Friday, February 3, 2012

Rezeki Kurniaan Ilahi

Me, if talk about buying fruit is very rare I bought myself
normally, my bos or my colleague bought for me

bukan setakat buah buhan je, kekadang tu ikan, sotong pun dorang belikan untuk aku.
untung tak aku? Alhamdulillah aku bersyukur ke atas rezeki kurniaan ilahi


yesterday, my colleague bought for me this..

and this...

and this...

and also Dragon Fruits...

Terima kasih ya Allah, ku bersyukur atas kurniaanmu
ku berdamping dengan orang orang yang baik hati di sekelilingku.

Walaupun mereka ni bukannya orang islam, tapi mereka bermurah hati
kalau la mereka ni org islam tentu pahala melimpah ruah..
tul tak?



Ku memohon:-
" Ya Allah kau buka kanlah pintu hati mereka yang baik ini sebagai umat islam"
amin....

Thursday, February 2, 2012

D'aman Park

Aku ni kan, nama je org kedah
tapi tak rajin sangat jenjalan kat negeri kedah, sebab bila cuti aku suka layan kat umah mak
Pernah le aku dengar D'aman Park ni , tapi aku tak ambik port pun


kalau aku ke Jitra, aku ikut jalan bawah
tak pernah ikut hightway
tapi kan, that day husband antor Nephew dia balik MRSM aku ternampak tasik ni
hahaha.. wat malu je, org kedah baru tengok


dah lama dengar tapi aku tak tengok sendiri
alang alang lalu, aku usha le tasik ni
mcm best je kalau bawak Amirul datang

alang alang cuti , aku ajak hubby datang sini.

masa kami sampai tu, tiba tiba ternampak pelangi
lama dah tak tengok pelangi.ngeee

hmm.. mcm biasa la kalau ada tasik
mesti ada bahagian utk bagi makan ikan
makanan ikan dijual ngan harga RM 1 sebungkus
ntah bapa bungkus kami beli that day pun tak ingat

punya la ramai org, last Amirul dapat portion yg dekat longkang tuk bagi ikan makan
suke ke main dia...

masa gi tepeng ritu dah naik menda ni kat Taman Tasik Taiping
jadinya aku tak mo naik le kali ni
Amirul pun tak mo, dah ada Aleesya ni lagi le
susah nak naik kalau sambil dukung aleesya

kalau tak bawak sekali nak letak kat mana pulak budak kecik tu kan
kalau Amirul naik, dia nak ajak adik sekali
last, semua tak payah nek.hahaha..

Dari jauh, kami nampak org dok nek menda ni
ramai betul hari tu
naik sesak tempat ni

pas tu kami nampak keta ni
RM 12 tuk kapel & RM 15 tuk familly, sewa tuk pusing satu tasik ni

Kami pilih hat kapel punya
best.. leh pusing satu tasik.

nek slow slow je sebab nak menikmati view tasik tu
yang si amirul ni pulak, suh wat drift lelaju gitu..

Mana boleh Amirul oiiii... org ramai sat berlanggar org pulak
Masa tengah dok menikmati keindahan tasik tu, kami lalu le kat tepi kebun getah
tetiba je Amirul jerit
"Kampung Tok!!! Kampung Tok!!!

maklumlah kan, mak aku kan menoreh
asal nampak pokok getah je, dia ingat tok dia le

Dah lewat petang, tapi Amirul nak main gak Rm 3 jerk
punya la ramai kanak kanak
sampai org yg jaga tu cakap lepas ni dah tak leh masuk
sesak sangat kat dalam
takut budak budak berlanggar. Takut Injured..

ha.. ko main sampai cenggini sekali Amirul
Lompat guling guling tak hengat
kalau terkena budak lain mau lebam..

sementara menunggu Amirul habis bermain, kami nampak kuda padi ni
nak nek kena bape pun tak tau la
nak letak Aleesya atas tu, dia kecik lagi..

pas ni ada lagi tempat yang kami nak pergi. nanti citer lagi kat N3 yg lain

6 month of Aleesya

Hai..on 27/01/2012 I'm six month yers old
sukanya saya sebab dah membesar & dah boleh kaco kaco ibu, papa & abang.

