Wednesday, November 30, 2011

Apa maksud ciwek?

Dah lama dok tercari cari maksud perkataan:-

Ciwek!!!!


Bukannya apa, selalu sangat dengar Amirul sebut perkataan ni.

bila dia berseloroh dengan kengkawannya

Bahasa Dari orang mana?

orang jawa ka? orang minang ka?




sesapa yang tau, meh sini bagi tau kat aku


Ada gak tanya Amiruul, menda apa CIWEK tu? Dia cakap

dia tu memang ciwek pun

org kacau sikit pun dah ciwek?

tak faham aku aih..


Kaum Kaum Yang pupus

sejak seminggu 2 ni aku rajin lak mengemas kotak kotak buku lama yang tersimpan

Kena la godek godek sana sini nak buangkan habuk

Banyak sungguh buku buku kat rumah aku ni


plan nak beli rak buku, tapi mcm tak muat ngan umah

nantilah bila berpinda ke rumah sendiri boleh la wat sudut khas utk buku buku ni


Sambil mengemas tu aku terpandang buku yang bertajuk "Kaum Kaum Yang Pupus"

memang best buku ni, aku baca tanpa jemu


kalau korang baca korang boleh tau kat mana berlakunya peristiwa sodom tu.


sambil belek belek buku ni, aku teringat tentang cerita yng panas di media baru baru ni

tentang perjumpaan "Gay" yang nak diadakan di Malaysia

Nauzubillah.. ramai rupanya org malaysia yang terjebak


jgnlah sampai Allah murka kan kita kemudia menterbalikkan malaysia ni seperti Bandar Sodom tu


ok, cerita balik ttg buku buku kat umah aku ni.

Sebenarnya, semua buku tu husband yang beli

husband suka beli buku yang berunsurkan keagamaan. Dulu masa sebelum kawin

memang tak minat buku buku cenggini


ntah le, sejak dihidangkan dengan buku cenggini oleh En.suami, datang satu minat yg luar biasa

rasa nak tahu and tahu membuak buak.



Note:- Dah lama tak pergi library layan buku buku...

INTERLOK

Sejak Novel Interlok sedang hangat di perkatakan di media

terdetik juga di hati

nak tahu, kenapa la org marah sangat tentang isi kandungan buku ni


Asyik bertagak je tak sempat nak pergi beli

Nak ke Library pun tak sempat jugak


Then, masa aku pergi umah my BIL, aku ternampak buku ni kat rak buku dia

apa lagi mintak pinjam le

So, balik rumah aku baca sikit sikit. sampai hari ni pun tak habis lagi


Bagi aku tak de cacat celanya karya ni.

penggunaan bahasa yang cukup indah

di tambah pula dengan penggunaan bahasa melayu lama

yang memang jarang jarang di dengar oleh generasi muda


Cth: matahari "ayun temayun" ( aku faham la, sebab ni bahasa nenek aku dodulu)

kalau korang baca pun best. interesting.


cerita ttg cara hidup org kita, kepercayaan org kita ttg dukun dukun.
percintaan & kasih sayang.

walaupun belum habis lagi aku baca tapi part ni memang best
Bila "seman disorokkan oleh bapanya sebab tak nak seman ke sekolah"
Zaman mak aku dodulu memang berlaku perkara ni




Note: Karya ni memang best. bila baca rasa mcm aku sedang memerhatikan kehidupan org org pada zaman dodulu.




Tuesday, November 29, 2011

Nikmat Allah Pada Yang Berhak

Sejak akhir akhir ni Amirul rajin pulak bersembahyang

Kalau kat rumah BS dia selalu sembahyang berjemaah bersama abang abangnya

kekadang tu dorang bawak dia bersembahyang kat Masjid


Kalau nak sembahyang berjemaah kat rumah dengan kami

mcm Chipsmore la, sebab husband kerja 12 jam

kekadang je dapat berjemaah.


So, setiap hari aku akan pastikan dia berjemaah Magrib dulu kat umah BS

sebelum pulang sebab aku ambik dorang

dalam kul 8.00 mlm.


Sejak Amirul kecil. Jari kaki sebesar 2 jari aku hantar kerumah BS

sampaila sekarang. Dia masih kat rumah tu lagi

Di situlah dia jatuh bangun, menangis dan bagainya

tempat dia menumpang kasih


Memang Amirul sayang betul dengan familly BS.

