Friday, April 13, 2012

Zikir Tambah Tenaga

Kata ustazku dulu, kaum perempuan la yang senang dapat pahala dan kaum perempuan juga yang senang masuk Neraka. hehehe... ayat pertama tu macm best je kan, tapi ayat kedua tu memang ngeri ko jah...

Satu hari aku ada terdengar ceramah agama ke apa ntah kat Radio Mutiara FM. Ada la pemanggil dok tanya ustaz tu ttg petua itu ini. Then salah satu petua/amalan yang aku rasa memang sesuai utk diriku.

aku nak kongsi ngan korang semua k.
sebelum tu baca dulu ayat ayat kat bawah ni ok:-


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

nilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. “Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”

Aku ni kalau nak baca time nak tido memang susah sikit. sebab banyak yg perlu di baca sebelum meta di lelapkan. selalunya aku amalkan membaca ayat kursi 7 kali, al fatihah, baca kalimah shahadah, baca doa tidur. kekadang tu terlelap sebelum habis baca.

pernah jugak amal zikir bila nak tidur, tetiba tasbih hilang. ambik yang lain pulak. pas tu hilang lagi. ish... asyik hilang je tasbih ni. berpuluh ko jah... hilang je. hilang kat atas katil plak tu.
Pas tu satu hari H/p Aku jatuh kat bawah katil. suh hubby angkat tilam aku yg 8 inci tu. Nahhh.. ambik ko berlungguk tasbih kat bawah katil. sabor je lah...

Then, masa yg sesuai aku berzikir alhamdulillah, subhanallah & allahuakbar tu, time aku dodoikan Aleesya dalam buai.


Masya allah, betapa senangnya kaum ibu/perempuan nak dapat pahala. masa dodoikan anak pun boleh kutip pahala tu. Aleesya pulak sekarang ni, kalau aku njut je buai tu tak lena punya. tapi bila dizikirkan. lena tanpa banyak kerenah.

Tambahan pulak aku rasa kelainan sejak akhir akhir ni. Kalau dulu lepas hantar Amirul ke sekolah. aku akan rasa penat & tido sampai kul 8.30 pas tu siap datang kerja.
Tapi sekarang ni, boleh pulak aku, sapu sampah, basuh pinggan, mop lantai & lipat kain bagainya sebelum siap siap datang kerja. Bila selesai masak lepas balik kerja, bolehlagi aku kemaskan dapur, sapu sampah & bawa sampah pergi buang memalam.
memang terasa tenaga yang berlebihan tu. percayalah kengkawan. tak rugi amalkan.


Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

note:- sebab tasbih aku asyik jatuh je kat bawah katil tu, ayah aku buatkan aku tasbih yang besar gabak tau. nanti aku tunjukkan. sayang tul ayah ngan aku....

2 comments:

  1. betul lah.
    masa anak baru sorang dulu tgh nyusukan bole tido, la ni bile dah de anak no 2, kuat betul tenaga walau mata tu mengantuk, bole sambung buat kerja

    ReplyDelete