak nye, aku dah pun bercucu, tapi baru nak timang cahaya mata ke 2
hahaha... dari mana datangnya cucu tu????
Jgn salah tafsir tau.
Gambar kat bawah ni anak kepada anak saudara pupuku
mcm mana ek nak kata.
Kira datuk kepada babay ni adalah sepupuku

Namanya Nur Qaleesya. Umur baru 4 bulan.
Kalau aku tak keguguran tempohari, mungkin anakku seusia Qaleesya ni.

picture ni fresh lagi ku terima.
Mcm ler nenek nenek lain, ini cucu yang ke berapa aku ek?

Yang ke 5 kalau tak silap haku ler. hehehe cucu sendiri pun lupa.
maklumlahkan dah jadi nenek, nyanyuk sketttt...

Kalau korang nak tahu, kakak kepada si Qalesya ni, sama umur ngan Amirul.
Tengah request picture kakak dia
Nantilah, kalau ibu qalesya ni e-mailkan, aku wat N3 kat sini k..



Tuesday, March 22, 2011

Sambal Belacan Amirul

Last sunday, selepas ambik amirul dari kelas Mandarin
Aku merajinkan diri untuk membeli sayur prepare nak masak lunch
hahaha... rajin la konon.
Sambil masak aku basuh kain, guna washing Machine ler
then, lepas masak.. ingat nak cuci bathroom plak
( mcm ler larat sangat nak buat semua tu)

Sambil aku dok prepare nak wat masak lemak cili Api pucuk ubi keledek
tetiba Amirul datang nak menyibuk
Mula tu nak tolong basuh pinggan.
kalau dia basuh pinggan kat sinki tu
habis ler basah lantai
risau gak aku, takut aku lak yng slipery

So, Amirul request nak tumbuk sambal
Risau gak la aku, takut takut terpercik terkena mata
Tapi, Amirul still nak tolong jugak
Nak tumbuk pelan pelan sampai lumat.
Hahaha.. letak betul betul celah kangkang lesung batu tu yer
bior aromanya lain dari yg lain
Sabor jer la....
ha... lumat pun
hmmm.. next time leh le suruh lagi
budak lelaki ni kena ajor dia wat keje dapur jugak
Baru la leh jadi cam papa dia, bila haku tak sihat
boleh jer masak..
tak ler risau kalau dorang berdua duduk kat umah
At least, tak kelaparan la kuam adam dua orang ni.

Friday, March 18, 2011

Syukur Alhamdulillah....

Sejak pembukaan sekolah bulan Januari
ku tak ler target apa sangat dari Amirul
api ada la berbisik dalam hati
Bila la anakku boleh membaca"


Aku cuma berdoa dan berserah pada Allah
Bangga jugak aku tengok, budak 6 tahun, pada tahun lepas
dapat baca dengan lancar
Semua tu budak perempuan, budak lelaki ni lambat sikit, kata cikgunya ler





Tak sangka pulak aku, genap usia Amirul hari ini 6thn 2 Bulan 1 hari
Aku ingin berkongsi perasaan ku ini di sini
Amirul dah pandai membaca


Aku relized at last saturday, dia bangun awal then mengeja setiap suku kata
sekarang cuti sekolah, jadi Amirul rajinlah membaca di awal pagi
Aku tak pernah paksa pun dia membaca, cuma jika salah sebut tu aku tegur


Kat rumah, memang banyak la buku cerita kanak-kanak, buku cerita teladan
Cuma ejaan dalam Omputih tu Amirul agak keliru untuk sebut
Tak per la perlahan lahan ok.
Tadi, aku beli lagi buku cerita untuk Amirul
Nak bagi perangsang untuk Amirul terus membaca


Nanti aku kongsikan, pendedahan yg aku berikan kepada Amirul
agar dia dapat membaca dan memahami setiap suku kata
Mana tau, korang pun leh ajar anak korang
Mungkin lebih awal dari Amirul.



Nota:- Amirul tak tau ler cam na eja nama Amirul, sebab cikgu tak ajar lagi. hahaha.( ayat Amirul bila ku suruh eja namanya sebelum ini) kau tunggu ler sampai akhir tahun pun cikgu tak ajar ko cam na na eja nama sendiri.

Thursday, March 17, 2011

Kenapa Badan Ibu Bengkok Bengkok ?

