Thursday, August 29, 2013

Berapa banyak berapa da...

Aku ada dua Memory Card, yang satu dah rosak, satu lagi
aku tertinggal pulak kat office.
makanya kenalah aku beli. ngeee

See.. punyalah ganas, guna memory kad sampai pecah berkecai gini.

al kisahnya aku pergi la satu kedai kat Ipoh tuk beli memory card
ate..nak gedik gedik sambil bergambar

Masa aku masuk kedai tu, ada bini tokey kedai je yang jaga
dia tunjukkan aku SD card yang 512MB.
Aku cakap le, ada saiz besar tak? 512MB tak sesuai la dengan DSLR ni 
Mana tak sesuai, u angkat ini kad masuk dalam, muat ma..
( sambil ambik memory card tu masukkan ke dalam DSLR aku.)

selamba dia cakap
ini standard la.. mana ada saiz besar.

maksud aku, saiz memory tu, bukannya saiz memory kad tu.
aku pun mintak le yang 4git ke 8 git ke.
dia dah mula pening.. sekali dia cakap tak ada, tapi aku tengok dia ada pegang SD card kecik tu

pas tu laki dia masuk, 
Tokey  :  kita ada 4git dan 8 git U mau berapa?
Aku : 4git berapa 8 git berapa?
Tokey: U mau berapa?
Aku: harga berapa? 
Tokey : U mau berapa?
Aku: I mau satu je, Berapa?
Tokey: U mau berapa?
Aku: I mau satu memory card, I mau tau , U jual 4 git berapa ringgit, 8git berapa ringgit?
Tokey:  Ooo.. 4git RM30, 8Git RM40.
Aku: bagi 8Git

Adoi.. miss communication. asyik berapa berapa..bila mau habis daaa..


Note: Berapa banyak berapa da.....

12 comments:

  1. haha lawak plak dok baca akak dok tanya 'berapa.berapa' dgn toke tu :P

    ReplyDelete
  2. HAHAHA..nasib baik tak berperang sbb salah faham tu je..

    ReplyDelete
  3. napelah hang x ckp kt tokey tu
    helo tokey berapa banyak berapa daaa
    hahahaha
    lawak tul tokey tu n bini tokey tu

    ReplyDelete
  4. hahahaha lawak pulak misscommunication nyer. ayat mau kasi penuh ma, nasib tak sehari semalam duk berapa berapa sana.

    ReplyDelete
  5. ayoyo KA yang baca pun rasa conpius n i, brp byk berapa dah !hehehe

    ReplyDelete
  6. Salam sister.. jemput join 2nd Giveaway by Hijab Valley =)

    http://hijab-valley.blogspot.com/2013/08/2nd-giveaway-by-hijab-valley.html

    ReplyDelete
  7. Salam sister.. jemput join 2nd Giveaway by Hijab Valley =)

    http://hijab-valley.blogspot.com/2013/08/2nd-giveaway-by-hijab-valley.html

    ReplyDelete
  8. pening nak deal ngan orang yg tak reti bahasa melayu ni..

    ReplyDelete
  9. hehe..pening nak pahamkan orang yang susah nak paham apa yang kita mksudkan, kan..hehe

    ReplyDelete