Tuesday, February 21, 2012

Gulai Ikan Darat

Jumaat (17/02/2012) kami terima berita sedih
jiran sekampung hubby telah meninggal dunia
akibat kemalangan di antara Motosikal & Trailer
al-fatihah...

Kami speed balik malam malam jumaat tu jugak


keesokan harinya, MIL ada le ckp, kalau nak makan gulai ikan darat pi beli ubi kemili
Aku panggil ubi kemili ada jugak panggil ubi keling
Aku suka ubi ni, kalau adik aku lagi le suka
dia hentam rebus & makan cenggitu je..

Aku tak siang pun ikan puyu tu, sebab aku nak masak side dish yg lain.
my SIL & my MIL yg siangkan ikan. aku tunggu nak masak je

lagipun, memang sejak dulu dulu aku jarang sekali siang ikan puyu ni
sebab dia dok loncat loncat, pas tu takut terkena duri dia
time siang ikan memang takut tapi time makan aku bedal tak hengat donia. hahaha..


Aku memang nak masak gulai tu, tapi MIL plak yg masak.
sian dia, dah le sakit dok masak lagi
aku plak, masak kejap on kejap off sebab dak Aleesya tu le

kejap nak nenen, kejap nak air masak
kejap troli ke sana, kejap ke sini

ada ke patut, masa dia nek troli tu ke dapur
sempat lagi dia sambar daun kering tang mana ntah
dok asyik sumbat daun kering tu kat dalam mulut dia
hish.. mana tak kecoh kalau time masak jadi cenggini
sebab tu le MIL masak jugak walaupun aku ada kat dapur tu

MIL, dalam bab masak gulai ikan darat ni memang terserlah sedapnya
memang aku tak leh nak tandingi masakan dia, marveles
hari sabtu tu, aku makan nasi bertambah tambah ko..

ada pulak sambal belacan. ( aku tumbukkan). then hubby lak pergi pekan nat ( pasar tani)
dia borong ulam ulam kegemaran aku
hmmm... berselera benor aku makan.

Ulam buah putau, pucuk putat, pucuk cemumaq & jering
memang sedap beb...

lupa lak aku nak bawak balik sikit ulam tu
dah balik mai penang ni baru hubby tanya
"nape tak bawak balik sikit ulam tu?"

ish.. cam na la tak leh ingat.

tak de rezeki nak bawak balik ikan darat ke sini, sebab kazen Amirul pergi gak la cari untuk kami, tapi ikan takde.

4 comments:

  1. laparnya lah perut nie tgk menu..lagi ada ulam..ada sambal belacan.

    ReplyDelete
  2. ulam yg penting.. awek muda la katakan :)

    ReplyDelete
  3. dapnye sambal belacan ngan ulam
    kecur ayaq liur den nengok
    baik MIL hang nok hehehe

    ReplyDelete