Dia panggil Mak & bapak sama mcm anak anak BS


Aku sengaja tak hantar dia ke Nursery, sebab aku yakin didikan dorang

lebih dari apa yang Nursery bagi

( ini pendapat aku saja la)

Keiklasan hati mirul dan juga keiklasan BS menjaga Amirul jelas terpancar semalam


Kalau dia sembahyang kat rumah, dia nak sembahyang bersam aku

maklumlah dah biasa berjemaah

sekarang ikut dulu, nanti bila dah pandai boleh la sembahyang sendiri


Tat kala aku selesai sembahyang, aku pun berdoa

"Ya Allah ampunilah dosaku, dosa suamiku, doasa kedua ibu bapaku dan juga dosa para muslimin dan muslimat" ( aku baca kuat)

supaya Amirul boleh dengar.



Di celah celah doaku itu, aku terdengar suara Amirul ber doa yang berbunyi, Ampunilah dosa Mak mengasuhku.Ampunilah dosa bapak mengasuhku.


Tiba-tiba aku menjadi sebak dan terharu. Selesai sembahyang Amirul ckp dia tukar doaku yg berbunyi Ampunilah dosa suamiku kepada ampunilah dosa Mak & Bapak.


Begitu besar dan mulianya bagi mereka mereka yang mengasuh anak anak kecil.sebab doa anak anak kecil memang dimakbulkan Allah.


Inilah ganjaran yang BS dapat sebab menjaga & mendidik Amirul dengan baik.
Aku bersyukur dengan Amanahmu ini Ya Allah.

Anak Kazen Hubby Kahwin

Compare ngan Familly aku, keluarga sebelah hubby memang ramai

sepupu sepupunya pun dah ada yang bercucu bagainya

yang sebaya & muda dari dia pun ada.. ngeee


DForang ni memang best, sebab kalau tiba time kenduri kendara

berjujuh jujuh datang bertandang

bila berkumpul, bersembang sampai tak hingat donia

ditambah pulak dengan aku yang mulut mcm burung cak rumah ni

ngeeee... ( sapa yg kenai aku tau la mulut aku mcm mana)



husabnd paling ngam ngan kazen dia yg ni. kami panggil adik
sebab dia kembar. dah la tu muka sebijik
nak beza pun susah
aku pun tak sure yg ni adik ke abang. hiksss

hai... renung apa tu. tajam semacam jer


yang ni kak Ara. nama sebenar tak tau. Aku suka ngan dia ni
dah ada cucu pun. best sangat kalau pergi rumah dia

buah mempelam & limau kedangsa kat belakang rumah dia tu

selalu menjadi habuan aku.


Kalau dia tau aku mengandung, lagi la disuruhnya hubby datang umah dia
petik ada mempelam yang mana berkenan untuk aku

bila dah ralit bersembang sampia muncung muncung mulut




ok.. meh layan kek pengantin.

bunga bunga gula ni la dok menjadi Idaman Amirul

Tapi aku tak petik pun, segan la pulak

sebab dorang pun potong one slice je. nak tunggu malam nanti

makan sekeluarga.


Pengantin perempuan tu la anak saudara sepupu husband
sebab mak dia ngan my hubby sepupu.

cantik kan dia tu.. untung la si teruna

dapat isteri cantik.

Sorang pun aku tak kenai dalam kelompok ni

tapi aku nak letak jugak kat sini. mana tau

lenkali boleh kenal kenalan


bulan depan ada lagi anak sedara husband yg nak kawin


hohoho.. Aleesya dikerumun dek sanak saudara

photo Amirul ngan aku non ada


sebab akulah jurukamera tu & Amirul plak asyik ngikut bontot aku je

sebab malu malu meow..




Friday, November 25, 2011

Dim Sum or Wantan

Sejak aku beli Bamboo Steamer that day


semangat nak buta Dim Sum ni ber kobar kobar
tengok N3 Aku ttg Bamboo Steamer ni kat sini


That day pergi tesco beli la kulit wantan. warna putih & kuning



cenggini la kulit wantan tu
selalunya kat tesco tu dia ada kat bahagian mee


setelah mendapatkan resipi dari gugel & mulut dak dak cina kat office ni, aku pun teringin la nak cuba buat sendiri. Sebab setahu aku kalau Dim Sum Kat luor tu Non Halal


resipi dia senang sesangat. aku tak ikut kuantiti yg betul la
main campur ja ikut sedap tangan.


