Wednesday, April 2, 2014

Telur Tiruan

Dah lama sangat la picture ni kat my phone.. bertagak je ni nak share ngan korang..
even semua sudah tau tentang telur tiruan ni, tapi ada jugak yang tak alert kan..




Ciri Ciri Telur Tiruan.

1. Kulit lebih berkilat berbanding telur sebenar 

2. Permukaan kulit kasar

3. Menghasilkan bunyi yang kuat apabila digoncangkan kerana kandungan air dalam bahan mentah yang digunakan

4. Mempunyai bau berbeza 

5. Putih dan kuning telur akan bercampur sebaik sahaja telur dipecahkan.
 
6. Ketika di goreng,( telur akan berbuih)

7. Kulit telur tiruan lebih lutsinar apabila diletakkan di bawah cahaya terang.

8. Putih dan kuning telur sangat nipis.

9. Tiada lapisan kulit pada bahagian dalam telur tiruan.
 
 
Entah bila la kan, aku tertonton tentang dokumentari cecara menghasilkan telur tiruan ni.
 
 
Ha..ni le bahan bahanyang dorang guna untuk buat telur tiruan tu..
 
Actually, telur tiruan ni memang dah sinonim kat China.
Oleh kerana dah banyak sangat telur tiruan yang di hasilkan makanya dorang eksportkan ke Malaysia..
 
Cer tengok bahan bahan tu.. ada "Gelatin" kan..
ha..part Gelatin ni le yang kita bimbang, Halal ke Gelatin yang dorang gunakan tu?
 
kulit telur dorang buat daripada sejenis bahan lilin..
memang mudah retak..mengikut kata dokumentari tu lah..
cecair campuran bahan bahan tadi di adun untuk membentuk putih telur.
 
 kemudian dorang buat eginilah kan...
mengikut ukuran yang telah di tetapkan..


 kemudian dorang masukkan ke dalam acuan untuk membentuk menjadi telur.
sanggup dorang prepare semua acuan yer..
 
 

Aku snap dari TV je ni benornya..
Aku rasa mcm best jer topik hari tu..

so, rasa le nak share kat sini...
 
 
Tapi kan, ada yang cakap dorang buat telur tiruan ni sebenarnya untuk memudahkan dorang menghasilkan Kuih bulan yang berintikan " Egg Yolk" tu
bila dah penghasilan yang tidak terkawal, mulalah telur tiruan ni bersepah kat Pasaran..


even dah tunjuk gambar perbandingan telur original dengan telur tiruan ni
aku still tak dapat nak bezakan lah..

Nak kena bela ayam telur la kalau gini, Confirm asli kan..kan...




Note: Bila manusia rasa terlebih pandai dari Allah, ginilah jadinya.. merosakkan manusia yang lain pulak.





*** Naive, mysterious 
       full of surprise, enthralling
      sacrifices, long waits
      betrayals, troubles
      such is love.....






 
 
 
 

15 comments:

  1. Assalamualaikum kak wantie, rasanya pernah terbeli telur tiruan ni. adoiii tak suka la fake2 ni... bahayanya zaman sekarang. semua benda tiruan aje ~~~

    ReplyDelete
  2. dah jumpak dak g kat m'sia telur tiruan nih?
    harapnya x dak la termkn yg tiruan ni kan huhu

    ReplyDelete
  3. telur pun dah tiruan kan?...tak syok betul...

    ReplyDelete
  4. dah lama bacanyer.. takut gak yerk...

    ReplyDelete
  5. agak2 kat malaysia brand apa ek?biasa saya beli telur ayam tesco jek..

    ReplyDelete
  6. ye la kak..
    tak pandai nak bezakan yg mane satu tulen dan tiruan

    ReplyDelete
  7. setakat ni beli telur tak del agi la jumpa ciri2 macam yang dinyatakan tu..

    ReplyDelete
  8. macam mane le ramai tak sakit sekaghang ni..... macam2 benda deme udah bulih buat tiruan.... kalo tak tengok betoi2.... naya je kita...

    ReplyDelete
  9. telur pun nak wat tiruan
    adehhhh
    kena amek satu sample tu kita supaya dpt bezakan yg mn tiruan dan ori
    lau x kita pun x tau mn kan

    ReplyDelete
  10. risua juga ni sampai ke telur pun aa yng tiruan kan

    ReplyDelete
  11. Isk! kekadang takut juga terbeli telur tiruan ni... mcm2 lah sekarang ni...plak tu menyebabkan penyakit yg ntah apa2...

    ReplyDelete
  12. Banyakknya benda tiruan sekarang ni, sampai tak tahu nak dibezakan.Mana asli dan mana palsu. Kena kat orang tua boleh lagi la kenal......kena kat budak-budak ? Depa main goreng je la.
    Zaman moden semakin dasyat.

    ReplyDelete
  13. ak pon still tk dpt nk beza weh
    mmg sonok kalau dpt bela ayam kg..
    telur lebih asli...

    pstt; lamanya weh tk bw blog hg..
    ak mmg kebizian..huhu

    ReplyDelete
  14. bahayanya telur tiruan ni.. harap-harap aiza tak pernah makan telur tiruan ni..

    ReplyDelete