Showing posts with label COVID 19. Show all posts
Showing posts with label COVID 19. Show all posts

Monday, April 6, 2020

Day 20_PKP Covid_Mendonat


Hari terasa nak makan donut
memandangkan kami berempat je kat rumah ni kena kurung
so, kita buat sedikit jer lah..

Bancuhan cuma guna dua cawan tepung jer..
dapatlah dalam 10 biji 
cukuplah untuk minum petang..

Bukan nak cerita tentang donut yang aku buat ni
tapi tentang si pengacau sorang tu..
Siapa lagi kan.. Aleesya ler.

Dia ingat play doh ker, boleh main sesuka hati
dah le bancuhan tu sikit jer..
dia nak main la pulak...

main main dengan acuan play doh dier..
tapi dah cuci leklok ler..

Alang alang nak main kan..
nanti ko makanlah donut huruf "X" ko tu...
hahahaha....

Appreciate sket hasil kerja dia
Kanak kanak ni selalunya suka explore kan..

Eh..comel pulak donut dia



**suka hati kau lah Aleesya, Janji kau tak Boring**


**

Sunday, April 5, 2020

Day 19_PKP Covid_Home School

Ha... jangan nak mengelat belajar yer
walaupun dalam PKP masih kena belajar..

Alhamdulillah kita mempunyai kerajaan yang prihatin dan begitu menitikberatkan
penidikan. Biarlah kalau anak anak berebut handphone dngan mak ayah
ke hape ke yang penting belajar walau di mana jua kita berada..


Hari ni hari ahad, Sir Wong dah upload homework kat google glassroom hari sabtu(kelmarin)
Saja aku bagi dia rehat kejap hari sabtu, sebab banyak sangat homework yang dia kena buat
lagipun hari ahad ni ler, aku ada banyak masa sikit nak ngajar dia, weekday sibuk dengan office work at home kan...kan..
belek belek fridge, ada beberapa ketul nugget yang balance bulan 2 lepas
jadilah buat si abang dan si adik study kat rumah..

Si abang ber google classroom sendirian
dah besar tak kan nak kena duduk sebelah belek satu satu kut kan..
biar ler dia skype dengan kawan kawan dia
buat study group.

Si abang malu, kena crope gambar i sebab abang tak pakai baju.
seksi.. hahahaha..


Kesian juga aku dengan my anak anak, mereka berdua je kat rumah
kejap dorang baik, kejap dorang gaduh..
kalau si abang tak usik adik, si adik pulak usik si abang..

Anak dua jer, tapi rumah aku dah mcm zoo..
eh..mak mak mesti faham maksud zoo tu kan..



PKP Covid 19 Bekerja dari rumah

Seut jer bekerja dari rumah tak semudah seperti yang di ungkap
dengan hanya berbekalkan handphone dan laptop memang susah tau.
semua benda nak kena belek dengan soft copy..

Ala biasa la, kita kan jenis old school sket..
rasa tak puas jer asyik scroll up and down baca documents..
hihihi..

My husband pergi beli barang basah..
sayang juga kat wife dia yang asyik ngadap jer laptop sepanjang hari..
lanjer la sebungkus nasi lemak denga air kopi..
mmm... thanks yer en.suami..

my anak dara ni bangun awal  sebab nak siapkan kerja sekolah dorang melalui atas talian
cikgu dorang dah guna kaedah pembelajaran "google Classroom"
peneman aku sambil buat kerja pejabat, boleh la usik usik dia sket..

Tak ingat tarikh bila ni, kongsi necafee ais cair dengan dengan my anak dara..

homework dia berlambak lambak..
cikgu bagi kejap bagi siang, kejap bagi malam
hari sabtu pun bagi jugak homework..
rushing ler dia siapkan..

port buat homework ni merata rata, kejap dalam bilik, kejap kat hall kejap bilik  ibu 
kejap kat bilik abang..
suka hati dia lah..
janji homework siap..
Ini petang bila ntah, tak ingat pulak aku..
hasil en.suami bersilat kat dapur..

prihatin betul dia ngan wife dia..
yer la, dia kan kerja dengan machine, tak kan nak bawa balik 
machine kat umah kot time time PKP ni kan...

So, dia ada la buat apa yang patut
maaflah tak pandai explain keja dia..
terlalu robotik.. hahahaha...



Day 16, PKP Covid 19_ Wang Terkumpul

Jumlah terkumpul setakat hari ini..
Setakat hari ke 16..
kaya ko nak.. 


hahaha banyak juga si abang dapat kumpul..



excited kan dorang...

kalau tak de pkp ni, dapat duit belanja sekolah 
sama jer kan..kan...





Saturday, April 4, 2020

Day 17, PKP Covid 19 _Super Ring

Super Ring!!!!!

