Ramai para ibu termasuk lah aku yang menidurkan anak anak dengan menggunakan buai.
Tapi tak pernah pun terfikir yang tidur buai ni boleh membawa keburukan.
Mari kita sama sama perolehi info ini untuk manfaat kita bersama..
Buaian boleh menjadi satu punca kepada kecederaan kepala bayi dan boleh mengakibatkan kerosakan pada otak bayi. Penggunaan buai untuk menidurkan bayi boleh mengakibatkan pendarahan otak atau subdural haemorrhage.
Hakikatnya, kebanyakan kes pendarahan otak subdural yang bukan melibatkan kes penderaan boleh dikaitkan dengan penggunaan buai.
Otak bayi sebenarnya terapung dalam tengkorak dan jika bayi digerakkan dengan kuat, otak akan bergerak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak.
Akibatnya, saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak subdural.
Henjutan buai yang perlahan-lahan itu tidak berbahaya tetapi pergerakan melantun buai dengan springnya menghasilkan pergerakan atas bawah seolah-olah seperti menggoyang bayi dalam tangan dengan kuat, menghasilkan kecederaan yang sama.
Hayunan buai juga boleh mengakibatkan kepala bayi terhantuk dinding. Pernah berlaku di mana abang kepada bayi yang berumur dua tahun yang gemar menghayun buai tidak sedar kepala bayi sedang menghentak dinding.
Ada juga bahaya yang lain seperti tercekik atau strangulation. Bila bayi sudah mula memusing badan ia mungkin terjaga dari tidur, memusingkan mukanya ke bawah dan leher boleh tersepit dalam lipatan kain buai.
Hentak kepala (Head banging)
Apabila anak kita mula mengamalkan tabiat hentak/hantuk kepala, kita naik risau dan bimbang mungkinkah ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak.
Dua puluh peratus daripada kanak-kanak yang sihat melalui tabiat ini seketika. Lazimnya, umur bermula setahun setengah dan berakhir secara spontan menjelang umur empat tahun.
Lelaki adalah tiga kali lebih kerap memperoleh tabiat ini daripada perempuan. Kanak-kanak yang berusia lebih empat tahun dan masih mempunyai tabiat ini haruslah dibawa menjalani pemeriksaan lanjut.
Selalunya, kanak-kanak meninggalkan tabiat ini dengan sendiri ketika membesar tetapi kita boleh cuba mempercepatkan proses ini dengan mengamalkan cara sambil lewa bila ia berlaku.
Tabiat ini menjadi satu cara kanak-kanak mengugut untuk mendapatkan sesuatu atau menarik perhatian. Apabila ia berlaku, kita mesti jangan mengalah dan mengikut segala rentak dan kemahuan mereka.
Pada ketika ia berlaku, kita mesti cuba mengalihkan perhatian kanak-kanak tersebut dan mengubahnya ke aktiviti lain.
Rasa kesakitan mengelakkan mereka dari menghentak dengan kuat dan kanak-kanak bawah tiga tahun tidak boleh menghasilkan tekanan atau tenaga yang cukup untuk mendapatkan kerosakan otak.
Kepala kanak-kanak ini boleh menahan trauma yang menjadi kebiasaan ketika belajar jalan dan memanjat. Kanak-kanak sihat yang menghantuk atau menghentakkan kepala akan membesar menjadi remaja yang normal.
* Jawapan disediakan oleh Pakar Perunding Kanak-Kanak, Hospital Pakar Shah Alam, Dr. Mohd. Nazir Abu Bakar.
good sharing..
ReplyDeletegreat info
ReplyDeleteSalam Singgah...
ReplyDeletealhamdulillah anak kedua saya xnaik lagi buaian tp anak first dlu naik awal cumanaya pengasuh mmg xgongcang buaian dihayunkan aje..
ReplyDeleteanak2 saya semuanya tidur buai masa baby..bila dah 2 tahun ke atas, tidur kat bawah je..kalau tidur kat bawah masa baby lagi, tidur kejap2 je..hopefully xde pape la ye..
ReplyDeleteYe wantie... tak sangka ada baik buruknya menidurkan anak dalam buaian ni.. kejadian pendarahan dalam otak terjadi pada anak kawan satu ofis akak.. kesian sangat tengoknya.. bila melawat babynya di PPUM dalam ICU tu.. masa tu anaknya umur 6 bulan.. sekarang masih dalam pengawasan doktor lagi..
ReplyDeleteanak2 sy masih tidur dlm buai walaupun dah 3 tahun..tp dirumah nenek diaorang ajer..
ReplyDeletetingat dulu my adik selalu jugak jatuh sebba putus buai, nasib baik okay lagi otak dia hehehe. Tapi my kid I tak guna buai pun.
ReplyDeleteada buruk baik kan buaian ni.
ReplyDeleteanak² saya dua-dua tak nak buai..
bazir je beli .. tersadai dlm stor tak pernah guna
Alamak...Aqil mmg tido dlm buai....errr....errrr....
ReplyDeletePa'e dulu buai jugak... setakat setahun lebih pastu tak nak buai dah... takut juga sbnrnya bila baca keburukan buaian ni....
ReplyDeleteanak iols yg dua tu peringkat permulaan guna buai elektrik tu
ReplyDeletedanish je yg paling lama..9bln kot
pas dia dah pandai jalan terus x pakai buai dah
arwen lak 3 bulan kot baru xpakai buai
alana pulak mmg xpakai buai sbb dia bf
kdg2 ada faedah pakai buai ni tuk kesenangan ibu2
yelah anak2 ni mcm2 ragam tp nak pakai buai tu boleh
tp kena lah berhati2 dan pantau2 sllu
skun ni byk kes yg anak jatuh buai lah..susu tersedak dlm buai
dr itu baik kita elak dr terjadi..lau terjadi mende nak jadikan
oleh itu sekian terima kasih babai hahaha
Assalamualaikum kak wantie, thanks sharing ilmu berguna ni. sheila pun dah terniat taknak biasakan anak tidur buaian. in shaa Allah. doakan sheila ya ~~~
ReplyDeleteDolu2 tak tau kebaikan dan keburukan guna buai nie.. Bagus info utk bakal2 ibu dan ibubapa yang punya anak kecil..
ReplyDeletePerkongsian yang bagus. Saya pun baru tahu yang 'membuai' ada kesan negetifnya. Thanks Siti.
ReplyDeleteKedua ank llki saya gna baui jenis enjut ni. Tapi smpai umur 6bln shja. Tapi ank dara sorang tu hanya guna katil baby.
ReplyDeletebagusnyer T berkongsi info2 yng mcm ni !
ReplyDeletebaru aiza tahu ada bahayanya bayi tidur dalam buaian.. terima kasih di atas perkongsian ini kak..
ReplyDeletelagi satukan cik wantie.. kalo udah dibiasakan dengan buaian..... nanti2 nak berjalan payahhhh.....
ReplyDeleteak ada bc psl buai ni...
ReplyDeleteirfan mmg dh lama tk pakai buai
ak irfan pon mmg dr kecik kalau bleh tk mau buh buai
tp pgasuh biasa la..depa nk sng kan
taruk buai..cpt sket bb tidur..huhu