Thursday, May 30, 2013

Aku Jujur ..Tak Tipu.

Dok lepak lepak kat umah Hari ahad lepas
dari pagi layan rumah dan putera puteriku saja.
Masa aku kat dapur Amirul bawa Phone aku, sebab ada call masuk

Perbualan bermula
Dia- Hello..siti..siti... hang ambik sawi kat aku sat. Suara seorang perempuan 
Aku-Sawi apa? 
Dia- Ni siti ke ni?
Aku : Ya la siti.. sape ni?
Dia- terus mati kan talian telefon.

Pas semua kerja siap. Aku tonton TV sambil Sterika baju
Tetiba ada SMS masuk

memandangkan aku received call tadi, suara pompuan kan. 
so, aku layan je la SMS ni.
Mana la tau kawan lama boleh  eratkan semula persahabatan.

Aku mcm dah boleh agak umur dia melalui cara dia sms tu
kalau dah berumur tak de na nak tanya budak mana bagai tul tak?

Aku jujur tak tipu ok.
aku jawab sebetulnya
tapi still nak tanya jugak aku kawin ke idak..

seyes aku memang caya yang penghantar SMS ni pompuan
Amirul pun cakap pompuan sebab dia loudkan speaker masa aku jawab phone tu.

perbualan sterusnya. 
Aku dah mula rasa pelik. Kenapa tadi yang call perempuan
suruh orang lain call ke?
Apa motif dia sesaja suruh orang lain call, pas tu buat buat tanya sawi bagai?

Last.. aku tak layan pun sms tu
akhir sekali dia sms lagi nak dapatkan kepastian.
may be nak try the last chance kot.

See.. my answer is very jujur. 
sebab aku memang jujur dan tak tipu ok..

***  korang mesti ingat, nape la aku layan sms ni, wat tak tau dah le, dah nombor pun tak kenal**
okey.. Ini memang sikap aku, aku tak nak sesuatu yang meragukan tergantung dan bakal menyusahkan aku di masa hadapan. Lain rumahtangga lain le cara dan percaturannya.Inilah caraku mengekalkan keharmonian rumahtanggaku.
sape yang pandai judge maksud tersirat aku tu, terima kasih ye..


Buat callers tu, siapa jua pun kamu, kamu kenal aku ke tidak, kamu sengaja ke tidak
aku tetap tak marahkan kamu
sekurang kurangnya, kamu masih ada perasaan respect dan menghormati
rumahtangga orang lain.. Cari yang single ok.
Aku doakan kamu temui jodoh yang baik dan beriman.


Note: I know my limits ok.

12 comments:

  1. hahahahahaha
    1st time org nak ngorat ko tya pasal sawi terbaik lahh haha

    ReplyDelete
  2. ada org saja nk test hg tu kut..hehe..

    neway...hati2 ye dear..

    ReplyDelete
  3. org ni macam-macam ragamkan kak T...
    lama tk wassap ngn kak T.. rindu nk bual2.. :(

    ReplyDelete
  4. pernah jugak jadi camni dulu. tapi malas nak layan. at last, mintak tolong hubby yg angkat tepon kalau org yg x dikenali call lagi. hehehe

    ReplyDelete
  5. Owh this remind me budak Nepal kerja cafe dekat rumah dulu, soemthing happen sampai memaksa I tinggalkan my phone number kat untuk call me for something urgent... boleh pulak pastu dia sms nak kawan bla bla bla.. I dah reply awal2 cakap thanks sumer elok2 jer, boleh naik lemak nepal tu sms siang malam non stop even I tak respon, last2 I tanya nak jumpa my brother ker? hahaha orang dah beranak pinak pun tak reti nak respect.

    ReplyDelete
  6. terbaik lah kak jawapan.. hehehe.. budak sekolah tu kot.. sy pun penah kena dulu..

    ReplyDelete
  7. Takut lah orang mcm nie, kalau Teena memang x kan layan.. Tp suka cara akak yg berterus terang.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah...senang klu camtu bg clear semua...br senang ati

    ReplyDelete
  9. hehe..akak pun ada pengalaman mcm ni. Lelaki ada pempuan pun ada. bila dh tersalah kol..dia sms pulak tp akak tak balas pun wlpn dia pempuan. Risau jer tetiba ada sindiket jenis baru pulak, kan...huhu.

    ReplyDelete
  10. sama la ngan saya kak..kalau orng tnya, ckap dah tunang. tp kalau orng llki dok kacau2 cakap dah kawin terus..hehe.. sebab tak suka diganggu..

    ReplyDelete