Thursday, August 6, 2009

Bila besar nanti..tentu kau Faham

Bersama kaum kerabat...
Entry ni aku dedikasikan untuk anak aku si Amirul. Sibuk sangat dia. hari hari nak tengok gambar dia kat blog. Di sebelah kiri dan kanan aku tu adalah adik ipaq aku, dorang ni baik & sporting, aku tak rasa lak macam aku ni sister in law. rasa cam dorang tu adik sendiri ja.Mungkin KIMIA aku ngan dorang ok kot. Aku sayang dorang tau...

Peace...
Lama sangat kami tunggu cable train tu datang, so sempatlah berposing-posing kat area tu. Kena layan la Si Amirul ni, kalau tak, satu peti dia nak beli Air. Bila boring sket, nak beli keropok, pas tu gula gula.Untuk alihkan perhatiannya kami berposing posing la kejap...


Sukanya Amirul...

Taksub sangat si Amirul ngan Siri kartun " Thomas & His Friends" kat Astro tu, sampai Cable train tu pun dia panggil Thomas. kalau nampak ja keretapi mesti dia panggil thomas. bila lambai-lambai kat train tu dia akan kata ( Bye-bye Thomas). Orang mesti ingat kat dalam tu ada mamat nama Thomas, Kah.. Kah...

Bergaya la konon....

Termasuk ini, ntah dah berapa kali kami pergi ke Bukit Bendera tu. Oleh kerana selalu sangat pergi, dah tak ada umph.. la pulak rasanya. Pergi kat sana bukannya nak menikmati keindahan, tapi semata-mata nak penuhi permintaan Amirul untuk naik Thomas. Itu ja...


Menangis...


Ha.. ha... inilah part yang bukan selalu aku dapat snap. Untuk Amirul, bila dah besar nanti nengok la ropa kamu bila nangis, buruk bebenor....Ingat noh, kalau Ibu dah nyanyok besok, tetiba nangis, ko layan ja... jangan marah-marah. kiranya 2x5 la tu. Banyak lagi photo dia nangis, aku simpan wat koleksi. hik hik...

Tuesday, August 4, 2009

trip... To Pulau Aman

Sampai kat Jetty pun dah pukul 5:00 ptg. Mula tu saja nak survey ja.Tapi ntah cam mana tergerak hati nak pergi tengok apa yg best sangat kat pulau Aman tu. So bila tanya dengan ticket Man tu dia cakap pergi balik 6.00 hinggit. Kanak kanak Free, so aku & hubby pun buat keputusan nak menerjah ke sana la...
Boat yg kami naik tu biasa ja. Walau pun ada life jacket tapi diorang tak suggestkan kami untuk pakai pun. Kalau ikutkan Hubby dia memang nak suruh kami pakai. Memandangkan cuma 10 monit ja masa perjalanan so kami abaikan saja Life jacket tu. Tak la best sangat boleh la.. best lagi boat yg aku naik untuk ke Monkey Beach & Pulau Kapas. He.. he..



Kalau nak tahu, boat yg kami naik ni nampak cam nak tenggelam ja.Risau gak.Tapi nampak orang lain cam selamba ja. Tak mau la nak kecoh, nanti orang cakap jakun plak. ahak.. ahak..


Dengan keadaan yang panas, dan Pulau yg tak berapa aman mata menadang tu aku rasa dahaga plak.Kebetulan Amirul dah rembat Coke kat peti sejuk Restaurant tu, apa lagi belasah la.Walaupun trip ni tak best, tapi kurang kurangnya ianya mengeratkan lagi kasih sayang di antara kami.Itu yg penting.


sempat lagi my hubby bersantai kat corner restoren tu. Ambik angin. Ingatkan nak tengok Sunset,Tapi Boat untuk pulang sampai Jam 7.00 mlm ja. So tak sempat la. Kalau menginap kat chalet di sana tentu ada peluang kan...




Pemandangan kat dalam Restaurant tu nampak cantik. cam exclusive ja. Tapi bila masuk kat dalam cam biasa ja.Mungkin sebab dia terletak kat gigi air, so dari jauh nampak cantik. Nak cakap regret tak la juga, tapi aku harap in future Govement kena do something to this Island kalau nak ramai pelancung pergi.. Betul Tak???


Strategik..