This morning, mcm biasa ler aku dress up
nak pergi kerja
Aku pakai seluar & inner jer masa kat depan cermin sambil touch up muka
tetiba Amirul terjaga dari tidur & perhatikan aku

Aku cuma pakai inner & seluar panjang
Lepas pakai bedak bagainya baru ler aku nak pakai
baju peknen yg tak berlengan tu

Tetiba Amirul ckp, Kenapa badan ibu bengkok bengkok
hahaha... mungkin baju inner yg ikut body tu nampak aku tebonjol sana sini
so, nampak macam bengkok bengkok

Ibu nak pakai mcm ni ka, nak pi Kerja?
Tak malu ka?
dah start dah budak ni.... ish!!
lepas siap semua, aku pun pakai ler baju pekenen tak der lengan tu
then, Amirul pun jawab.

ha... dah tak nampak bengkok bengkok
pandai ibu tutup noh...

Nota:- walaupun sekarang cuti sekolah, ku tak kirim dia balik kampung. Sebab hari hari tak jemu dengan celoteh dia. Sunyi kalau dia tak der...

Tuesday, March 15, 2011

Sekitar Sukaneka Amirul

Dalam banyak banyak student kat PASTI tu, alhamdulillah
anakku terselit juga sebagai peserta
tak menag pun tak per
janji pengalaman melibatkan diri dengan aktiviti sekolah
boleh mematang anak kecilku ini
Ni ha sepanduk sebagai tanda memberi semangat kepada PASTI
Permatang Damar Laut, Penang
Jgn tak tahu, Amirul ditugaskan untuk carry sepanduk ni tau.
vangga tak? mesti la vangga anakku di barisan hadapan


Ni pulak cikgu Amirul, tengok saiz ler
kalau anak murid nk melawan
sekali dia sergah, kecut ko..
Ada, seorang budak yang montel ditegur dek cikgu ni
Kuat ke kamu lari tu...
Selamba jer budak tu jawab;
Yang cikgu tu larat ke lari?
hohoho... lagi lazer dari mulut anakku rupa rupanya..
Ha... budak yg pakai baju putih tu la yg jawab kat cikgu cenggitu
terlalu besar badannya, sampai takder saiz untuk baju sukan
makanya terpaksalah pakai baju putih
Memang happening la tengok budak budak ni bersukaneka
teringat lak zaman kanak kanak dodulu
yang best nya tu, parent la yang paling over bersorak
termasuk la aku yang tengah boyot ni

haha.. sesi berkawat. kiri kanan kiri kanan..
Vangga lagi sekali aku ni
sebab Sekolah PASTI Permatang Damar Laut menyandang
JUARA KESELURUHAN
Wah.. kembang kuncup kembang kuncup le aku
terlebih la pulak...

Ni acara, lari berganti ganti. Amirul sorang jer kena pakai reben merah ni
sebab dia pelari terakhir
kiranya, lari jauh sikit dari peserta yang lain la
Laju ke Amirul lari
biasalah budak budak, asal suruh lari pecut jer la

Upss... mak buyung parking kat dalam khemah kanak kanak
sebab hubby dah tengok aku terhoyong hayang kat tengah panas tu
risau dia takut aku tumbang plak
so, dia suruh la aku masuk kat dalam khemah tu
merehatkan diri, sebelum acara penyampaian
hadiah bermula
hehehe... sayang jugak hubby kat aku yer
ok.. acara sukaneka dah selesai
sekarang bawa sepanduk dan beratur tengah padang
untuk upacara penyampaian hadiah
anak sapa tu yg bawa sepanduk?
sila angkat tangan & angkat punggung sekali
upss... punggung dah berat, sebab dah kembang
hehehe..
wow.. gold medal dalam genggaman Amirul
Tahniah yer anakku
Amirul dapat 2 medal, satu lagi gangsa

hahaha... budak ni di tugaskan sebagai wakil untuk menjulang PIALA PUSINGAN

mesti cikgu cikgu deme tu bangga ngan anak muridnya kan
aku pun turut bangga
Tahniah kepada guru -guru dan para pelajar PASTI Permatang Damar Laut

kerana kejayaan korang!!!!!

Monday, March 14, 2011

Siapa pun dia...

hehehe... tak puas ler that day Leman datang umah kul 4.30 pagi
So, kali ni dia datang lagi.
Nak makan malam kt umah aku
hohoho.. dpat gak bergambo ngan si "One" Kopi O
Pas ni, Leman janji nak bawak si "Epy" datang umah

Ha.. nampak tak lotot si "One" ni.
seluor pendek. Tak habis habis AMirul mengomel
Complaint jer kojer dia..

