Thursday, August 2, 2012

Hot topik in Ramadhan.


hmmm... sejak 2-3 hari ni, apa topik korang dengan husband/wife korang?
sama mcm aku tak?
duit baru tak tukar lagi ni...

1) hai.. faham faham la kan, kalau dah dekat nak raya ni, asyik cakap tentang duit je...
sama la mcm aku, abang... berapa budget untuk baju anak anak, baju saya & baju abang?
haish... leh pening kepala kan.. kan... ( syukur 50% dah saya beli masa sebelum puasa )

2 )topik yang dibincangkan merangkumi juga ttg, Raya nanti nak balik mana?. bincang elok elok ok, jgn sampai bergaduh dan berperang pulak. kang tak pasal pasal batal puasa. = dah sepakat Raya tahun ni di Kampung Aku.

3) Topik sterusnya ttg harga ayam + daging. Time nak raya ni memang angin je bila ckp tentang harga ayam dan daging. Abang dah simpan duit daging untuk mak? haaa.. ni le ayat aku. sebab daging kan mahal, jdi wajib kena support.

4) Zakat Fitrah abang dah bayar? jgn sampai lupa pulak. Tahun kita berempat. jgn lupa tu= Alhamdulillah hubby dah settelkan awal awal lagi.

5) Abang, raya nanti jgn boros sangat, kena spare duit minyak kereta dan tol . Mana tau kot kot mak ajak beraya kat Perak. rumah sedara mara dia.= Sian mak dah lama tak berjumpa jumpaan ngan sedar dia tu.

6) Abang, kuih raya tahun ni T tak buat, sebab Aleesya kacau ( dah malas nak buat, alasan anak la pulak) kita beli je lah noh.. = ada masa nak la buat 2-3 jenis

7) Raya nanti abang nak makan apa? selain lemang & ketupat nak buat laksa? bihun sup? mee kari?= semua sister in law aku dah dok berbincang, nak makan sedap colection mau power beb.

8) Abang nak tukar duit baru berapa ratus untuk duit raya tahun ni? = bila ek start bolehtukar duit baru ni?

* itu abang , ini abang jgn sampai tumbang udah le..*

hahaha... inilah sebahagian perbualan kami suami isteri. kami dah setuju yg tahun di raya kat kampung aku. sebab last year raya kat kampung hubby. Tak de la susah mana pun sebab kami kan senegri. 10 kali ulang alik pun tak malam lagi. kikikikik...

pokok pangkalnya, kalau non ada fulus, boleh berserabut kepala ni kan.

Note:- tengah pujuk bos.. kasi le sket $$$$ sebelah tangan pun ok la. 




7 comments:

  1. hehe, nak2 raya ni duit kena pandai budget. nak2 yg keje dgn swasta. pengsan..

    ReplyDelete
  2. tul tu kak... itulah topik kita suami isteri bila nk raya.. sama je kita kak.. hehe nak raya ni lah roadtax kete lak mati aduii duit lagi ..

    ReplyDelete
  3. wahhhh...sembang sakan noh hgpa..ekekekeqke..

    Aku belah mn pon ok tp majoriti lepak kat umah sendiri after beraya kt umah mertua n umah mak..dtg umah nnt k..:-)

    ReplyDelete
  4. wah.. mesti meriah raya tahun ni koz byk perbincangan..^_^

    uya dalam hal2 mcm ni hubby yg setelkan sendiri. tp bab memasak memang uya yg kena readykan.

    ReplyDelete
  5. dlm byk2 dlm list tuh... eB cumer mintak baju rayer... sbb sthn skali kan? len2 termasuk anak2 sumer eB tanggung. insyaallah :)
    balik kg jerk shah tanggung sbb umah parents dier... ^__^

    ReplyDelete