Sejak PKP ni, nak suka suka makan Jajan bukan senang tau
keutamaan kepada makanan yang akan di masak


tetiba mamak roti yang datang jual roti benggali
ting ting ting...
kelam kabut aku turun pergi beli...
tetiba je nampak Super Ring..
wow... dapat jugak aku makan..

heboh seketika super ring ni tak de kat pasaran sebab viral kes
Perdana Menteri kita dilantik tempoh hari
Tan Sri Muhyiddin Yassin 

ini bukan sebab supering ni Viral ke apa..
Ini kerana hanya sebungkus Super Ring ni kami sekeluarga berebut menikmatinya..
sambil gelak  ketawa..
si adik merajuk sebab abang makan banyak dari dia..

merajuk nagis kuat kuat sebab tak dapat makan super ring dengan puas..
hahahaha... sangat sangat memori..



we are family
buat apa je pun happy..
nangis happy 
ketawa pun happy..




Day 18, PKP Covid 19 _Reward coin Program

Hi 
Sempena PKP ni, aku sediakan program istimewa buat anak anak
kaedahnya, satu kerja akan dapat bintang
satu bintang sepuluh sen..

abaikan tulisan anak anak yang macam cacing kerawut tu..
hahahaha...

Actually sejak bermula PKP aku dah praktikkan program reward coin ni.
bukan nak mendera sebearnya. Tapi lebh kepada pembelajaran dorang tentang asas kehidupan seharian.
Dalam masa yang sama dorang boleh belajar, bukan senang nak dapat duit, kena tumpahkan keringat baru ada duit..
secara tak langsung dorang akan berdikari..

Upah si adik hari ni RM 3.70 je, sebab..... papa lebihkan dia 30 sen, so jadilah RM4.
papa bayar lebih untuk upah garu kepala dan buatkan papa kopi..
eh..eh... my anak dara dah pandai bancuh kopi tau...

Yang ni uoah si abang, RM 3.90. bagi je RM4, dia pulangkan seposen kat aku.
eh..wajiblah kena bagi balance. Ajar dorang tak semua perkara boleh cincai..
hahahaha... 


Nanti aku sharekan jumlah terkumpul yang dorang dapat sepanjang 
PKP (Covid 19 ) ni yer..




Tuesday, March 31, 2020

Day 13,PKP COVID 19_Google Classroom

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke 13 PKP
anak anak dah 14 hari tak ke sekolah
then di tambah lagi 14 hari oleh kerajaan..

makanya Kementerian Pendidikan terus melaksanakan Google Classroom
sebenarnya google classroom ni memang dah lama wujud
tapi perlaksanaannya mcm tertangguh jer..


Di sebabkan PKP ( covid 19 ) ni, maka berlumba lumbalah cikgu hantar kerja sekolah 
untuk pelajar . kedua kedua my anak ada ID tersendiri..

kat rumah ni jadi sibuk dengan gadjet
Aku dengan laptop dari pagi sampai petang kerana work at home
anak anak pula dengan HP .

Yang sulung tu, tak pe lah sebab memang dah ada Handphone sendiri
My anak dara ni la, berkepit jer dengan my handphone.
bila ada call jer, terhenti lah seketika homework dia tu..
kesian berkali kali kena stop..

Masa ni ler nak kerja dari rumah
masa ni la nak kena pantau anak anak buat homework
homework dalam google drive
homework yang di hantar melalui wassup
boleh stress wooo...

Aku pun confuse, aku ni kerja office ke kerja cikgu.
sebab my anak dara tu, masih perlukan perhatian yang lebih sewaktu
dia buat homework.

kejap kejap tanya, kejap kejap tanya,
Then kerja office pulak, email berlambak lambak nak kena reply
break time je ada masa nak ke dapur memasak.
lepas makan sambung kerja semula..

Kalau la mcm ni berterusan, adakah aku akan menghadapi kemurungan?

Serious cakap, kerja dari rumah (WFH) bukanlah mudah 
memang penat giler...


Aku respect la isteri atau suami kakitangan KKM Polis dan tentera yang sengsorang handle
anak anak kat rumah, di mana pasangan mereka bertugas demi negara.
bagaimana pula kalau dua dua kena bertugas demi negara
anak anak nak buat homework dengan google classroom
siapa akan pantau?


semoga kita semua dilindungi dari virus Corona

Monday, March 30, 2020

Day 12,PKP COVID 19_Bihun Sup Siam

Dah Pukul 6ptg, kerja belum siap lagi..
tak pe kita sambung esok k,
perut pun dah berkeroncong...
today ibu sibuk, so tea time..

eh eh.. encik suami tengah bersilat kat dapur..
ok, faham tu tandanya kena punch out dah..


tetiba dia hidangkan isterinya bihun goreng siam..
mmm.. thanks dear..


oklah, I shutdown computer and enjoy your masakan k.



Day 12,PKP COVID 19

hai..
hari dah hari ke 12 PKP sempenan Covid 19 ( 30/03/2020)

Hari ni hari isnin, jam 8.00 pagi dah bukak laptop ngadap keja pejabat.
cara we all punchcard ialah dengan say good morning to whatsapp group.
Then GM akan bagi assignment dan date line.
Luckily date line untuk assignment today date line nya pada Jumaat ni..
pew..lega.

