Friday, June 1, 2012

Elakkan berkata " Ingat Apa"?

Bilakah anda menggunakan perkataan "Ingat Apa" dalam kehidupan seharian?
sewaktu anda marah? suka? duka? sedih? pilu.

Yang pastinya perkataan "Ingat Apa" anda pertuturkan bila anda sedang marah atau sedang
RIAK!!!

Hubungan aku ngan abang abang memang rapat
tambah tambah lagi dengan abang sulungku ini
sejak kecik, abanglah tempat aku mengadu domba. maklumlah kakak tak de. hehehe

Banyak jugaklah nasihat abang yang aku guna pakai dalam kehidupan seharian ini
recently abang ada datang ke rumah dan kami pun borak borak
reyuh rendah rumah aku. best giler bila abang abang datang

sambil sembang tu ada la abang sentuh tentang bahaya mempunyai sifat Riak!

Abang ada cakap jika boleh elakkan bila bertutur kata dengan orang lain dengan berkata
Ingat Apa? kerana bila saja kita menyebut perkataan Ingat apa? secara tak langsung
sifat riak itu akan datang.

Contoh:-
Abang ingat apa? adik beli tau rumah tu.( nada tinggi/marah)

semasa ayat ini dituturkan, kita merasakan yang diri kita ni lebih dari orang lain.
ada duit lebih dari org lain, kerja lebih dari orang lain dan bagainyalah

jadi, abang bagitau kalau boleh jgn la guna perkataan itu 
hiduplah dengan merendah diri. 

Aku rasa betul jugak kata kata abang tu.I'allah aku akan praktikkan dalam kehidupan seharian
aku juga akan ajar anak anakku untuk elak daripada menyebut ayat "Ingat Apa"


5 comments:

  1. kdg2 ayat Igt Ape tu time marah sllu kuar..tp x tahu pun ianya lebih kepada riak?caner eh...huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. el- bila kita sebut ayat tu mesti kat dalam ati kita dok ingat yang org yang kita sedang ckp tu tak tau apa apa.

    ReplyDelete
  3. x pernah guna perkataan tue...
    Aleesyaa kemain hepi! Sengihhhh...:-)

    ReplyDelete
  4. Pd pndpt CiM, bila kita ucap "ingat apa?" brmkna kita dh brfikiran negatif pd org yg sdg brhdpn dgn kita. Kita spertinya menganggap org itu sdg downgrade kn kita sdgkn dia tdk brmaksud begitu.

    ReplyDelete
  5. betul tu kak wantie..
    thanks sbb ingatkan juga...
    tayang akk ^_^

    ReplyDelete