Siapa pun dia di mata korang
Dia tetap adikku yang dulu
yang selalu ku buli, ku marah, ku cubit
mcm mcm ar..
Wajib ler, gambor kenangan ni.
hahaha.. dah memboyot aku yer
gemuksssss!!!
Tak per, janji baby kat dalam tu sihat
hohoho... kena tumbuks ngan mak buyung sampai terpejam pejam mata tu
Nanti, baby keluar tumbuk Paksu pulak.
Sekarang bior ibu tumbukss dulu..

Saturday, March 12, 2011

Amirul Dilanggar Lari..

Apa perasaan korang, jika anak korang dilanggar di depan mata korang????
Inilah, yang berlaku kat aku, aku jadi hilang arah
meraung sekuat hati, sampai satu perumahan tu leh dengar suara aku

Aku lihat, dari beranda umah aku, Motor tu datang dengan laju
then langgar Amirul, sampai jatuh tergolek
Ya allah, aku pun tak pernah pukul Amirul sampai darah bercucuran
Org lain yg tak merasa peritnya melahirkan, sewenang wenangnya langgar anakku
pas tu blah gitu jer.

Lepas sikit jer dari pokok tu, Motor tu datang, Ianya berlaku dengan sepantas kilat.
Budak lagi yang menunggang M/sikal tu

Harap harap Mak Bapak dorang tu insaf insaflah, bagi anak dorang naik motor di usia muda,
Sekarang anak aku dilanggar oleh dorang
Mana tau, entah besok besok, dorang pula di langgar
dengan Helmet pun tak pakai, lesen tak der
Mak Bapak dorang tak sayangkan dorang ke???

Habis calar balar tangan anak ku sorang ni, Aku menangis terisak isak
bila tengok darah berlumuran membasahi kepalanya
, kemudian

meleleh darah tu hingga ke leher dan ke bahu.
Aku pulak, tanpa memikirkan keadaanku yang tenagh mengandung ni

terus ja angkat Amirul, walhal sebelum ni memang aku tak dukung dia
Ringan jer ku rasa time tu, owh anakku tergolek berlumuran darah di tepi jalan
Sampailah hubby yg ckp letak Amirul ke bawah, baru ku sedar yang ku tengah dukung Amirul




Keadaanku yang semakin lemah & terketar ketar tu menyebabkan
Amirul di bawa ke Hospital oleh Suami & Jiran
Husband suruh aku baring & relaxkan badan
Supaya aku tak terlalu stress memandangkan aku tengah carry baby dalam perut ni ler.

Nasib baik kepala tu sikit jer, then Dr. ckp kalau Amirul muntah muntah kena segera ke Hospital.
Alhamdulillah, setelah makan & makan ubat Amirul tak muntah pun. Harini dah boleh bangun jalan jalan.
Sempat lagi dia ke tempat dia jatuh kelmarin. Bila ku tanya kenapa pergi kat sana
Selamba jer dia jawab, nak tengok kalau kalau Otak Mirul jatuh kat sana.
Kalau otak tak jatuh, maknanya Mirul boleh berfikir lagi ler.
Lawak la pulak.
Cepat sembuh ya sayang, Ibu sayang kamo...


Nota:- Kepada jiran jiran yang datang berziarah semalam, terima kasih banyak banyak. Budi korang tetap ku kenang.Terharu dengan jiran jiran yg begitu sayangkan AMirul...

Friday, March 11, 2011

Cakap Direct Jer..

Kebetulan Adikku Leman nak datang umah. Biasalah kan nak datang menziarah kakak yang boyot ni. Nak wat cam na dia sibuk la pulak. Janji nak datang awal, tapi pukul 4.30 pagi baru ketuk pintu umah aku.


Sambil ngantuk ngantuk, aku bukak pintu, salam salam, ps tu aku masuk tido semula. Tak sangka la pulak dia bawak Si "One" dari kumpulan Kopi "O" tu.


Aku kejut Amirul utk jumpa Paksu Lemannya, Amirul pun bangun ar.. dia tengok jer si "One" tu, dia terus cakap. Mmmm.. Mirul tak minat hat putih ni, Mirul minat hat "Hitam". tak mau ar... pas tu dia masuk tido semula.
Sian kat "One" tu.. Yang hitam jugak menjadi pujaan hati kamo ya..

