Friday, July 14, 2017

Pasukan Hoki SKPDL

Anakku Naiim..
ibu tak dapat bersama samamu di padang hoki

 ibu tak sempat melihatmu beraksi..
Namun dari kejauhan ibu melihat setiap detik gambar gambar yang 
di post oleh gurumu di wassup group..

 Ibu tak pernah letih berdoa untuk setiap kejayaanmu..
Ibu tahu Allah sentiasa bersamamu..

 Ibu abadikan gambar gambar kamu dan kawan kawan seperjuanganmu di sini..
supaya di masa hadapan kamu menghayati detik detik manis alam persekolahan..



 Ibu tidak mengenali semua kawan kawanmu..
cuma sorang dua je yg ibu kenal..

 Terima kasih wahai anakku Naiim...
sesudah subuh tadi..
sebelum perlawanan...
Ungkapan dari bibirmu..

Abang nak main dengan bersungguh sungguh..
Kemenangan abang abang hari ini
adalah Hadiah untuk B'day ibu..


 Walaupun hanya di tempat ketiga hari ini..
Ibu tetap bangga kerana niat suci mu itu wahai anakku..

be good boy..
be good Son 
and be a good slave to Allah..


Note: Jaga hubunganmu dengan Allah maka Allah akan jaga hubunganmu dengan orang lain...




No comments:

Post a Comment