Tuesday, July 17, 2012

Aleesya Dan Mee

kegemaran Aleesya ialah mee. Tak kisah le, mee goreng ke, mee yang berkuah ke. asal mee je dia bedal
Mak sitter dia la yang notice. sebab bila nampak je org makan mee
dia akn pergi bersila dekat orang tu.
hehehehe..

Bila makan mee je tak mo orang suap
dia nak suap sendiri
dua dua belah tangan dia guna

Ni merajuk sebab aku  ambil mangkuk dia untuk tambah mee

wat muka kesian dok mintak mee.
aku letak sikit sikit je, kalau letak banyak kang kembung lak budak ni

ha.. kalau dapat makan mee
tak gerak ke mana dah. bersila setempat tu je..
nyakat abang pun idak..

ha.. dah habis pulak mee ni..
mana ni... jap angkat tinggi tingi mana tau ada lagi..

ish.. tak nampak la..

ha... ada agi tu.. ( hehehe..)
tengok betul betul.. mee pun dah naik ke kepala
aku tak sempat snap dia masukkan mangkuk tu ke kepalanya
dah mcm kopiah di buatnya..


Tak tahan dok gelak sebab tu tak sempat nak snap.
sabo je lah..

ada la seurat dua yang melekat kat mangkuk tu
dia continue makan

abaikan segala selerak kat belakang tu
memang kena tunggu dia tido dulu baru boleh kemas & mop lantai
kalau idak, dia pun mop lantai gak.

haishhh....


10 comments:

  1. suka benor dier ngan mee yer..aku pong suka..:-)

    ReplyDelete
  2. amboi minat sungguh aleesya ngan mee yek, tgk cara dia makn pown kA dah tau he he he

    ReplyDelete
  3. macam ita jugak ni..
    suka makan mi...

    ReplyDelete
  4. wah aleesya suka makan mee...sampai kepala sekali makan mee tu hihihi

    ReplyDelete
  5. haha..comot aleesya...tetap comel!
    spagetti suka?kategori mee jugak ke?
    spageti takde la risau kembong kot..

    mmg gitu la gayanya ada budak kecik dlm rumah..huru hara. umah saya pun huru hara..dah tdo baru boleh kemas.

    ReplyDelete
  6. hehehehe...nmpak tomey bila da comot!

    ReplyDelete
  7. macam ranea.. semua nak buat sendiri.. :)

    ReplyDelete
  8. Alisya suka mee...Dpt bygkan reaksi dia makan mee, hehe.
    Anak2 akak masa kecik2 suka laksa. Taruk ler laksa ngan kuah sket tanpa bahan2 lain, huhu. Sampai skang antu laksa akiss ngan angah tu...mmm...

    ReplyDelete