Saturday, January 5, 2013

Lemak Beri Tenaga Ketika Sakit

Bila baca artikel ni, tiba tiba aku rasa aku insan yang bertuah.
hahahaha...sebab lemak yang menempel kat badan aku ni
boleh di guna pakai bila aku jatuh sakit.

Ni namanya persedian yang bagus. bukan tipu tapi kenyataan

 

WASHINGTON – Berat badan berlebihan beberapa kilogram bukan sesuatu yang buruk, demikian menurut satu analisis baharu melibatkan hampir tiga juta orang. Analisis tersebut yang dibuat di Amerika Syarikat (AS) mendapati mereka yang memiliki berat badan berlebihan atau sedikit obes berkecenderungan hidup lebih lama. Namun, pakar-pakar kesihatan memberi amaran manfaat tersebut akan hilang sekiranya berat berlebihan beberapa kilogram itu bertambah dengan banyaknya.



Kajian itu menunjukkan terdapat kaitan antara berat berlebihan dan jangka hayat lebih lama. Namun, kali ini, analisis kajian serupa dibuat berdasarkan sampel lebih besar yang diambil dari negara-negara berbeza di Amerika Utara, Eropah, Asia dan Amerika Selatan. Dua saintis bioperubatan, Steven Heymsfield dan William Cefalu dalam satu editorial yang turut disiarkan Selasa lalu dalam jurnal JAMA mengulas, kajian terbaharu itu dan beberapa penyelidikan lain menunjukkan sejumlah kecil lemak berlebihan memberikan simpanan tenaga yang diperlukan badan manusia ketika sakit atau membantu dalam cara lain.

Sesapa yang kurus cekeding tu, sila la simpan lemak sket ok.
 
 
Note: harus di ingat, JANGAN LEMAK YANG berlebih lebih sudah le.



 

12 comments:

  1. fakta menarik ni..tak la risau sgh berat dh 46kg lepas bersalin ni....

    ReplyDelete
  2. akak, maklumat akak yg bernama SITI FATIMAH ker???

    ReplyDelete
  3. ok kak. mekasih... <3 <3 <3... next week saya mula pos... hehehe
    masih ada peserta tak bg alamat... maaf tau lambat.

    ReplyDelete
  4. owh..lemak yg x berlebihan lar nih..hehe..

    boleh simpan tp xnk lebih..=)

    ReplyDelete
  5. Nampaknye lepas ni saya kena simpan lemak banyak-banyak la .. haha :)

    ReplyDelete
  6. yayyyyy... ada guna jugak lemak ni.

    ReplyDelete
  7. takyah risau dah la pasni ada LEMAK.. hehe


    lama x singgah jenguk akak :)

    ReplyDelete
  8. tak jadi la nak berdiet lagi pasni..berguna rupanya lemak terlebih ni rupanya kan...

    ReplyDelete
  9. tapi taknak lemak banyak sangat

    ReplyDelete