Air dah surut.Kalau air pasang tentu best lagi kan. Sebab nampak cam restoren tu terapung kat atas air. Tapi masa kami sampai air dah surut so tak adala magis..
Amirul, Papa & Cu

Sementara menunggu Mee udang sedia untuk di jamah. Kami minum la dulu. Hilangkan dahaga setelah penat meronda ronda kat Pulau tu. Anakku macam biasa la metanya tak duduk diam perhati sekeliling restoren tu. Nasib baik tak ada jual maian kalau tak, kopak lagi la..


Ha.. inila rupanya Mee Udang yang sedap tu. Kalau tanya aku tak pandailah nak Taste and coment sebab kegemaran aku bukannya Mee Udang. Tapi semua orang yang datang cakap Mee Udang kat Sini memang sedap . Tambahan harganya murah. cuma RM 6.00 Hinggit ja sepinggan. Berbaloi.. baloi..


Bermandikan Peluh...

Aku & Marina
Ha.. tentu korang pikir kenapa tajuk aku cam tu. Jangan ingat yg bukan bukan tau. Sebenarnya aku nak bagi kredit kat kengkawan sebab masa kami pergi picnic hari tu memang hapening sangat. Moment tu sampai sekarang aku terkenang kenang.best tau.


Gee...

Ini kawan aku gee... masa gambar ni di ambil, aku tak ada kat situ sebab aku sakit perut. Mungkin dia boring tunggu aku lama sangat kat bilik kecik tu kot. Sementara nak panaskan badan untuk hiking, so dia memposingkan dirinya.. he.. he.. Jangan marah...


Gee & Iza.

Ni la si Iza, walaupun first time jumpa dia tapi ok gak sebab dia memang boleh ngam dengan aku. Kira satu kepala la. bukan senang tau, sebab Iza dah ada anak tiga orang. Kalau nak wat gathering cam gini sekali lagi tentu susah maklumlah kami semua ni kan kaum ibu.. hik hik..Terima Kasih for my Hubby sebab izinkan T bercuti dengan kengkawan...

Pejalanan yg mencabar..


Peluh fah menitik-nitik dah ni.Tengoklah jalan yg kami harungi tu penuh dengan akar akar pokok yg menjalar. Kena berhati hati tau, kalau kaki tersangkut pasti tersungkur. So kami berjalan perlahan lahan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Perjalanan masih panjang dan kami gagah juga...hai bukan lemak yg terbakar tapi kaki kami yg kejang. Maklumlah selalunya duduk aja kat office.hik hik...




Meniti onak..
Tengoklah tu, jalan perlahan lahan sebab energy dah nak habis.tapi seronok punya pasal belasah ja la. Penat hiking tak seberapa pun, tapi penat bercakap pot pet, pot pet.sesekali berjumpa la katakan.Bagi Marina, Gee dan Iza, T seronok sangat kita dapat luangkan masa bersama-sama. harap harap dapat lagi kita nimati detik indah ni sekali lagi.Insya Allah...

Monday, August 3, 2009

Rempit yang sopan....

Meluncur Laju....
Jam lebih kurang 11:30 pagi, kami sampai di litar Petronas yang di adakan di Stadium Batu Kawan. Dengan tak semena-mena Amirul mintak hubby berhenti kejap kat sana untuk mencuci mata menyaksinan perlawanan Motor Cup Prix Petronas. Ala tengok melalui pagar luar ja la.

sempat lagi tengok kamera...

Walaupun kena lepak ja kat atas longkang tu, tak kisah asalkan dapat lihat. Panas pun tak apa. Hai, cam biasa la hubby ni, kusyuk dan tawaduk dia menonton. Dah tak peduli tentang aku yg sibuk dok jadi camera women ni. He.. He...


Rempit yang sah...

Di dalam excited menonton, risau gak , mana tahu kalau kalau motor tu tersilap cross,dilanggarnya pagar tempat aku parking, tak ke naya. So aku tak berani nak lama-lama kat situ. Memandangkan perut dah mula berkeroncong, aku suggestkan agar hubby teruskan saja ke rumah mak su yang tak jauh dari situ...

Thursday, July 30, 2009

Candid Amirul....

Tengoklah gayanya.. memang tak duduk diam
Macam ni lah gelagat si Amirul apabila bergambang. Tak pandai control encem langsung.Maka banyaklah gambar-gambar candid yg terhasil. he.. he..Oleh kerana semua orang asyik dok bergambo ngan View Cameron, aku pun nak tunjuk gak. Masa ni dah nak on the way balik umah. Hujan dah mula turun.Singgah sini jap untuk beli belah. tak banyak barang pun. Tak pa lah daripada tak ada langsung.