upss... ibu nie, 18sx plak gambo ni. bukannya hape, ramai yg dok ckp yg saya ni tak bertubuh
tak debab.. tapi to saya ckp saya memang bertubuh
tapi bertubuh in my style
badan kejap, tak le flabby mcm budak budak lain

walaupun berat saya naik sket je, tapi saya aktif


hahaha... ngaco org kerja saya
bila ibu masak, saya menjulur ke dapur tolong sepahkan tupperware kat rak pinggan
tolong lapkan lantai bawah meja makan

kalau papa baca paper saya ronyokkan, saya koyakkan
kalau abang wat kerja sekolah
saya lenyek buku ngan walker saya.
hahaha... nakal tak saya?


saya ni ok tau. sebab sape ambik pun saya tak nangis
ngan sapa pun saya ok jer.
acah sket je saya dah senyum

kalau saya pegang sesapa pun le, part isi yg lembut
saya cubit kuat kuat
ibu, papa, abang, mak adalah mangsa tetap saya
ngeeee....

saya tunggu je, bila la ibu nak buatkan saya "ikan Yu"
sebab saya dah nak merasa ayam, ikan & ikan bilis dalam moi saya

ibu tengah cari, tapi tak jumpa lagi

kalau jenjalan, saya wajib dalam dakapan papa cam ni
kalau boleh jenjalan, nangis pun idak
lapar susu pun saya tk nangis.
ibu kena la faham yer.. jgn le asal tak nangis tak kasi nenen!!


bulu mata saya panjang. tapi tak lentik mcm papa & abang
tak pe, kalau panjang je tapi tak lentik
nanti bila dah besar, boleh kepit kasi lentik.

rambut saya panjang kat tengah
dan kat bahagian tepi tu dah start curly



ha.. tengok tu rambut tepi saya
tak mo lurus mcm rambut ibu, dia jadi curly curly gitu

kalau leh neyrap cam ni
apa je kat depan mata saya ambik & masuk dalam mulut
selalu la jugak ibu korek mulut ni
jumpa mcm mcm
kulit bawang pun saya makan...

saya ni jenis yg geli tapak kaki
kalau letak cenggini mesti nak jengkekkan kaki
ibu ckp, abang saya dulu pun cam ni jugak
geli kaki bila pijak tanah.


yeah.. papa dah janji nak bawak saya jenjalan
pas ni saya tunjukkan ke mana kami pergi yer

happy sangat kalau ibu & papa cuti
sebab saya idak le terkurung dalam rumah je
papa mesti bawak kami jenjalan.

walaupun masa terhad,tapi curi curi jugak masa yg tersisa tu
untuk kami bergether gether

Wednesday, February 1, 2012

Tapai

Tapai... korang suka makan tapai tak? aku suka sangat
kalau sekali menagadap tapai ni, berbungkus bungkus. sebab apa aku suka?
sebab mak aku rajin sangat buat tapai ni masa kami kecik kecik dulu

betul ke tapai ni ada pantang larangnya?
atau semua tu terjadi secara kebetulan je...

Masa balik umah MIL, my SIL ada wat tapai
seperiuk dia buat ko. memang sedap la aku duk balun
nama pun ramai kena la buat banyak.

aku makan pun ingat org belakang jugak
dalam ati dok ckp. nanti nak suh mak wat tapai la
nak makan puas puas.

Ha.. tengok tu, biras aku dok seluk dalam periuk yang besar tu
kalau la ada ice cream time tu. lagi la sedap
silap haribulan seperiuk ni pun tak cukup. hahahaha...

Dulu masa aku kecik, kazen aku tu tak leh tau kalau ada org wat tapai
kalau dia tau, terus tapai tak masak.
Sian Mak cik aku, selalu dok sembunyi sembunyi kalau nak wat tapai

pernah satu hari tu, kami dok main aci sembunyi ( hide & missing)
Mak aku sembunyi dalam almari baju tapai yang siap di balut
ntah mcm mana, kazen aku tu pi sembunyi kat sebelah tapai tu

besok malam tu, kami tengok tapai tu dah jadi beras
mcm beras yang di basuh tuk wat lemang
wal hal, sebelum tu dah nampak mcm nak masak( demam demam)
habis 2-3 kilo beras pulut mak aku

