Tuesday, September 3, 2013

Hari Hari Terakhir Ayah- Alamat Kematian ( pertama)

Seminggu Selepas Raya, Aku telah bermimpi

Rentetan Mimpi
" Aku bermimpi, yang suamiku telah berkahwin lain dengan seorang perempuan tua dalam lingkuan 50-an,
Kononnya perempuan tersebut tengah mengandung, dan suamiku menjadi Pak sanggup
Dalam mimpi tu, my hubby ada ckp yang dorang cabut undi utk jadi Pak Sanggup, Dorang ada 6 orang semuanya, Tapi bila di cabut undi namanya yang terkeluar, jadi dia pun kahwinlah dengan perempuan tersebut.

Aku pulak tak de pun nak mrah kat perempuan tadi, terima dengan rela hati maduku itu.
then aku terjaga. Dah sepertiga malam.

Ku bangun pergi ambil wuduk bagai then tidur semula

Kemudian, mimpi tu bersambung, pelikkan..

dalam sambungan tu, aku berpakat nak cari bapa kepada bayi dalam kandungan wanita tersebut
lepas tu berjumpa seorang lelaki tua sedang menyankul tanah merah
Lelaki tua itu badan nya saling tak tumpah mcm badan ayahku, tapi wajahnya lain sikit
Lelaki tua itu mengaku yang anak dalam kandungan wanita tu, anaknya
atas sebab yang tertentu, dia memang dah tak boleh nak berbalik dengan wanita tersebut

Kemudian aku terjaga setelah azan subuh berkumandang
Aku sangat takut dengan mimpi tu, sampai mimpi itu mengganggu emosiku
ku ceritakan kepada emakku dan jugak birasku

Kupasan Mimpiku.

Suamiku berkahwin dengan wanita tersebut bukanlah berkahwin dengan ertikata sebuah perkahwinan.
1)Perkahwinan di sini bermaksud "Tanggungjawab" yang terpaksa di pikul/di sanggupkan
2) 6 orang mencabut undi bermaksud anak anak ayahku ada 6 orang yang dewasa.
3) Lelaki tua itu ibarat ayahku yang menyatakan bahawa ank perempuan tua itu anaknya, menunjukkan anak ayah yang belum dewasa ada seorang je lagi. so  dia serahkan tanggungjawab tu kepada kami 
4) lelaki tua itu mengatakan atas sebab tertentu dia tak boleh berbalik kepada perempuan tua itu bermaksud ayahku akan terpisah alam dengan isterinya
5) Maduku dalam mimpiku itu bermaksud, bukan berkongsi suami, tapi kami adik beradik berkongsi
ayah tapi mak lain lain.



Note: Sebelum kematian Bapa aku menerima 3 alamat kematian.
nanti sambung lagi ye.

8 comments:

  1. First of all takziah atas kehilangan ayahanda tercinta. Moga rohnya bersama mereka yang beriman. Ya Allah tegak bulu roma baca tafsir mimpi u. Kan.. petanda2 macam ni kalau diamati ada maksudnya.

    ReplyDelete
  2. Allahu Rabbana..Dari Dia kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali

    ReplyDelete
  3. Kekadang mimpi adalah mainan tidur...tetapi kekadang mimpi apa yg telah berlaku, kekadang mimpi bakal menjadi dejavu...misteri mimpi!!!!

    ReplyDelete
  4. biasanya petanda-petanda ni kita tak perasan dari awal..bila dah hilang seseorang tu baru kita perasan

    ReplyDelete
  5. erm.. punya maksud yg tersendiri ye... kagum jugak ngan cara amanah tu disampaikan...

    ReplyDelete
  6. Ya Allah kak..bnyknya mimpi2 yang akk terima..

    ReplyDelete