cam ni la aku bagi tau lebih kurang yer:-



ayam,udang , ubi sengkuang, daun bawang, telur , garam & gula, minyak bijan +olive oil
ayam udang dicincang
daun bawang dipotong kecik kecik
sengkuang di parut
kemudian campur semua bahan tadi
masukkan telur garam & gula ( sikit saja tau)
then masukkan minyak bijan satu sudu & olive oil punsatu sudu gak



Kacau memutar se arah sahaja sehingga melekit
pas tu bungkus cam gambar di atas. kalau tak tau klip renyor renyot cm tu pun boleh
masa nak klip ni kena cepat, bimbang cecair yg kat
dalam tu muntah keluar, jadi terbuka la pulak


yang ni ku buat jenis goreng. sebab kalau stim memang husband tak makan
Biasanya di cicah ngan cili sos atau mustard
Tapi aku pilih cili sos le kemalaysiaan sikit kan..


ok. yang ni dah siap di stim
kena makan panas panas
kalau dah sejuk memang tak sedap ( mulut aku le)



ada yang jadi ada yang tidak klip aku tu.
hahaha.. maklumla first time


kalau korang pandai klip sampai tak terkeleluar intinya, tak yah stim pun tak pa rebus terus. Yang ni baru kelmarin dorang bagi tau kat aku.

pas ni nak buat lagi
nak makan dengan wantan mee plak ala-ala makan kat Old town gitew
Tunggu Aleesya 1 Tahun baru leh makan mee

Thursday, November 24, 2011

Meh Layan Lucky Draw

tak habis lagi aku nak citer ttg majlis penyampaian hadiah Amirul tempohari

haha.. korang baca la sampai muntah ijo

but this one is the last..


tak tahan ngan budak tecik ni

baby sitter jaga jugak

bila aku ngantor Dania, dia akan ckp bibibibibibibibi...( baby)

memang geram tul ngan dia

aku panggil dia Echah.

sebelum majlis bersurai ada jualan amal kat luar dewan

so aku beli la 5 biji kerongsang yang melayakkan aku dapat 2 kupon

untuk lucky draw.


untung benor, dua dua kupon aku dapt adiah cabutan bertuah

memang bertuah aku ni


gambar kat atas tu aku dapat kopi cuppocina 3 in 1

sedap jugak

at least boleh la spare stock kat office

yang ni aku dapat selimut/comferter

bukan la yang jenama grand grand tu

yang biasa biasa saja. Tapi ok la kan daripada tak de langsung


sebelum tu aku ada dapat kaler pencil

sebab jawab soklan yang berbunyi

"Siapakah nama pelajar yg menjadi pengerusi Majlis Hari ini"?

Apa lagi aku jawab la nama anak aku

hahaha.. org ckp patut la dia tau, anak dia sendiri


Pihak sekolah ni sebenarnya saja nak bagi

tapi bagi cam tu ja tak fun la

reka reka la apa soklan pun supaya majlis jadi lagi meriah

selain mengeratkan hubungan ibu bapa pelajar


Ni pulak ray ban. Dapat free ja

sebab ada orang sponsor untuk jualan amal

dah terlebih dorang bagi gitu je.

Boleh la Amirul guna untuk tumbuk sambal belacan

nolong aku kat dapur (bila Key po)


Last sekali, ada la cikgu cikgi tu wat announcement

Those parent yg anak anak dorang still tak leh membaca lagi

sila tunggu sebab dorang nak bincang cecara nak bagi budak budak tu boleh

membaca bila naik darjah satu nanti


Tindakan yg harus dipuji!!!!!

Kebesaran Islam



Tadi aku ada pergi melawat kat blog ni tetiba terbaca artikel ni. Dah mintak izin pun untuk aku kongsi maklumat ni




Actually aku dah pernah baca & dengar dalam buku ttg kisah ni. cuma tak pandai nak olah balik untuk dikongsi di blog aku.




So, meh kita sama sama kongsi citer menarik ni. kalau korang rajin pergi majlis majlis baca kitab atau kuliah kat Masjid memang famous cerita ni dicerita oleh ustaz.






Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.












Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.


Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.


Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'


Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.


Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'


Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'


'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'


'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'


'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?' Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.


Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata,


- Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..


- Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).'
(Al-Isra': 12).


- Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.


- Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.


- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.


- Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.


- Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.'
(Al-Mulk: 3).


- Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.'
(Al-Haqah: 17).


- Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*


- Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.'
(Al-An'am: 160).


- Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf


- Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.'
(Al-Baqarah: 60).


- Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.


- Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.'
(At-Takwir: 18).


- Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.


- Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan
terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)


- Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.'
(Luqman: 19).


- Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.


- Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..'
(Al-Anbiya':69).


- Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).


- Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).


- Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.


Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.


Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci syurga itu?'


Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.


Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!'


Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'


Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '


Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '


Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.


NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.


Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga
orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.


Wallahua'lam


semana kaya atau besar...tetap Allahuakbar!!!! ittaqullah!!!!!

Wednesday, November 23, 2011

Rentetan Majlis Penyampaian Hadiah

Pagi tu, husband yang ngantor Amirul ke sekolah

sementara aku bersiap

jap lagi husband nak datang ambik

baby sitter Amirul pun nak ikut sama



wuish.. ada gaya jugak anak aku ni bila jadi pengerusi majlis

suara nya yang lantang tu bergema seluruh dewan

teks ucapan di baca dengan penuh kusyuk





Time aku sampai Amirul dah pun siap baca mukadimah & doa bagainya

hiksss.. ada mak we teman tue

partner dia ni Nama Nureen Absarina

comey tul budaknya






parts ni bila lepas je dia umum nama rakannya untuk ke pentas wat persembahan

Amirul plak layan benor dengan persembahan tu

dah tak layan member sebelah tu

Ni adalah antara pelajar yang sedang menunggu di luar dewan untuk buat persembahan

yang pakai baju biru tu, cikgu cikgu dorang le

kena kepong betul betul budak budak ni

takat lari ke sana sini



Ni le baby sitter yg jaga Amirul dan aleesya

Dia pun berbesar hati nak datang tengok Amirul

Demi kasih dia kat Amirul dia datang jugak

sekali tolong pegang Aleesya

Dia la tempat anak anakku menumpang kasih

tat kala aku bekerja

Semoga diberkati Allah..

Aku pun nak jugak ambik port berposing ngan Aleesya

berganda la kegembiraan Amirul bila aku ibunya, baby sitter mak dia

berserta Aleesya datang tengok

Husband balik umah jap, tido sebab malam karang kerja pulak
sekarang turn Amirul wat persembahan pulak
Tuan Pengerusi Majlis pun ada show



jadi tekong plak tu
terima kasih untuk cikgunya sebab bagi peluang


Ada 2-3 org ibu ibu yang dok sok sek sok sek kat belakang aku tu
siap dok tanya anak sapa la tu




kejap jadi PM kejap jadi tekong, sapa la mak budak tu yer


so far, tak pernah tengok pun.


yer la kan, sejak aku mengandung Aleesya aku tak pernah pun pergi hantar Mirul ke Sekolah. Sebab aku memang tak leh nek motor.


sebab tu dorang tak pernah tengok aku.
Amirul dapat no 3 dalam kelas. Ok la tu
walaupun tak dapat no 1, tapi ko tetap no 1 di hati ibu & papa


Time ni dok tunggu nak ambik Hadiah

Ni pulak kawan Amirul. umur 5 tahun. duduk sebelah umah baby sitter
dia memang kamcheng ngan Irfan ni
tapi irfan umur 5 tahun


Ni pulak abang si Irfan.Irham namanya
sama umur ngan Amirul
Baru je pagi tadi aku pergi hantar Amirul kat Baby Sitter
dah siap bergaduh nangis nangis
Biasa la budak lelaki, kalau tak bergaduh tak sah le


tara.. Amirul dah gondol hadiah berserta sijil
Hadiah tu ada kat belakang Sijil tu le

Kalau hadiah tu tak la grand sangat
cuma peralatan menulis dan melukis saja

Tapi very very meaningful untuk Amirul


ups.. pas ni ada lucky draw!!!!!

Tuesday, November 22, 2011

Amirul Graduate

Pejam celik pejam celik dah nak masuk 7tahun anak terunaku ini

Macam tak percaya yang dia dah meningkat besar

kami pun dah discuss may be next year nak cut bird bird dia

hahaha...


Gambar ni memang tak menarik langsung

cara dorang edit kat photoshop tu mcm tak expert ja

kalau tak expert hantar le kat kedai gambar untuk edit

tak yah la gigih dok wat jugak kalau tak pro

last cenggini la hasilnya

gambar mcm di tangkap ngan HP jer..