Ada gak org ckp, kalau org ada ilmu petawar pun tak leh tau time org wat tapai
ilmu petawar tu, mcm org dok pi mintak air tawar bila anak demam panas bagainya la

tapi.. yg aku heran kazen aku tu, sejak kecik pun dia tak leh tau org wat tapai
mesti tapai tu tak masak
tak kan 5-6 thn pun dah ada ilmu??? hahahaha.. mcm tak logik kan
Semua tu kuasa Allah. mungkin kebetulan

Amboi.. my BIL leh makan tapai , muka pun manis cam tapai.

upss.... lupa nak bagitau. masa CNY that day aku balik
mak aku suh buka fridge, pas tu aku senyum munga munga le
sebab mak aku wat TAPAI...

aku baru je nak suh dia buat, mcm dia tau bisikan hatiku ini
Naluri keibuannya tu le yg buat tergerak di hatinya
untuk buat tapai untukku

aku makan tak hengat ko.
sib baik tak jatuh sakit. husband lak tak makan tapi
aku apa lagi, BALUN Sengsorang. hahahaha...
Ma kasih Mak, ni la buat ana sayang mak berkoyan koyan.

First Time Aku...

Sejak kecik sampai la beranak 2 ni baru terhegeh hegeh

nak belajar cecara nak buat popia.


Kalau kat kampung dulu, jenuhla kalau nak buat popi

sebab mana ada kulit popia yang ready made

siap guna mesin yang pulas ngan tangan lagi

semata mata nak buat kulit popia ni

sebab tu le popia tak glamour dalam familly

hahaha....


Ni inti yang siap untuk dibalut.

Aku ambik sikit je, sebab takut tak pandai nak gulung


ok.aku closed up sket

carrot tu tak banyak aku letak, sebab hubby dah korbankan tuk masak maggi

Aku memang dok simpan carrot untuk buat popia ni

Bila tiba masa aku nak buat tu, aku tengok

dalam fridge dah tinggal ciput je



Tak berapa pandai gulung

tangan aku ni keras mcm batu kot

so, popia jadi tak cantik

Sos tu aku suka cicah ngan sos cili cap tupai

sebab rasanya yang pedas pedas gitew..


Bagi Amirul, balut le mcm mana pun

yang pasti popia tu habis di makannya

Amirul mintak sket untuk diberi kepada baby sitter

Aku malu tahap gaban le..

Sebab first time buat, pas tu balut suka suki je


Ko merayu le cam na pun

mahap le, ibu tak mo bagi kat dorang

sebab malu tahap gaban

risau takut tak sedap.


Note:- kalau nak bagi kat org kena yang cantik dan sedap.

Siput ape nama ntah

Meh sini nak citer ttg makanan kegemaran aku masa kecik kecik dulu
tapi sekarang ni memang susah nk dapat.

Aku panggil sput pahit ( pait)
korang panggil siput apa ni?
Masa kecik dodulu aku suka pergi kat caroq /katoq( aliran air dari air terjun Puncak Janing)
ala.. lebih kurang mcm anak sungai yg kecil kat kebun buah buhan tu..

selalu aku pergi kutip siput ni ngan abang abang aku, selalunya hari jumaat leh dapat banyak
sebab org kata " SIPUT PERGI SEMBAHAYNG" hehehe
makanya berketonggek le siput ni kat atas batu batu yg terdapat di dalam air

kg aku kawasan bukit, sesapa yg kawasan sawah padi tu, leh jumpa siput ni di dalam sawah
jgn tersilap terambik gondang udah le. sebab anak anak gondang tu
nampak lebih lurang je ngan siput pait ni.

Masa pergi umah ayah tempohari, hubby pergi menjala siput ni
aku tak dapat nak join, sebab kena jaga Aleesya
walhal dalam ati membuak buak nak ikut hubby pergi tangkap siput ni
nak imbau kenangan kecik kecik dulu

masa kena pukul ngan mak sebab balik time senja, terlebih excited cari siput ni
hehehe...

