Saturday, May 19, 2012

Imbau Kenangan Saat Sah Jadi Miliknya


Tengah blogwalking tetiba jumpa segmen ni. Rasa macam nak join lah.



 Oleh kerana tajuk tu ckp saat sah jadi miliknya. Saya nak citer tentang saat saat aku nak bergelar isteri jelah. Part cintan cintun tu sentuh sikit sikit boleh?

Ok, bermula dengan benci, geram meluat, menyampah bagai berputiklah cinta, kemudian bertunang.hehehe.. tak sangka you boleh kawin dengan orang yang kita benci.

Saat sah menjadi miliknya:-

Masa dah ditetapkan, jadi saya dan keluarga sedang menunggu di masjid untuk upacara akad nikah. Sejak kecil saya tak di besarkan oleh ayah, jadi untuk bercakap dengan ayah tu mcm janggal sikit la. sekarang dah ok. Then masa  nak akad nikah tu, ayah pengantin perempuan kena la tanya pengantin perempuan sama ada setuju atau tidak di kahwinkan dengan si polan bin si polan.

Oleh kerana segan & malu dengan pertanyaan ayah, aku angguk je. Lepas tu ayah cakap tak boleh angguk kena lafaz. setuju ke tidak ayah kawin kan kau ni? Ha.. mau tak terkejut? malu sesangat sebab ramai orang kat situ. kena jawab kuat pulak tu. tebal muka kemain saya ni. Terpaksalah saya jawab " Setuju Ayah"
Rasa mcm seketul batu besar dalam mulut ni dah di muntah keluar. kang jawab selamba gitu org ckp memang dasar ko gatal nak kawin. hehehe

Alhamdulillah hanya dengan sekali lafaz, saya telah sah menjadi miliknya. Oleh kerana majlis akad nikah dan kenduri jaraknya dalam sebulan, jadi kami kena berjauhan jugak walaupun telah sah menjadi isteri. Bila tiba hari kenduri di rumah pihak lelaki, saya tiada peneman. kekonon itu hanyalah adat. tak payah la ikut.

tiba je masa my parent semua nak balik dari majlis kenduri tu. Saya dah mula gelisah. takut cemas & bagainya.  terus ja saya menangis teresak esak. maklumlah saya tak pernah pergi tidur kat rumah orang. janggal betul rasanya. bila ingat semula malunyer...

Syukur alhamdulillah, sekarang kami hidup bahagia dan dikurniakan dengan sepasang cahayamata.




9 comments:

  1. Assalamualaikum...
    salam kenal...saya folo sini
    terima kasih kerana sudi sertai...tarikh akhir 22 mei..ada tercatat dibawah..entry..

    WAh..memang manis kenangan tuu...dua yg sama kisah kita tau..nikah dulu...kenduri kena tgg...dan menangis gak waktu kena tinggal kat rumah mertua...wawawawwa..malu btol..kan...tapi itulah saat yang bahagia..mesti masa taip nie tgh senyum kan....
    kiut cahayamata....merekalah penghibur sekarang kan...
    moga mahligai yg dibina aman makmur serta cinta makin kuat....sampai syurga...amin..
    tq sekali lg.. :)

    ReplyDelete
  2. hehe
    semoga bahagia selalu disamping suami
    kalau akak nak doodle free tu,
    akak klik gambar tu, then right klik gambar, then save as/ copy image
    http://sayacikamal.blogspot.com/2012/05/free-cute-doodle-muslimah.html

    ReplyDelete
  3. salam kenal..menjengah dari segmen yang sama jugak..

    http://chintahati81.blogspot.com/2012/05/segmen-imbau-kenangan-saat-sah-jadi.html

    ReplyDelete
  4. semoga berbahagia..dari segmen yang sama

    ReplyDelete
  5. dr segmen sama..follow sni..semoga bahagia hingga ke akhirnya..

    ReplyDelete
  6. dtg BW dan follow sini dari segmen yg same. 247. moge bahagia selalu. ;)

    http://farizafairuz.blogspot.com/2012/05/segmen-imbau-kenangan-saat-sah-jadi.html

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...semoga bahagia hingga ke syurga..amiiin..~♥

    ReplyDelete