Rasanya kalau ngan Hp pun mungkin lebih cantik kot.
Aku mcm tak puas ati jer kan..kan..
gambar jadi blurr blurr gitu

Ha.. lepas ni, semuanya tinggal kenangan buat Amirul
Tahniah kepada cikgu cikgu PASTI Permatang Damar Laut
sebab dengan susah payahnya dia mengajar Amirul
yang banyak kerenah tu sampai dia dah lancar membaca
Sungguh cekal hati mereka
Semoga Allah limpahkan paha bergada kepada mereka

Inilah Sijil yang diperolehi oleh Amirul sebagai tanda dia dah tamat sekolah
dan dia juga memenuhi kriteria kriteria tertentu
untuk membolehkannya mendapat sijil ni
Setahu aku tak semua murid dapat sijil ni
Syukur, Amirul dapat


Rasanya mcm tak betul lak ejaan nama Amirul ni
atau aku yang tak pandai ttg tulisan qhat ni
" bila aku eja mcm Amir Alnaim "
Sebab aku tak nampak pun huruf "wau" dan "lam" pada ejaan Amir tu.

Nak pertikai pun tak patut sangat la
sebab Aku cuma pandai tulis & eja jawi ja
ttg seni seni qhat ni aku tak pandai
Biarlah yang cerdik pandai menilainya.

Nanti aku wat N3 ttg majlis yg berlangsung.

Saturday, November 19, 2011

Remote Astro Punya Hal

Aku memang bengang ngan remote Astro ni

Asyik rosak je terutama kat tempat letak bateri tu

dia punya pin tu siap boleh tarik keluar lagi


dah berpuluh remote ni aku beli

ni ke strategi perniagaan? buat barang cepat rosak

So.. bila org beli sales pun mencanak naik

Kalau kat umah, kami 3 beranak ni asyik berebut channel

tapi yang selalu menang.Amirul la



Sekarang kemian lagi Si Amirul, dia siap bawak ke mana saja remote ni

kalau tengah tengok citer kartun tetiba nak kencing

ke bilik air le dia bawak. kejap ke dapur

kejap ke bilik tido




kekadang tu dia sembunyi kat celah sofa, celah kain, celah almari

sebab tak mo kasi papanya tukar channel bola

sampai cenggitu sekali pangai Amirul ni


Ada satu hari tu, dia dah sembunyikan remote

ntah mcm mana sambil nonton dia dah terlena

Bila dia lena jer, hubby nak le tukar channel

kejutkan Amirul tanya, selamba je dia ckp tak tau

Mirul lupa la letak kat mana

ya la kan.. tengah tido mcm mana nak fikir




cari la kami ni satu rumah tak jumpa jumpa

last layan jer la citer kartun tu kejap.

tapi tak puas ati, cari lagi..


cari sana sini.. last jumpa kat pelipat kain

dia selit kat celah celah lipatan kain baju

ambik ko




Sekarang kami dah tau. beli 2 le. kalau Amirul sembunyi

ada satu lagi. hehehehe...

Friday, November 18, 2011

Disebalik Headband Aleesya

N3 sebelum ni aku ada citer tentang Headband Aleesya

So, today aku nak tunjuk yang terbaru aku buatkan untuk dia.


Masa balik Raya Qurban that day, aku ada pi selongkar

perca kain yang mak aku simpan

selongkar punya selongkar, dapatlah beberapa helai yang aku rasa

sesuai untuk aku wat Headband untuk Aleesya.



Ha.. yang ni aku wat bentuk reben plak

kalau sebelum ni aku wat bentuk bunga kan..

terhasil satu reben ihsan dari perca kain mak aku



perca kain yg lain aku dah siap buat reben ni
cuma aku tak sempat lagi nak pergi beli blank headband
Hari tu masa jumpa jumpaan kat Dave Deli aku beli 2 je Blank headband

Yang lagi satu non ada photo. Sebab Amirul dah korek manik kat tengah
reben. Diamond la konon. habis lingkup Headband Aleesya
dikerjakan dek Amirul.

Aleesya ni kalau pakai Headband nampak la cam budak pompuan
kalau idak, nampak mcm baby boy kalau tak pakai skirt
korang setuju tak ngan pendapat aku??

Masa aku bawak Aleesya pergi klinik untuk cucuk kelmarin
Ada satu Mak Nya dok sibuk Snap gambar Aleesya
Dia cakap nak ambik sample Headband
nak suh anak dia beli untuk cucu dia

hahaha... nak beli kat mana Mak Nya Oi..
yang cenggini aku buat sendiri la.

ha.. kan dah kata, tanpa Headband nampak mcm baby boy
Dah la tu, muka dia sebijik cam muka Amirul masa kecik kecik dodulu
at least, diffrent la sikit dari wajah Amirul
hehehe...