Friday, December 9, 2011

Bukan Benci tapi...

Tajuk mcm ayat jiwang dalam novel gitu

meh nak stry mory kat sini

Sebagai Makhluk Allah, aku tak pernah membenci makhluk lain ciptaan Allah

tak kisah la walau apa jenis makhluk sekalipun termasuklah anjing

ish.. tetiba gambar najis mughallazhah ni parking kat blog aku.ngeee

Aku tak benci anjing ok, tapi aku cuba elakkan dari bersentuhan dengannya

Mungkin bentuk fizikalnya tu yang membuatkan aku takut.

korang takut tak dengan anjing????

Aku? Takuuuuuttttt... kalau dia menyalak je kat aku dah ngeletor lutut lutut ni




ok, balik pada cerita aku ni:-

mcm biasalah aku akan ke kedai mamak depan office tu untuk beli

kopi ( malas bancuh sendiri)




on the way nak ke kedai mamak tu, aku pergi la dok perli perli

budak yang service keta kat bawah office aku tu.

aku berdiri ja kat situ, then muka aku turn kat budak service tu la

tetiba rasa mcm sejuk je kaki aku

aku tengok je terus menjerit sekuat hati

mcm baru ja dirompak.




anjing tu ngan selamba je jilat kaki aku

Aku plak pakai sandel je... memang geli eeeeeee




pas tu aku suruh ja budak office aku ni, pergi kat tanah lepang ujung sana

ambik sedikit tanah untuk aku samak

sambil samak, aku nangis nangis tau




ntah le, bila kita terkejut, tetiba terus jadi nak nangis

nape ek?




tu la kan. kata org hari jumaat hari baik, tapi aku plak, sejak pagi ada je yang tak kena

dari pakai baju terbalik la, anjing jilat kaki la

hmmm.. malam ni ntah apa la pulak.

hehehe....

Nak Dapat Duit kot

Korang pernah tak dengar org tua tua ckp, kalau pakai baju terbalik maknanya

nak dapat duit? betul ke? Aku tak cayalah

kalau cam tu, hari hari la aku nak pakai baju terbalik.ngeeee


Meh sini nak citer, pgi tadi aku tak le rushing sangat sebab ntah mimpi apa semalam

Amirul tu, lepas je solat subuh dia terus nak pergi umah mak dia.

Dalam pukul 6.45 cenggitu le. Dia ckp dia ada janji special ngan mak dia.

So, aku izinkan lah, lagi pun dekat je umah aku ngan umah bb sitter tu.


Aku plak, just baring jap kat sofa tu, jap lagi nak siapkan breakfast tuk suami. Lagipun dia kerja malam, kul 8.00 baru balik. Masa husband balik tu, aku terlelap jap

then husband pun dengan risaunya dok kejutkan aku

Anak mana? anak mana?

muka dia kelat ijo gitu ( ha.. takut anak ilang le tu )


aku ckp dah pi umah mak dia subuh tadi.

So, dalam pukul 9.00 cenggitu la, aku dah siap nak datang kerja

sebelum tu kena gi hantar Aleesya dulu kat umah BB sitter


Ntah le, jenjiran yg lelaki tu asyik tengok aku jer.Tapi tak tegur pun

Bila org tengok kita, kita mesti rasa tak selesa, tul tak?

Then aku tengok la diriku sendiri, ada yang tak kena ke?

jeng... jeng....jeng...

rupernya

aku pakai baju terbalik. waaaaa... malunya aku



photo dari sini


tak tau nak letak muka kat mana. Jalan lejau laju masuk rumah tukar baju

pas tu ketawa ngan husband berdekah dekah

mana tak nya, pakai baju terbalik

pas tu pakai tudung & siap make up plak tu

sib baik tak speed pi kerja ngan baju terbalik tu

kalau idak sampai traffic light mesti org gelak terbahak bahak kat aku.

Thursday, December 8, 2011

Siapa Pandai

kalau nak dinilai ttg diriku ini, aku jenis yg tak berkira ttg kerja & suka tolong org

hahaha.. tekan lift nek sendiri




Bos aku lak, jenis tak kisah, kalau aku leh tolong dia pun ok jer.

Kat sebelah office aku ni ada la, kedai Sime Tyers.


Owner dia tu selalu gak mintak aku buat surat kat jabatan kerjajaa utk dia & company dia.