Yang baju biru tu ar datang umah aku. yang Black ( baju ijo tu tak datang pun). Then pepagi dia dengan telanjang nak pergi mandi sebab nak pergi sekolah..

Pas tu, dia siap sound kat si "One" yg tengah tido tu. Awat pakai seluar pendek? nak jadi Cina? Pakai la seluaq panjang..

Aku yang sibuk kat dapur tetiba tergelak, bukannya apa, Org yang bagi nasihat pun telanjang bulat. Nak tarbiah kat orang la pulak. ish.. ish.. Amirul ni. Lazer tul mulut ko.

Lenkali tengok diri dulou kalau nak nasihat owang!!!

Monday, March 7, 2011

Demam melanda...

Last week, dek kerana terguris hati ni
Aku menangis tak henti henti
sampai demam

On saturday, Amirul ada SUKANEKA LAK
mula tu, hubby ajak pergi sekali
badan tak ok, malas la pulak
Bila dah tinggal kat rumah sengsorang
boring pulak, apa lagi siap siap pergi ler
kat padang bola, kat Sungai Ara nun...

Punya lah panas time tu kat padang
Apa lagi, aku plak mcm dah terhoyong hayang
kat situ, hubby siap suruh aku berteduh kat dalam khemah

kalau idak, tumbang ler
Half way, sukaneka, aku dah merungut rungut nak balik
sebaba tak tahan sesangat
hubby plak suruh akutunggu kejap
sebab PASTI Permatang Damar Laut JUARA!!!!

Kena la tunggu, lagipun Amirul pun merangkul hadiah jugak
Selesai semua, aku pun terus pergi makan & balik umah
Lepas mandi, tido sampai petang
Then malam tu dah start batuk & selsema

Bila sunday pulak, lagi ler teruk
badan, kepala, tekak semuanya sakit
sampai ler hari ni, still dok demam lagi
memang lambat baik ler kalau org pregnant demam
sebab tak leh makan ubat
doakan aku cepat sembuh ya..

Friday, March 4, 2011

Suka.

walalala.. nak ku citer sikit tentang hero kecilku itew
Kegemarannya adalah IKAN KELI
bertambah tambah la kalau makan ikan keli
Tepi aku prefer kalau aku sendiri yg masakkan



Kalau nak tahu, ikan keli ni ada tahi telinga ( kata mak aku)
Kat bahagian kiri & kanan ikan keli ni kena korek betul betul
ada mcm ketulan darah yang agak kehitaman


Kekadang tu, aku tengok kat gerai makan, darah kat tulang tu pun masih ada lagi
tak bersih. kalau datah pun tak dibersihkan cuci, inikan pula tahi telinga tu
Kat umah aku, aku belikan berus gigi semata mata nak berus darah kat bahagian tulang ikan tu
yer la, nak bagi anak & suami makan, kena lah bersih


Kalau Amirul ni demam, ikan keli la yang dimintanya
kalau goreng pulak, tak mo katam kecik kecik
bior sekor dalam kuali tu
puas hati kalo tengok dia makan ikan keli

Ha.. yang ni pulak tabiat baru En. suami
Sejak kecil, berkawan, bertunang & kawin tak di sentuh langsung budu ni
aku jer yg minat ngan budu ni sejak kecik
kalau aku hidang budu, husband derk ja


Then, sejak aku pregnant anak ke 2 ni, tetiba husband berselera pulak ngan budu
first time dia makan budu ni masa kami balik umah ayah
kebetul my god brother baru balik dari kelantan
then dia ole olekan ayah dengan budu
So, husband try la makan sikit



pergh.. dah jatuh cinta ko
masa aku balik kerja tempohari, dia dah gi beli budu cap ketereh
suh aku prepare untuk makan malam

ha.. tu ler, sebelum ni kalau aku ckp nak campur budu dalam sambal tumis
mau hangin satu badan dia
Tapi pembawakan baby dalam perut ni buat dia dah jatuh cinta
dengan makanan yg bernama "BUDU"

Wednesday, March 2, 2011

Swiss restaurant to serve meals cooked with human breast milk

BEGINILAH BILA MANUSIA PERASAN YANG DIA LEBIH BIJAK DAN PANDAI DARI MAHA PENCIPTA!!!!!!!!


The owner of the Storchen restaurant in the exclusive Winterthur resort will improve his menu with local specialities such as meat stew and various soups and sauces containing at least 75 per cent of mother's milk.

