Monday, April 29, 2013

Aleesya Setahun 9 Bulan

Dok asyik citer tentang Amirul je kan.
terlupa pulak yang semalam genap umur Aleesya Setahun 9 bulan.

Sekarang ni dah pandai sebut diri tu  "Kakak Sya" amboi..
berbuih orang panggil dia adik, dia pulak dok ngaku dirinya tu kakak
Nak adik ke? Nanti kalau ada rezeki ada la adik kamu tu yer. ngeeee...

Sekarang ni dah pandai mintak nasi.
paling gemar makan sayur brokoli, carrot dan bunga kobis
sayur sawi tu baru nak belajar makan.

Lauk pula, memang hantu ikan dan sotong
suka ratah ikan goreng..
kalau Tok nampak mesti cakap : "Budak banyak Cacing"

Masih lagi tak boleh nak ubah perangai tuangkan air tu
asal minum air je, mesti nak tuang ke lantai
kalau tak pun ke pinggan nasi abang..
 
kalau makan, kejap guna tangan kiri pas tu nak guna tangan kanan pulak
dah pandai bersila dan suap sendiri..

bila nak ckp "tak mau" bunyinya "Memeow"..
kalau marah mesti nak cakap " ti shat".. amboi...
ti shat = Nanti kejap ( kekonon nak ambil hanger dan pukul abang le tu )
 
 
pernah le sekali saja nak tengok perangai dia.
Aku bagi sotong kat pinggan papanya,
asal masuk je sotong dalam pinggan papa, terus dia sapu.. hahahaha...

 ** kalau org tengah syok nonton TV***
selambe derk ja dia switch off kan plug

Sekarang ni, gemar benar ,main bola
habis bola anak anak jiran di ngoratnya.
baling sana sini.

sian bebudak tu tau. 
So, aku beli la sebiji untuk dia. Tu pun.. sebab dia dah tak bergerak gerak
kat kedai yg jual bola tu..
Nekad.. nak jugak aku belikan bola tu.

sian pulak tengok. beli jugak le kan
walaupun tahu lepas ni bukan nak main sangat pun.


then ni cerita terbaru:-

Punya la semangat aku charge tablet dengan harapan dapatlah Amirul main
tablet tu.
Bangun pagi tadi tengok plug tu dah di switch off kan oleh Aleesya.
Tinggallah tablet tu dengan "Battery Kong".
 
 
Note:  Next time kena double check bila chrage handphone/note/tablet...


8 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete