Thursday, May 16, 2013

Wahai Ambank..sila Update My Geran

Lambat pulak aku bersiaran hari ni yer.
Bukan  apa cuma mencari kekuatan untuk aku buat entry ni

Aku percaya ramai yang tak aware dengan Insurance kenderaan yang 
korang bayar every year sebelum korang renew road tax kan..kan..
tak pe..tak pe.. nantilah aku citer di lain episod.
kali ni aku nak bagitau korang.
pinjam photo dari blog ni.
Kebetulan, aku  sekeluarga dah plan nak jenjalan keluar dari Penang ni 
check semua dah, tapi.. bila check road tax  yang stick kat cermin kereta tu
bukan setakar blurr dah.
dah jadi putih melepak dan tak boleh nak baca apa pun.
sampai bila tarikh road tax mati pun tak nampak dah..

Check insurance keta, ok ada lagi 2 bulan nak expired
dalam hati ( kalau on the road nanti kena road block, pas tu check tengok road tax tak nampak
boleh kena saman ni.)
Makanya aku pun pergilah ke Bank untuk mintak salinan. Salinan je pun, bukannya original
saja la nak letak dalam dashboard keta, In case kena tahan ngan polis boleh la proof
yang keta aku ni ada road tax tau.

cilok kat blog( tengok watermark ye,.)

dorang pun check bagai, last dorang bagitau, yang geran keta aku ada kat seberang
so, tak pe la ada kat mana pun, U all just fax the updated kat I dah le.
Then dorang pun dok tanya aku kenapa nak ambik, nak pi mana bagai
adoi... nak ambik salinan pun investigate mcm kes jenayah ke?
pas tu kan, selamba je dorang cakap yang Road Tax aku hari tu dorang wat "MyEG"
cuma kat road tax je boleh proof aku ada beli road tax
kat geran aku tak updated pun
still dok tunjuk expired 2012.

dah le salinan aku tak dapat..
last aku cakap le kat dorang, kenapa U all buat MyEG?
Why tak inform I?
then dia kata sekarang semua road tax kita buat MyEG.
ok, fine.. You all ambik service charges RM20.00 untuk apa?
untuk MyEg sent road tax kat u all, pas tu U all call kita untuk collect?
tu je ke?  for call fee?
Kalau dah U all decide nak wat MyEg, kenapa U all tak ambil original geran pergi up-dated 
kat MyEg?
kalau I tau yang u all tak buat service ni untuk I, I sendiri pun boleh buat MyEg..
tak payah nak tunggu sampai seminggu dua tuk korang buat untuk I.


pas tu, dia cakap, kalau U nak jugak geran U di updated,
U pergi ambil original geran kat Seberang, pas tu you pergi MyEg updated sendiri
Hello.. dah le korang sapu service charge RM20.00
pas tu suruh aku pergi updated sendiri pulak!
ini dah lebih...

tellers tu suggest aku lagi, kalau U nak collect kat sini pun boleh
charge RM20.00
Wahhhhhh... baik punya charge, dari branch di di seberang tu 
mai ke Penang ni RM20 korang charge ye..
pas aku bayar RM20.00 tu, geran aku tak updated jugak!!!!

Lepas ni aku rasa, ak payah nak deal ngan bank untuk renew road tax, betul tak?
kalau setakat nak online MyEg tu, aku pun tau.hahahaha...
Memang le aku tak de masa nak pergi collect orginal geran kat seberang tu
tengoklah nanti, aku authorise my hubby, boleh kot noh..

Tapi, aku terfikir jugakkan.. kalua sebelum ni sesapa yang sangkut bayar kat bank tu
memang jgn mimpilah nak renew road tax, tul tak
setel dulu outstanding, baru bank buat road tax kan..

kalau dah ada MyEg ni, boleh lepas tak renew road tax kalau
ada tertangguh bayaran bulanan?
hmmm.... aku ckp je ar..aku tak suggest pun ar... ( sendiri mau fikir ok..)


Aku nak suggest kat Goverment, ada tak cara lain untuk kekalkan 
ink kat road tax tu? maklumlah sekarang cuaca panas terik, 
orang susah mcm aku ni, sure la parking kat parking lot tak de bumbung kan..
nak tak nak hilang jugak word yang di print tu..
( tetiba teringat ink PRU13)


Note: Perlaksanaan sesuatu sistem tu, seharusnya tidak menyusahkan orang lain.


Next entry:- Jawapan dari orang MyEg kepadaku...lagi bernanah beb...


12 comments:

  1. hahaha
    sabar kak, sabar ok!
    sy buat dgn pjbat pos. alhmdulilah, sume ok. hehe

    ReplyDelete
  2. betul tu akak. sepatutnya lagi mudah. ini lagi susah

    ReplyDelete
  3. lelaki ini- kalau la original geran ada kat akak, sure dha pergi buat kat GPO

    ReplyDelete
  4. pokok manggis depan Rumah- tu la, kekonon nak advance la sangat. terasa mcm sistem lama lebih baik dari yang baru.

    ReplyDelete
  5. kalau x silap sy, sy penah dgr yg govt x nk buat lg cr mcm ni. nk guna cara elektronik elektronik dan x perlu geran bagai.. tp smpi la ni x ada pon..

    ReplyDelete
  6. mujur akak taw jgak term2 yg di sebut tuh..klau husna puas kena tipu la nmpaknya..adehh~

    ReplyDelete
  7. ambank ni kan...mmg laa.
    Payah bebeno nk mintak ori geran kete kat dorang. Padahal kancil akak guna tu bulan 11 ni dh abes dh pun. Mintak sebab nk pi buat sendiri renew kat JPJ..jimat komisen, kan..

    Dorang tak bagiiii!! adoii..tu laa ambank kat bentong tu, huhu..

    Tak mcm maybank. Alza ni cukup setahun nk renew..somi akak pi pinjam geran tuk renew sendiri roadtax..senang jer dia bagi. Mgkn dia tgk rekod pembayaran tu ok jer kan. PAstu, somi akak nk pulangkan balik geran tu...dorang kata tak payah. Jaga ler elok2...dorang kata..

    Ari tu renew roadtax kancil kat myeg jgk ler..komisen smpai RM15, giler!!! Gi jpj sendiri lagi baik. Bkn jauh pun..

    ReplyDelete
  8. assalam, sabar ye wantie..pasti ada lah yg tak kene tu...jangan diam.. cari tau..

    ReplyDelete
  9. nampak tak permainan dorang??? dorang pentingkan duit. duit duit dan duit. tapi kerja tak buat pun.

    ReplyDelete
  10. ktynya geran kete ada ngn kty..sbb masa setahun beli nak renew roadtax insurance.kty amik dr bank..lps tu tak pulang.bior kan je..

    ReplyDelete