Monday, February 13, 2012

Memberi & Menerima

Sejak beranak 2 ni, aku cuba utk meminima kan kehendak aku
beli barang cuma untuk keperluan je. ( betul ke?) muahahaha

mcm biasa le, bila time offer CNY aku akan beli beg & kasut
kalau sebelum ni aku borong sakan, tak kisah kasut harga ratus pun aku beli
hand bag pun sama

tapi kali ni aku pergi jugak le kat Sunshine Square tu, tapi tak dapat beli Handbag
cuma beli kasut je

aku bengang sangat sebab kasut Allan Delon kegemaran aku tu tak de saiz
cutting omputih plak tu, kalau biasa aku pakai saiz 7, tapi kalau allan dellon kena pakai saiz 5-6 jerk. dah le 20% off tak de saiz pulak. yg ada semua saiz 7-10. hangin tul aku that day

last dapat gak la kasut Lady Cino. tak bapa kenan tapi boleh la daripada tak de langsung.
tu pun aku dapat dalam RM 89.90.

masa lepas CNY tu aku dok belek belek la Catalog Leno
ingat nak beli Hand Bag


Tengah dok belek tu, tiba tiba je bos masuk bilik aku
& dok kepo kepo tengok

then dia dok tanya why aku tak beli H/b masa offer kat sunshine that day
aku ckp not enough budget. Then dia ambik je catalog tu & suh aku order handbag
nanti dia bayarkan.

wah.. bermunga munga hatiku ini.


tara... dah dapat pun. ok le kan. RM 70 hengget je. walaupun aku sebenarnya teringin nak beli H/B jenama Valentino mcm h/b lama aku tu.
masa tengok rega that day mau RM 250 ke atas.


pas tu terdetik lak dalam ati ni nak belikan kasut tuk suami.
sebab masa pi shopping that day, hubby dok angkat letak angkat letak je kasut kat atas rak di shopping complex tu.

tau le, dia mesti nak kasut baru, tapi dah banyak commitment ni
dia pendamkan jer. Pas tu diam diam aku belikan kasut ni untuk dia.


biasalakan, kasut lelaki mana ada murah mcm kasut pompuan. dah banyak dia kuarkan duit utk anak anak & isteri apa salahnya kali ni aku belikan untuk dia.Yang aku beli ni reganya murah jerk.

tak ternilai kasih sayangnya terhadap kami kalau nak dibandingkan rega kasut ni.

lagi pun hari tu aku ada dengar ceramah agama ada menyebut ttg cara nak murahkan rezeki
kena selalu bersedekah. kalau tak tau nak sedekah kat sapa sedekahlah kepada pasangan anda suami/isteri nescaya Allah akan murahkan rezeki.
kalau tak de apa yg nak di sedekahkan. sedekahlah sekuntum senyuman.ngeee

moga moga pas ni rezeki aku semakin bertambah tambah. amin ya rabbal a'lamin.

1 comment:

  1. waaaa baik giler boss ko ek..hehe..rezeki namanya..

    ReplyDelete