Saturday, April 28, 2012

Rezeki Dari Allah Untukku, syukur Alhamdulillah

Semalam, lepas balik kerja, Aku call MIL ada hal penting yang kami perbualkan. Hubby pulak kerja malam, so tak yah la aku rushing nak masak. Perut aku yang lapar ni still leh tahan lagi

Then lepas magrib pergi ambik Aleesya. Bila sampai je kat umah, mula la dok basuh beras nak masaknasi le konon. tetiba .. arghhhh.. gas habih. Dah kul 8.30, mana kedai gas yang bukak dahhh.
Amirul pulak ke Masjid. Balik nanti mesti dia lapar. 

tak pa.. tak pa.. ok, nanti dia balik, nak suh dia tengok adik dia kejap. nak pi beli makan. atau bawak sekali ngan adik dia pi. ish.. cam ni. Aleesya pun kan leh duduk lagi, bolehka Amirul pegang adik dia. 
awat la tak balik lagi Amirul ni. ( mcm mcm dok fikir) 
perut dok bunyi dah..

nasi bungkus


tetiba , Amirul bagi salam. & aku bukak pintu. Ditangan Amirul aku terpandang sebungkus nasi & sebungkus kecil acar buah. hmmm... Aku bersyukur padamu ya Allah, dalam hambamu ini kelaparan, kau titpkan makanan untuk anak beranak.

Nasi putih kuah dalca+ ayam goreng besau gabak + acar buah. memang sedap. Aku kongsi makan dengan Amirul sampai licin. lega rasanya.. kalau tidak jenuh jugak la kan, sebab Aleesya menyusu memalam, aku pulak perut kosong.

kebetulan semalam ada tahlil kat masjid. Tu la kan, kata org lagi ramai anak lagi murah rezeki. kalau la aku ada 5 org anak, tentu 5 bungkus nasi yg aku dapat semalam.
walapun sebungkus, aku amat amat bersyukur di atas rezeki Allah ini.

kacang panjang free
Mingggu lepas , masa aku pergi hantar Aleesya ke umah mak sitter dia, aku selisih pulak dengan Kakak yang duduk ujung block tu. Aku nampak dia dok carry kacang panjang yang siap diikat mcm gambar di atas tu.

Dia jual kacang ke? tetiba dia lambai lambai panggil aku. hmm.. nak jual kat aku le tu. Dia ckp " Ni ha..sedara akak dia tanam kacang panjang kat Teluk Kumbar tu" berbuah lebat sampai tak larat nak makan". Nah ambik kat hang seikat. 

Syukur, rezeki aku, walaupun hanya seikat kacang panjang, tapi besar pahalanya kepada yang memberi. Semoga hasil tanamanya berlipat kali ganda. amin...

Kakak tu dok pergi rumah ke rumah untuk distribute. sedap tau kacang ni sebab masih segar dan ranggup.

1 comment:

  1. Buat ulam jer kalo yg fresh dan rangup cenggini, hehe..

    ReplyDelete