Monday, January 9, 2012

Char Koay Teow punya Pasal..

Maaf yer utk N3 ni, gambor memang kelabu sebab aku guna camera Hp jerk
maklumla Hp pun, Hp murah

meh sini nak citer, kalau korang orang Penang memangtau le tempat mkan kat Seagate tu
kalau malam malam memang ramai sebab kat sana ada ikan bakar, pas tu ada karaoke & tempat hisap shisha pun ada.

Aku nak makan Char Koay Teow kat depan Sunshine tu.
Tapi husband memang malas nak turn pergi sunshine lepas balik dari Tesco
so, makan je la kat belakang "Seagte" ni katanya

mula tu nak makan kat tempat ada karaoke, tapi aku la pulak tak nak, sebab tak selesa kalau makan ada org tengah memekak!!!

Then husband suh pi kedai sebelah plak, aku tak mau jugak sebab kat situ
ada org Hisap Shisha. bagi org lain wangi. tapi bagi aku BUSUK!!!!! menusuk ke tekak
mcm mana nak makan, korang mcm mana?

So lastl, pergi la kat satu kedai yang agak gelap sket. Aku pun dah malas nak merungut
kat husband, kejap itu kejap ni. mcm banyak songeh la pulak. ngeee

aku order char koay teow, Amirul order chicken chop & hubby order nasi & sotong masak pedas apa ntah. Tunggu punya tunggu..
punya la lama. bukan ramai pun org ada 2-3 meja jerk
meja lain pun dok tunggu makan jugak

hmm... last kuaq jugak suara aku ni ckp. kalau makan kat sunshine tu mesti sedap & order pun dah sampai. hubby diam jer.


hmm.. char koay teow aku dah sampai. aku pun makan sampai habis char koay teow tu. Air pulak tak sampai sampai.

Amirul plak dah tak sabar, terus je pergi kat kakak ambik order tu & tanya ttg air.
dia pun cakap a'ah... dok buat dah,sat.. sat..

bapa lama nak sat da...


husband dengan penuh kesabaran menunggu menu dia. dok pegang Aleesya sementara aku makan. Biasa la husband, dia ni penyabar orangnya. tak bunyi apa pun bila order dia tak kunjung tiba. hehehe

last, Chicken Chop Amirul pun sampai.

sampai amirul selesai menjamah chicken chop tu, order husband still tak sampai jugak. Last husband pergi bayar bill tanpa makan apa apa pun. sian dia.

Masa kat kaunter pembayaran tu, time nak bayar ada la satu mamat tu, dia pun nak bayar jugak. Then dia pun dok mengomel ckp, dari tadi minum air jer. dah dekat 1 jam. naik kembung perut minum air. nak tunggu apa lagi. mcm mana la dorang ni berniaga?
nampak mcm marah je mamat tu.

arkkk.. ingatkan kami je dok tunggu makanan, upernya ada juga order org lain yang tak kunjung tiba.

Sampai je kat umah, husband suh aku masak pedal ayam goreng kunyit sebab dia lapar. Sian betul ngan dia. dah sampai umah pun still menunggu lagi untuk aku siapkan pedal ayam goreng kunyit dia.

kalau la aku tau lepas balik shopping kena masak bagai, lebih baik tak payah makan kat luor. makan je kat rumah.

lepas ni ni kedai tu aku pangkah, tak mo masuk dah!!!!

8 comments:

  1. Sian kt hgpa..kalau aku pon dh pgkah dh..recently da mkn char kuew teaw kt sunshine tue weh..mcm nk pgkah gak psl ghamai owg n order pon lmbt..pastu x hygiene..

    ReplyDelete
  2. aku pun pantang kalo order kemain lmbt smpi....samalah laki aku...kemain penyabar tgu...kalo aku dh bising2 kt situ ok..yelah kita dtg ngan perut lapo..order smpi lmbt..aku jarang dtg sini..kalo dtg tmpt2 org rmi ni aku make sure ..kalo rmi sgt org cfm aku x sggh kedai tu..hehehe

    ReplyDelete
  3. Gie- kalau aku makan kat depan sunshine tu tak kan ku pangkah. sebab tekak aku memenag selera ngan CKT dia. aku suka.

    aku suka aku suka aku suka.

    ReplyDelete
  4. El- aku pun cam hang gak. kalau lapar sampai ketor lutut. sejak akhir akhir ni le. mungkin BF punya pasal kot.

    Tu la kan, Allah tentukan jodoh kita pun sesuai. sorang tak sabar soranglagi penyabar.

    ReplyDelete
  5. aduii...kes cenggini ler yg akak menyampah, hoho. penah terkena gak. masalahnya bkn kat kedai yg selalu kita pi...tapi kedai yg baru 1st time kita gi...ish!!

    ReplyDelete
  6. Kak Alona- betul. ini kes kedai yang first time masuk le yang jadi cenggini.

    ReplyDelete