Friday, August 2, 2013

Tawakal dan Yakin Bila Berbuka

Rumah aku dekat je pun dengan Masjid. 
So, setiap kali masuk waktu sembahyang, tak de nak ambik kisah nak tengok jam bagai
dengar azan je, dah tau la masuk waktu.


Aku ni dah pandai budget masa untuk masak. 
masak le mcm mana pun, asal jam 7.35pm, mesti semua dah siap.
cuma tinggal nak masukkan air dalam cawan je.


Semalam dalam sejarah tau, lepas aku prepare semua tu
tunggu punya tunggu azan tak berkumandang jugak
tunggu lagi.. tetap tak de azan..

 

Mula la check jam aku, check jam hubby..semua jam yang ada dok chek
semua handfon pun check jugak.
sepatutnya dah boleh berbuka ni
mungkin tok bilal sakit ke, mc ke hape ke..
Diam kejap kami sekeluarga, mana tau kekalau jiran sebelah dah start makan
mesti bunyi jugak sudu bila dorang ceduk ceduk lauk tu
my jiran pun diam jugak.
sah le dorang pun nunggu azan jugakkan..
 
 
Last, aku dengan yakin dan bertawakkal, aku baca doa dan minum
Naiim masih lagi nak nunggu azan, siap tuduh aku batak puasa la
aku wat derk ja.. akhirnya tergugat juga iman si Naiim tu kan.
berbuka jugak la walaupun dah 7:49 pm. ( lewat kan)

then jam 11:49 mlm tu lepas aku kemas kemas dapur, mop lantai bagai aku 
pun keluar nak buang sampah
ha..baru la dengar mikrofon di ketul ketuk
testing testing satu dua satu dua
pas tu cubaan..cubaan.. 

ruper rupernya mikrofon tu yg sakit, bukan tok bilal da..
patut le..diam je magrib dan isya . merajuk le tu
dia pun nak jugak  baju bru bila nak raya kan..kan..




Note: Perkhidmatan Microfon sangat sangat berharga di bulan Ramadhan ni.


7 comments:

  1. huhu...x pa..dah melebihi waktu dah kira da sah dah buka tu..hehe..uopernya microfon yang sakit

    ReplyDelete
  2. sama macam kat tempat saya 2 hari lepas.. tiba-tiba tak dengar azan. kebetulan tv pun tak bukak. mak aih.. tawakal je berbuka lepas tu. hehehe

    ReplyDelete
  3. aku pun kat surau blkg umah aku yg dekat giler tu pun xdengar..tawakal je agak2 dah 7.40-7.45 kami pun bukak pose..
    mcm kes ritu kat pondok mil aku
    mmg mil aku ckp diorg berbuka dulu baru azan..so tu pun kami agak2 n tawakal je..lau mkn kt luar senang..tp tulah org tgk kita..kita tgk org..dah ke blum dah ke blum hahaha

    ReplyDelete
  4. hehehe lucu pulak KA baca n3 ni !

    ReplyDelete
  5. lewat nyer....ita plok bukak radio...azan kadang tu x dengar langsung..

    ReplyDelete