Aku mcm biasa la, sambung kerja kerja hari jumaat yang terbengkalai
aku ngan my assistant pun communicate melalui email
yer la, kena la ada record yang kami memang buat kerja dari rumah..

pukul 12.00 kena stop kejap keja. ( Brreak Time)
kena bersilat pulak kat dapur

Hari ni aku masaka sambal tumis Jering..
Ada la balance Jering dalam peti ais
nak buat ulam dah tak best sebab jering dah keras, so kita buat sambal jer la..

comel tak jering I, gemuk gemuk sihat jer..



kita kupas jering tu, rendam dengan air dalam sejam untuk mudahkan kita kopek kulitnya
kemudian rebus pertaman, setelah air mendidih buang airnya
rebus lagi setelah mendidih buang airnya

kemudian kita goreng buah jering tadi yer. kemudiang angkat.
tumis cili bila dah mendidih masukkan jering yangtelah digoreng tadi
masukkan garam secukup rasa.. siap


tara dah siap sambal...
normally aku letak sedikit ikan bilis,
tapi nama pun PKP, masak je apa yang ada kat rumah
makan ala kadar jer..

masak sikit jer sebab aku sorang je yang makan sambal jering ni
en.suami tak makan pun..
hehehehe...



Dah siap makan lunch, rehat kejap
kita sambung kerja office semula..
sampai la punch out..





Sunday, March 29, 2020

Day 11, PKP Covid 19

Assalamualaikum, semua

Hari ni dah masuk hari ke 11, kepala dah pening dah nak prepare apa untuk tea time
kalau dulu, tea time jer mesti lepak kat coffee house.
Then tea time dengan family bila weekend jer

sejak PKP ni, hari hari nak kena prepare tea time.
mau pening kepala juga tau.

Ada 3 keping je roti benggali kat rumah, tu pun dah tak fresh sebab dah dua hari 
aku beli, dah makan that day, tinggal 3 keping anak anak dah tak nak makan.

Buka Fridge, masih ada balance daging burger, tapi roti burger pulak tak ada.
Dalam keadaan PKP ni, kena lebih kreatif dan yang penting jangan membazir

Actually nak masak ala ala kebab gitew, tapi bahan tak mencukupi
timun tak de, tomato tak de dan mayonis pun tak ada..
So, aku olah suka hati jerlah.

masukkan sesudu majerin, campak je daging burger yang dah aku cincang cincang
kemudian masungkan bawang dan potong sikit cili padi
pecah telur masuk dan caruk carikkan.
angkat, kemudian masukkan tomato gaul sebati.

Part roti yang tak berapa nak fresh tu, aku kukus biar dia lemabab dan suam suam sikit
terus hidangkan kat anak anak.

Laju jer anak anak habiskan
siap minta untuk buat lagi esok...
alahai anak, kau tahu tak sejak PKP ni, kita kekurangan roti..


belanja satu gambar my anak dara yang excited makan..
harap harap Covid 19 ni segera berakhir
bolehlah kita pergi jenjalan yer sayang...



** nak tak nak korang kena makan masakan ibu sepanjang PKP ni**




** You are the one I always loved,
You're the one I love..
I have to say, I have to live like this,
as long as I live..


Statistik terkini COVID-19 di Malaysia setakat jam 5:00 petang yang dikeluarkan oleh KKM (28 Mac)

Lambat pulak aku post perihal Covid -19
setakat hari ini

untuk mengetahui berita terkini tentang Covid 19 ni,
korang boleh klik kat link di bawah.

http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan

Ringkasan Kes COVID-19 Di Malaysia (Sehingga 28 Mac 2020, 12:00 tengahari)

Positif2320
Negatif24727
Pending8469
JUMLAH35516
 
Pulih320
Unit Rawatan Rapi73
Kematian27


Seluruh rakyat malaysia  (PKP)"Perintah Kawalan Pergerakan".
So, kami sekeluarga duduk dendiam kat rumah.

Cuma, sesekali suami akan keluar beli barang dapur sekiranya
bekalan dah habis.

Terperuk je kat rumah.
Tapi bulanlah terperuk saja, Aku masih lagi kena buat kerja kerja pejabat di rumah
susah jugak sebab bekerja dengan limited equipment.

Semua kerja kena email dan wasup jer.

Anak anak?
dalam masa tengah buat kerja office kena jugak fikir tentang anak anak dan suami
maksudnya sambil kau bekerja, kau kena masak, sapu sampah dan layan karenah anak anak.

Anak anak pulak, cikgu akan post kerja sekolah dalam wasup group
kelam kabut la jadinya, mana nak siap kerja office
mana nak kena jadi cikgu untuk anak anak


stress...stress..stress...
Tapi.. dalam keadaan sekarang ni, stress mcm mana pun kita kena hadap
sesusah mana  pun kerja kat rumah
at least bersyukur kerana masih ada kerja
bayangkan orang lain yang kerja freelance bagai tu
tetiba tak de duit masyuk...

Time time cenggini, makanan lebih diutamakan daripada lipstik la, baju la
apa apa jalah barang yang tak berapa penting tu kan..

online shopping pun stop la kejap.