Thursday, March 13, 2014

I'm Born to be Your Brother...

Lepas kami balik dari Pulau Aman tu, saja la lepak jap kat The Ridge-Teja by the Sea.
cantik betul pemandangan laut bila kita lihat dari atas restoren tu..
(nanti citer selanjutnya)

 ha..ginilah view "The Ridge-Teja by the Sea" tu...
aku bukan nak citer tentang restoren ni, cuma nak citer tentang anak anakku kat sana k.

masa nak datang ke sini , papa bekalkan Naiim RM20. 
Naiim banjer sikit je..so masih ada balance la kan..

Masa kami lepak kat  "The Ridge-Teja by the Sea" tu ada la dorang sediakan
motor dan keta untuk bebudak naik.. Naiim dah besar dah takboleh naik la kan..

So, masa aku nak bayarkan untuk Aleesya naik motor comel ni
Naiim dari kejauhan cakap " Ibu.. tak pe Naiim bayarkan untuk adik, Naiim ada duit ni"
hmm... tak sangka aku tau..
untuk adik apa pun tak pe yer Naiim...

tetiba aku rasa bahagianya aku...
terdetik di hati kecilku... nanti kalau Naiim dah besar dah bekerja, mesti dia akan belikan macam macam
untuk adiknya... mesti dia akan rindukan adiknya bila berjauhan.

dalam aku mengelamun tu, my abang tanya..
Ana, Naiim ngan Aleesya tu beza umur 6 tahun kan..
tengok cara tu rasanya memang Naiim takkan pukul adiknya la kan..
dah pandai sayang adik..
ni mesti kes adik naik kepala pun dia diam je la ni... 

tau tak pe bang... tu la yang Aleesya ambik kesempatan!!!!!

 
huh..abang aku yang beza umur 2 tahun jer ngan aku pun sayangkan aku ke main lagi kan..
inikan pula Naiim yang beza umur 6 tahun, lagi la kan..


sekarang ni si Naiim, kalau pergi pasar malam, getah rambut pun dia belikan untuk Aleesya..
kalau part makanan tu jgn cakap le, mesti ada jugak untuk si adik..



Note: Aleesya, I'm born to be your brother k..





*** If you drop me, I will break. If you hold me,  I will shake. If you need me, I will hurry. 
      If you don't call me, I will worry. If you hurt me, I will cry. 
     But if you leave me, I will die.


13 comments:

  1. sayangnya Naiim dgn Aleesya kan..mmg betul2 abg yg baik... moga kasih syg mereka berpanjangan..:)

    ReplyDelete
  2. kan dulu naiim nak sgt adik
    so skun dah jd tggjwb dia as a brother
    dia pun dah matang skun ni

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak wantie. alhamdullilah. sejuk perut dengar anak lelaki pandai jaga adiknya.. bestnya.. semoga mereka berdua membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh, solehah... sheila singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
  4. bagus la abg naim..jg adik leklok taw

    alamak..kt the ridge ada keta moto bdk2 ni ka

    ak insyaaAllah plan nk gi ujung bln ni.
    kalau jadi..jenuh arr nnti irfan nk nek plak
    wpon irfan dh ada keta bsr dia cm ni gak..
    tp tk sll blk sp main..hehe

    ReplyDelete
  5. Kasih Sayang seorang abang.... apa pun dia mesti jaga Adik dia kan Wantie ;)

    ReplyDelete
  6. hmmm.... untong le Aleesya dapat abang yang sayang dia........ wahhh...sakan mike berjalan yeeee

    ReplyDelete
  7. Waahh untung laa dapat abg macam Naim sayangkan Aleesya.. Aleesya pun makin cute laa plak.. :)

    ReplyDelete
  8. untung aleesya dapat abang yang baik macam naim.. semakin matang tengok sikap naim..

    ReplyDelete
  9. Eh!dah ada orang buat sewa benda ni kat sini ye?saya selalu jugak kesini kalau waktu petang.ambik angin.tak tahu pulak dah ada sewa keta untuk budak2 kat sini.baru lagi kot ni??esok nak bawak pergi la..

    ReplyDelete
  10. Mesranya abang dengan adik ni. Moga terus berkasih sayang sepanjang hayat. Seronok bila dapat bawa anak berjalan-jalan kan Siti ?

    ReplyDelete