Sebab kerani dia tu tak pandai nak wat surat. Maklumla kerani tu bini sendiri. ngeee


Bos aku pun ngam je, siap ckp kalau senang u tolong la dia buat surat

Adat la kan aku memberi org merasa. org memberi aku plak merasa

Mungkin kerana aku selalu tolong dia & tak pernah pun merungut itu ini

so, tetiba dia bagi aku menda ni.

apa nama dia pun aku tak tau, tapi memang sedap. aku sukeeeee




Memang dia tak pernah beli apa apa pun kat aku sebelum ni

cuma kekadang bila aku nak wat allignment keta, dia FOC je

then kalau tukar tayar, dia bagi discount. ngeee



selalunya kat cake house je ada jual menda ni
pernah gak aku buat sendiri, last korang tau jadi apa?

hahaha.. habis semua agar agar tu bercampur ngan kek
punggahhhhhh semua

so sesapa yang pandai ttg cecara nak wat benda alah ni
meh la kongsi ngan aku
nak jugak aku wat sendiri untuk santapan anak anak


kalau buat kueh aku memang.. memang .. memang... ZERO!!!!!!
hahahaha...

Rahsia Hari Lahir untuk Wanita

Biasalakan, pepagi datang office, buka tenet gi jenjalan umah kengkawan dulu.
Antara blog terpanas dalam reading list aku blog budak ni.

Aku memang selalu jengah blog dia, hari ni aku nakkongsi maklumat dari blog budak ni.
Lepas korang baca, korang nilai le sendiri ye. aku pun nak komen gak. kat last N3 ni nanti k.


Sekali lagi saya ingin nyatakan, info-info ini hanyalah untuk bahan bacaan santai @ hiburan semata-mata. Kalau ada mana-mana info yang tepat, itu mungkin hanyalah KEBETULAN saja.


Kita sebagai orang Islam adalah DI LARANG untuk mempercayai ramalan-ramalan seperti ini.


Pada saya, kita boleh jer baca dan ambil apa-apa yang positif dari info ini selagimana kita tidak menjadikannya iktikad @ pegangan yang kita yakini 100%.


•ISNIN


Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara lainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.


•SELASA


Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

•RABU


Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.


•KHAMIS


Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

•JUMAAT


Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.


•SABTU


Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

•AHAD


Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.


**** wah wah.. semua hari ada keburukan ttg wanita yerk. kalo caya ni leh punggahhhh. Yang best tu hari Jumaat. ingatkan hari baik le. siap ramal kata "berani menentang Suami". adussss.***** Bagi aku hari apa pun wanita dilahirkan adalah hari yang mulia, sebab Allah dah tentukan seseorang tu dilahirkan bila , di mana, bagaimana dan sebagainya. betul tak?

Wednesday, December 7, 2011

Hari Hari asyik ckap itu jer

Biasa la kan, kalau namanya ibu mesti sibuk la pagi pagi

sekarang ni lagi sibuk, sebab aku kena prepare breakfast sebelum datang office


Aku masak nasi sebab nak ambik air didihan nasi untuk Aleesya

Pas tu Aku akan masak 1-2 dish untuk Amirul & papanya


Kalau husabnd kerja malam or cuti memang kena masak tinggalkan untuk dorang

berdua le. Kalau husband kerja pagi selalunya aku tak masak

terus postkan Amirul & Aleesya ke rumah Bb Sitter


Bila dah buat itu ini, mesti la rushing kan..

then bila Amirul dok wat perangai malas malas

Aku akan cakap " cepatla mirul, ibu dah lambat nak pi kerja ni"

cepat cepat.. nak hantar adik lagi ni


tadi, Amirul jawab kat Aku :

"Hari hari ibu asyik cakap itu ja, ibu dah lambat nak pi reja"

Mirul dengar tiap tiap hari..