Yes..sampai gak ke gedung kegemaran...
Hai, begitulah agaknya yg difikirkan oleh si Amirul ni. Sampai ja kat dalam kedai tu,terus ja melonjak gembira.Macam la kedai tu dia yg punya.Tetiba ja mintak aku belikan patung lebah tu. Hish... budak lelaki mana boleh main ptung patung ni. tak macho la.. apa lagi merajuk la. aku cuba alihkan perhatianya untuk ke tempat lain plak. Pandai pandai la aku goreng.. kik kik..

Eksyen sket mcm tokey kedai..

Bila dah lenguh kakitu meronda ronda, dapat ja kerusi duduk rileks kejap. Pas tu dah start buat bising. Dok acting konon konon dia la salesman kat situ nak jual barang barang kat situ. Semua pengunjung ketawa nengok dia...


Tak dak orang nak beli ka????
Kejap ja si cilik ni diam. mungkin mulutnya dah enguh kot berceloteh sangat. kat luar hujan makin lebat. Alamak, tersangkut plak kami kat kedai ni.Kat bahagian belakang ada strawbery Farm. adik adik ipar aku sedang membuat rencana di sana. Dalam diam diam diorang dah petik Strawberry .Nasib baik owner tu tak nampak.Kalau tak sekali dengan pokok pokok tu diorang suruh beli..



Nah.. saya bagi percuma ja.
Dalam kesejukan tu, tetiba ja si cilik ni ambik ja kotak strawberry kering tu distribute kat orang yg lalu. Hah, kecoh di buatnya. Nasib baik aku ada dekat situ kalau tak,habis di sedekahkannya barang barang dalam kedai...





Wednesday, July 29, 2009

Amirul Naiim Bermandi Manda

mandi Kolam!!!
Ini gambar lama, tapi saja nak upload kat sini. Daripada dok bersarang ja kat dlm album tu. Amirul, kalau jumpa kolam memang tak senang duduk dia. belum sempat nak letak barang terus di bukaknya baju terjun ja la.
Pelampung untuk keselamatan...
Tak ingat dah la berapa biji pelampung yg aku beli untuk si Amirul ni. Tiap tiap kali guna bukannya boleh simpan. dia akan terus bermain kat dalam rumah dengan pelampung tu. Sedar tak sedar tetiba ja pancit pelampung tu. Mana tidaknya, nak tengok Tv pun nak pegang pelampung. Nak tidur pun nak jugak bawa pelampung masuk bilik. Bila dah pancit... biar ja la.

Peace..

Kalau tak panggil naik, tak naiklah jawabnya. tak peduli sejuk. yang penting boleh main air.. Ha, itulah perangai anakku yang srang ni. Kalau kat umah pulak, semua permainan dia bawa masuk bilik air. Lori la, Kapal terbang la. Hmm.. macam macamlah. So, aku sediakan bekas khas kat bilik air untuk simpam semua menan menan dia ni.



sejuk...


Tengok tu.. dalam sejuk sejuk ni pun nak peace jugak. badan semua dah kecut. Mana dah berejam-rejam dok kat dalam air tu. Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan, maka terpaksalah hubby aku tarik dia keluar...he.. he..


Tuesday, July 28, 2009

Makan Malam yg meriah

hidangan telah tersedia...
Hubbyku macam biasa la.. mahal sanga senyuman ia tu. So sementara menunggu celup celup tu masak. aku pekena sepinggan chicken chop.. sedap gak. tapi tak sesedap chicken yg kat naza. Aku lebih suka chicken chop kat naza. walaupun harganya mahal sikit tapi bebaloi. ndak tak ndak aku balun gak chicken chop tu...

gelak tawa bersama sister in law..
Malam yang meriah tu aku ajak la adik ipaq ak join sekali. Kalau ada dia memang meriah majlis makan malam aku. sebab dia pun sama meriahnya ngan aku.


posing sket...

saja nak bertenggek sikit kat bahu hubby.he.. he... Hubby sengaja bawak au makan kat sini sebab dia tahu kegemaran aku adalah celup celup. Makan malam aku selalunya yg ringan ringan ja. Malaslah nak makan nasi selalu. Thanks hubby...


mana makanan Amirul ni??
Dah riuh rendah jadinya makan malam bila si Amirul ni ayik bising ja bila pinggannya tak terisi dengan makanan. Bukannya apa, celup celup kan perlu di rendam di dalam air mendidih , s ambik masa la sket. Tak sabar la pulak si hero sorang ni..
walau bagaimanapun aku happy sangat sebab bila dia buat kecoh hubungan kami menjadi semakin erat..