Lepas dapat siput ni, kena rendam dulu dia dengan beberapa tangkai cili kering
supaya siput ni muntah semua kotoran.

pas tu kena ramas ramaskan dengan menggunkan daun serai
kat umah aku mana ada pokok serai
so, aku pergi kat kedai sayur maknya dekat pantai sinun
aku mintak beli 2-3 batang serai pas tu mintak daun nya berlebih lebih hehehe..

kalau dulu aku suka ambik daun serai dia utk buat mandi sauna
tapi sekarang tak leh nak bersauna bagai. takut Aleesya plak termasuk dalam periuk sauna.

bukan aku saja yg suka siput ni
hubby pun sama, dia tolong aku kacipkan bahagian punggung siput tu
kalau tak kacip. ko sedut sampai tertanggal gigi pun
isi siput tu tak kan keluar.

hubby pilih yg kecik kecik je, dia ckp kalau yg besar ada anak dalam tu


kacip ni memang tersedia ada kat umah aku, sebab aku ni kekadang tu gatal mulut jugak nak mengunyah pinang.ngeeee

proses nak mencuci sampai mengacip tu memakan masa yang lama.
sebab kena pastikan siput ni bersih dari lumut lumut yg terlekat di badannya.

Ada jugak yang ckp makan siput ni di kategorikan sebagai makanan "EKSOTIK"
hmmm.... betul ke? tak kisah la kan, janji aku suka


at last aku dapat menyiapkan masak lemak cili api siput pait. time sedut tu yang best
sroottt.. srooott.. kami 3 beranak dok sedut.

Bila terpandang je siput ni kat dalam pinggan, terimbau la kenangan aku masa zaman hingusan.
aku & abang abang beselut, berdaki badan pergi cari siput ni
sambil kutip siput sambil main air
kekadang menangis, kekadang tertawa..

kalau diizin masa aku nak meniti laluan tali air yang jadi tempat kami bermain dulu
jatuh bangun kami di sana...
tetiba aku terasa begitu indah kasih sayang abang abang ku terhadapku..
ke hulu kehilir dorang bawak aku, walaupun aku ni pompuan.ngeeee

Monday, January 30, 2012

Hampir Hampir Kantoi Aku..

Berhubung dengan N3 aku tempohari at Mak I Love U

Nak citer la apa yang berlaku. Aku hampir hampir terkantoi.
Masa aku poskan hand bag & kasut utk mak aku on hari rabu
pas tu hari khamis mak tak receive lagi, jumaat pun tak receive gak

sure la hari ahad mak akan receive. sebab jumaat & sabtu kedah cuti
then masa mak pergi umah MIL makan kenduri pun mak tak sebut pun ttg beg & kasut
aku assume mak memang tak tahu la
selamat.. rahsa tersimpul rapi


jeng.. jeng... masa mak tengah makan di Umah MIL, tetiba mak receive call dari sapa ntah
cakap yang dia ni nak pergi hantar barang, ada org ke kat umah?

Memandangkan mak tak de kat umah, makanya barang tu tak leh la dihantar
pas tu mak suh aku plak call org tu ckp kalau barang penting mak nak balik le
suh orang tu tunggu bagainya.. hahaha
( mana la mamat pos tu nak nunggu yer)

Dalam ati aku ni dok kata, jgn la mak pi tanya lak, kotak tu dikirim oleh sape?
kalau idak memang kantoi aku !!!!

Pas tu aku call mamat tu ckp, tak sempat nak balik, then dia suggest suh mak aku pergi ambik barang tu kat Pej. Pos sebelum pukul 4.00 ptg hari tu jugak
Mak pun ok je, sebab on the way nak balik boleh le singgah ambik.

"Mak siap dok mengomel kat aku, SAPA LA DOK HANTAQ BARANG NI..
MAK TAK PESAN PUN SUH SESAPA HANTAR BARANG...

Lepas je mak pergi ambik barang tu dia sms

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v



cenggini la SMS mak aku utk aku.
Aku pun kena la eja surprise tu dalam bahasa Melayu. Baru mak faham. ngeee

Mak punya la seronok, then dia ckp kat aku.
Pandai jugak noh dok wat serious masa org pos tu telephone kat mak.
sampai mak pun tak perasan...


yeah!!! akhirnya aku berjaya men surprise kan Mak.