Sunday, August 25, 2013

JadiBersihkah Makanan Bila Ibu berkuku Panjang?

Khamis lepas aku ke KK sebab aku dah postpone date utk Aleesya datang tu selepas Raya
Masa aku tengah tunggu giliran nma di panggil, aku terpnadnag seorang perempuan.

orangnya cergas, tapi bila aku tengok kan dirinya, membuat aku terfikir kembali
aku tak nak sentuh kat pakaian atau rupa paras.
aku terpandangg ke sepuluh sepuluh jarinya berkuku panjang.
tengok dengan keadaan jemarinya tu aku dah mula berfikir yang bukan bukan.
terus terang aku cakap. Aku tak suka perempuan ke lelaki ke berkuku panjang
tambah tambah lagi kaum ibu.
Ada kawan aku cakap, nak tengok anak dara tu rajin ke malas buat kerja rumah tengok kukunya
kalau yang kuku panjang tu majority malas
asyik nak dok jaga kuku je, kang buat kerja, patah pulak kuku tu.

 
berbalik pada perempuan tadi,
Aku dengar Nurse tu sebut namanya dan berbualan yang agak kuat aku boleh la dengar
" Hang mai buat buku tuk hang ka utk sapa?
Hang mengandung lagi?
ish.. hari tu orang suruh makan ubat hang tak makan ka?
suboq tui la hang ni.
orang lenkali makan la ubat dah tau jenis suboq"
 
 
Selalunya Nurse akan cakap begini jika seseorang tu mempunyai anak yang ramai
tul tak?
Mungkin perempuan tadi dah ada anak ramai, so Nurse suruh jarakkan kandungan tu
 
Tetiba aku terfikir:-
Perempuan tadi sudah pastinya ibu kepada beberapa orang anak
isteri kepada seorang suami
Dengan keadaan kukunya yang begitu
bagaimanakah dia menyediakan makanan kepada suami dan anak  ?
tak tahukah dia sebenarnya menyajikan kuman/kotoran kepada keluarga
 
Cantik ke berkuku panjang?
 
Baca Juga:

Dosa Simpan Kuku Panjang Seperti Bela Babi

 

Kalau simpan kuku panjang tapi kuku bersih macam mana pulak? Boleh tak?

Jawapannya berbalik kepada persoalan di atas. Antara hikmah disyariatkan amalan memotong kuku di sisi syarak bertujuan untuk memelihara KEBERSIHAN tubuh badan dan mengelakkan daripada terkena sebarang penyakit yang berpunca daripada kuman yang melekat di bawah kuku.


Kuman yang melekat di bawah kuku boleh berpindah ke dalam makanan yang kita makan apalagi kalau selepas kita beristinjak. Kotoran mikro yang tidak terlihat oleh mata kasar akan berkumpul di celah2 kuku yang air tidak sampai walaupun dicuci dengan Dettol sekalipun. Lagipun, kuku yang panjang ni menghalang air sampai ke kulit terutamanya ketika kita bersuci, berwuduk, dan mandi. Bahkan perbuatan membiarkan 

kuku panjang tanpa dipotong memburukkan pandangan dan mungkin boleh memudaratkan.
Agama Islam amat menitikberatkan tentang kebersihan dalam kalangan umatnya sehinggakan kebersihan juga merupakan sebahagian daripada iman. Jangan dipandang remeh perkara sebegini kerana, tanpa kebersihan, sebenarnya iman kita masih belum lengkap.

 

Note: Pernah aku tak jejak kedai yang penjualnya berkuku panjang sehingga ke hari ini.

11 comments:

  1. I risau la kalau tak potong kuku kang nak cuci bontot anak hidung anak, terguris ngan kuku panjang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..kalau dah kotor tu, kena la elakkan dari sebarkan kepada yang tersayang

      Delete
  2. lagi satu kuku kaki..husna x suka tengok laki or perempuan kuku tgn ok tp kuku kaki terbiar..>.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kuku kaki pun kena dititik beratkan

      Delete
  3. Akak pun mmg terapkan kat anak2...jgn berkuku panjang. Seminggu paling tidak sekali kena potong kuku ngan pengetip kuku (bukan gigit, ye...huhu)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. nilai murni haruslah kena terapkan ke pada anak anak.

      Delete
  4. seigt sy, hadis / hukum tu adalah dho'if sumbernyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sumbernya dho'if sekalipun, yang pasti kuku panjang ni memang boleh mengundnag kotoran

      Delete
  5. kikiki...nk buat camana dah rezeki, misi jan la sound camtu...

    ReplyDelete
  6. owh saya suka berkuku pendek dan x suka kuku kotoqqq..hehe

    ReplyDelete
  7. Ita pun sama tak suke orang yg berkuku pnjang..x kira lh kuku tu bersih ke tak

    ReplyDelete