14/12/2011 aku baru je balik dari bank
pas tu aku on radio Sinar FM yang memang dah tersedia channel tu
kat Radio di office
Kebetulan masa aku on radio tu ada ustaz jemputan untuk soal jawab ttg azimat/tangkal
aku dengar gitu gitu jer. tak la memberi tumpuan sepenuhnya
Di sebalik cerita tentang larangan tangkal/azimat tu, ustaz tu selitkan sedikit
petua yang baik dan wajib serta perlu di amalkan oleh kaum kaum ibu.
menurut ustaz tersebut, jari telunjuk kita ni adalah azimat yang sungguh bermakna kurniaan Allah kepada hambanya. cuma kita je tak tahu
sebenarnya jari telunjuk ni mempunyai satu urat yang sampai ke hati. Sebab tu lah bila kita sembahyang dan time baca " Asyhaduallailla haillallah" kita angkat jari telunjuk dan kita akan terasa hingga ke benak hati.
Then bila kita marah, kita akan mengangkat jari telunjuk ke arah org yg kita marah tu. Inilah bicara hati yang menandakan hati org tersebut tengah panas
Ustaz tu sebut lagi, jika kita di kejar anjing, pas tu kita kena berhenti dan tengok ke mata anjing tersebut sambil kelima lima jari kita menghala tepat ke arah mata anjing. cubalah, anjing tersebut mesti tunduk.
Beliau cakap lagi, kalau isteri degil, sumai juga boleh guna kuasa jari telunjuk ni untuk tundukkan isteri. Tapi dia tak explain la mcm mana. Bior le para suami suami di luar sana cari & korek sendiri. suami suami sekalian cepat pi cari ilmu. jgn sampai isteri naik tocang. hahahaha...
pas tu ini adalah petua yang begitu bernilai di dalam semua petua k.
Baca dengan teliti.
Untuk mengajar anak supaya tidak melawan, degil dan segala bagainya, sila amalkan ini k:-
" cedok madu lebah dengan jari telunjuk masukkan dalam cawan yg berisi air, kemudian kacau dengan jari telunjuk jugak dengan niat ( niat yg baik baik la) then bagi anak anda minum"
I'allah anak anda akan dengar ckp anda. So, para ibu apa tunggu lagi. amalkanlah..
pas tu, jika ada anak kecil ( baby) mcm aku ni, sila cedok madu lebah dengan jari, pas tu letakkan kat mulut baby kamu tu, suh dia isap jari kamu. di hati kamu tu niatlah yang baik baik. cth : Aleesya, anak ibu sayang.. besarlah kamu dengan sihat, comel, anak yang solehah dan sentiasa membawa kebahagian kepada keluarga"
actually banyak lagi, tapi yang ni je aku nak kongsi kat sini.
sapa nak petua cam na nak elak anak dari kedekut dan dok rembat menan org bila pi umah org sila angkat tangan. kalau banyak permintaan akan ku turunkan ilmu.
hehehe.... sharing is caring la katakan.
info yang menarik..=)xsangka juga...byk yg saya xtahu
ReplyDeletethx.. nanti bleh wat utk ellesya jgk.. sbb ellesya mmg hari2 mkn 1 sudu kecik madu.. dh jd faveret
ReplyDelete