hahaha... baru aku perasan yang dialog tu aku ulang at every day rupernya

mungkin dah hari hari Amirul dengar dia dah jadi lali kot

hari hari asyik ckp lambat lambat lambat

muahahahaha...(memang lambat pun) sebab aku masuk kul 10. ngeeee

Aleesya 4 Bulan

tak de apa nak citer kat sini

cuma nak up-dated kan

wajah wajah Aleesya Dania yang dah masuk 4 bulan


still neyrap. tapi dah pandai angkat punggung


dah pandai tengok TV



Dah pandai pusing sana sini bila orang panggil nama dia


Nak suh org pegang dia diri kat sofa
dah tak larat neyrap kut


kekadang tu sambil neyrap pun nak isap nenen
apa ko ni Aleesya. mcm mcm ragam


kalau org tak mau pegang dia untuk berdiri
nangis kuat kuat

tangan tu dah kepak kepak nak suh org dukung


kalau nak pkaikan pampers memang susah
sebab Aleesya asyik nak pusing neyrap jerk


kalau aku lambat sikit, ha.. neyrap la ngan punggung tak berbalut
terkekek kekek si Amirul tengok punggung adik dia tu


eee... Aleesya tak malu.5x. Amirul nyanyi



muka terkejut bila kena flash lampu camera.ngeee



ok.. nanti dia masuk 5bulan aku uo-date lagi.


Tuesday, December 6, 2011

Bubur Assyura untukku

Umat Islam sedunia baru saja menyambut tahun baru kan..kan..

Makanya,tibalah masa untuk orang semua dok sebuk nak masak bubur Assyura

Akulah yang sibuk itew..


hmmm.. jagung manis. walalala.

Sebelumbalik kampung, aku dah calling calling mak

cakap nak makan bubur Assyura, tingin sangat

dah le thn lepas aku tak dapat makan sebab keguguran huhuhuhu...


(pisang awak je mak letak dalam bubur Assyura) sebab pisang emas aku tak leh makan lagi


Sayang tul mak kat aku, asal aku sebut je, mak dah prepare semua bahan bahan

tunggu aku balik je. Beras pun mak dah rendamkan

Mak tak letak tepung, katanya mesin beras lagi sedap

hmmm buat yg terbaik untuk anak pompuan dia sorang ni

ubi keledek & kacang hijau

Mak tak letak banyak sangat bahan bahan dia. sebab kebanyakkan bahan bahan tu

aku masih tak boleh makan

contohnya, nangka & labu.

Aku suka labu tapi nak wat cam ner kena pantang lagi

dah siap semua, mak pun prepare nakpangkas daun pisang untuk di lapik di atas talam

nanti bila Assyura dah membeku

bau wangi jer...


Cam ni la kan, kalau namaknya "Mak" anak nak makan

usahakan jugak. SAYANG MAK rapat rapat muah muah


unggun Api dah di sediakan oleh my SIL.

Aku tak buat apa pun, tengok jer ( ada ka patut?)

Aku dah lama tak pasang sendiri unggun api ni.. ngeee

kalau aku gigih pasang jugak mesti tak menyala punya.


Ni ler my SIL, yang banyak membanting tulang untuk siapkan Assyura kegemaranku

Ni tengah menunggu bahan bahan yang akan dikeluarkan dari dalam rumah

mak tak nak masak kat dapur gas, katanya bubur tak tahan lama cepat basi

tul ke?


tapi, bagi aku masak ngan dapur kayu lebih sedap. ntah lah pendapat masing masing

mak sedang potong daun pisang tuk diletakkan di dalam talam.
Mak pun dok gelakkan aku, sebab org yang nak makan bubur Assyura ni dok gigih snap gambar

bukannya dok sibuk nak siapkan bubur.


ambik lagi daun pisang, sebab nak prepare kat cucu cucu untuk

makan assyura bila masak nanti

makan panas panas memang best..


kacau perlahan lahan k. time ni baru letak beras mesin & santan

mak ai.. tak muat la pulak, jap letak semua bahan bahan cam ner?


ok, tukar kuali besar sikit. Mak ckp tak yah kuali

ambik jer "Anak Kancah" nama kuali gak

yang seakan akan kawah



dah masuk semua bahan tu. tetiba terlupa lak nak goreng kacang tanah


Masuk pulak dalam rumah, goreng kacang tanah. bukan aku yang goreng, my SIL jugak yang goreng. hampeh tul aku ni. tak buat apa pun. cuma tunggu nak ngap jer.


turn my elder SIL lak kacau, dah pekat & nak masak tu. jap lagi leh la cedok
letak dalam daun pisang makan panas panas


sebab sedap sanngat aku makan assyura ni, aku tak sempat nak snap photo tengah kami ngap & yang dah beku tu. hehehe...


By the way, terima kasih kat all my SIL & specially to my mum. I LOVE U ALL
muah... muah...