Kat dalam Kosmo pun keluar citer ni. So, aku nak kongsi le.
Ni lah masalahnya bila manusia Perasan Bijak
Kononnya dengan memperkenalkan resipi yg berasaskan Susu Ibu dianggap Specilaist
Pas tu pulak, siap offer kepada wanita yg mempunyai susu untuk menjual susu mereka
Apa kejadahnya ni???

Memang ler berlaku kat Barat. Tapi aku takut ler menda ni leh sampai kat Negara Islam pulak.
Maka goyahlah institusi islam jika menda ni berkembang. betul tak?
Kalau dah minum susu tu, sebanyak 3 kali kenyang dah dikira anak susuan
Kalau dah restoren, satu hari berapa anak susuan yg wujud

Pas tu, nak kawin cam na? kawin ngan sedara sesusuan
arghh.. kalo pikir hancur semua sistem kekeluargaan


Ada tak undang undang nak halang benda ni?
ada akta ke?
hish.. apa nak jadi ngan dunia ni.

Tuesday, March 1, 2011

Nak Request Gak...

Semua dah tahu, yang adikku Leman telah pun tersingkir di minggu ke 8
Walaupun tak juara, dia tetap juara dia hatiku
Petang semalam, dia on air kat Sinar FM
Then dia ada request Gulai Kacang Bendi
dari air tangan Emak.
Tak aci ar.. Aku pun nak request gak!!!
Aku peknen pa, nak gak makan air tangan mak
Dia anak bongsu, aku anak pompuan tunggal
sama sama manja, tak kira nak request jugak

Kalau dia request On air
Aku request melalui ruang maya ni
( mak aku baca blog ker?)
argh!!! tak peduli nak request gak kat sini...

Kalau Leman request Gulai Kacang Bendi
Aku plak nak request mak masak Gulai Ikan puyu
campur dengan ubi kemili/keling
Pastu di masak dalam periuk tanah

Ikan puyu pulak, tak mo yang org bela tau
Nak yang mak pergi mancing kat Sungai/Sawah/carok
fuh.. mesti fresh & manis ikan tu

Ni ler rupa ubi Kemili/ubi keling. korang pernah tengok ke?
Kalau kat Kedah memang famous la
hahaha... Leman, kalo bukak blog kak, jgn leleh leleh air liur ya
kak tau, man pun suka gak ubi ni. hehehehe...



Hahaha... ini gambo claypot k, bukan periuk tanah mak aku.
Periuk tanah mak tak der la kilat cenggini
perghh.. kalau makan gulai rempah giling mak, satu poyok ni aku boleh bedal
Rempah giling mak memang terbaik!!!!


teringat bila Amirul ckp "kuah laksa Ibu & gulai ibu memang Marveles".
( begitu lah nikmatnya seorang anak bila makan masakan ibu) semoga
Amirul anggap air tanganku ini, yang paling best in the world,
walaupun tak ler sedap mana pun aku masak. hehehehe...

Chinese Red Dates

Pernah tak korang dengar ttg chinese red dates ni
Sesape yang selalu nonton channel 703 A.F.C tu mesti tau kan..
Memang aku selalu tengok dalam soup org cina mesti letak red dates ni

tapi khasiatnya aku tak tahu la pulak
Bagi aku, mungkin itu herba resipi dorang ler

Rentetan dari masalah yang aku alami sekarang ni
masalah kurang darah untuk tumbesaran bayi dalam perut
hinggalah ke pengetahuan Bos aku

kalau org melayu selalunya suh makan Bayam, kerang ati ayam bagainya
memandangkan aku memang tak tahan dengan bau daging & seafood
terpaksalah aku cari alternatif lain
Orang cina ada cara untuk meningkatkan kandungan darah dalam badan
Memang dorang amalkan bila dorang mengandung

Sampai kerja pagi tadi Bos aku datang bawa sebungkus Red Dates ni
Dia suruh aku boil jer dalam air. then minum airnya

Tadi bila wat research
Aku jumpa notes ni:-

"Red Dates is a
Traditional Chinese medicine uses red dates to strengthen the functions of heart and lungs, as well as nourish the stomach and spleen. Red dates also support normal blood pressure. Today's analysis shows that red dates rich in vitamin C, which is essential for general health. The red dates herb is also used to help increase blood flow and oxygen to the brain to improve memory and promote clear thinking, for men to improve their blood flow, and thus athletic and sexual performance."

Notes:- Harap harap bacaan kandungan darahku untuk next check up akan meningkat
melibihi 11.