Saturday, November 13, 2010

Menu & XTVT

Jangan Muntah sudah ler tengok picture kami kat Mutiara Cafe ni yer. Aku nak share ngan korang kat sini. Walaupun tempat ni nampak exclusive & so privasi, tapi rega makanan memang berbaloi baloi. I like!!!!!


tak caya???? tengok ler resit kami malam tu. then compare jer harga ngan tempat lain. citarasa masing masing lah kan...

hohoho... ni gieyana's familly yang order. memang nyum nyum. tapi aku tak makan walau secubit pun sebab memang full dah perut aku nih. Tapi sempat gak la aku rasa cendawan goreng tepung. memang sedap. tak der gambo la pulak. maaf yer.


Ni plak, chicken Chop Amirul, Aku order Chicken merrylane. banyak gedabak ko. Makan sampai tak habis. kalau ku tahu punya la big size dia punya dish aku order either one jer. Satu pinggan leh makan 2 orang tau. sebab ayam dia tu memang besar.

ni la ABC Puncak Mutiara. Gieyana dah bagitau yg ABC ni kalau sorang makan tak habis tau. Memang betul. Ku order satu makan 3 orang pun still tak habis jugak. bayangkan ler besau mana ABC dia. Rega baru RM 4.50 ja.

hmm... Amirul ni memang antu sup. Hubby order sup puyuh. dia pulun la makan tak hingat donia. kahhhhhhhhhh


ups... tuan tanah pun nak jugak tunjuk aksi tengah makan. hikssss

Hubby order kambing grille. memang sedap kambing dia, sebab tak der bau kambing langsung. Makan ngan sos black pepper. tengok ler ABC tu mencair gitu jer sampai melimpah ke meja. memang tak larat nak habis. punya la banyak.


betul betul ho leow ni. penangan puyuh la katakan. saja order sebab nak rasa sup dia kick ke tak. kalau sedap lenkali nak pekena makan nasi pulak. hehehehe

pas semua perut dah full, kami ronda ronda sekitar puncak mutiara ni. Amirul siap jumpa umah Niang Rapik lagi. reyuh satu PM dok cakap umah kat hujung paya sana tu umah hantu. sampai pengunjung yang lain pun nak tengok sama. kikikik. lawka tul la mirul ni. memalam dok sebut hantu la pulak.

ha.. sampai terbaring baring, punya la hepi dok tengok kolam ikan tu. asyik beli makanan untuk ikan jer. last Munir suh bagi ikan makan nasi. Lepas ni dorang kena cuci kolam tu ler, sebab dah bercampur ngan nasi. sabor jer la...


Kaum adam sibuk berborak apa ntah. kami kaum hawa ni malas nak join. nak kuaq cuci mata. biar ler dorasng borak sampai letih.

ups... sempat aku curi snap photo ni. gieyana sibuk kutip makanan ikan yg ditumpahkan oleh Amirul & Nureen.




Ok. aku end the story about Puncak Mutiara on this N3 k. tunggulah anniversery akmi yg nakal muncul dari 2 bulan jer lagi. Nak celebrate kat mana ek? nanti ku fikirkan.



note:- thank gieyana sebab meriahkan malam kami, len kali kita share share kat tempat len plak noh..you all so sporting!!!

Friday, November 12, 2010

Best Moment!!! Hubby's B'day

emmm 11/11/2010 genaplah usia cik suami 33tahun. Dah makin meningkat yer. So.. dont naughty naughty .....

Ni ler sebenarnya aku celebrate kat Puncak Mutiara tu. Saja ku buat kejutan untuk suami. Memang dia tahu aku carry kek. tapi ku cakap yang kek tu untuk Nureen ( anak gieyana) kahhhhh... Bila sampai time nak potong kek ni ku ckplah ku buat special utknya. sebab kita sekarang sedang busy. Sonot tengok mukanya yang terkejut. Tapi still dok control depan Munir & gie. hikssss. MISI BERJAYA!!!!!



Aik.. apa yang aku belek belek tu.. ish susah sangat nak letak lilin ni. Pas tu pulak hubby & Munir tak merokok. Jenuh jugak la hubby berkawad kat counter sana nu mintak lighter. hehehe... dera sikit B'day Man nie...

hohoho.. closed up sikit kek ni. Bentuk chenta lagi tau. Last minit ku beli setelah gieyana confirm nak gi makan kat Puncak Mutiara tu bersama. hiksss.. teringat lak masa sesat tu husband gie tanya kat kedai tokey kedai runcit tu.. nak ke Puncak Mahligai...
Bila sesat, nama tempat nak dituju tu terus jadi lupa.... kikikiki

Time ni ler nureen & Amirul duk excited. Bukannya makan banyak mana pun. exited nak tiup lilin ja. Memang best la ku rasa. Sebab sebelum ni tak ajak sesapun utk celebrate b'day . Bila dah ramai mcm best jer ku rasa. Pas tu pulak Amirul & Nureen Sporting sangat.


Okey.. papa nyalakan lilin dulu yer. korang berdua tunggu jap .

one.. two.. three.. fuhhhh!!!! hohoho.. AMirul lak yang lebih lebih.


Last but not final ok. suapan dari aku utk cik abang... Semoga hubungan kami akan kekal manis
dan berkrim. Mcm kek yang aku suap untuk hubby ni. hiksss...
nota:- Happy B'day sayang.... Semoga panjang umur, murah rezeki, kekal baik cam ni sampai bila bila dan sayang T & anak selamanya. amin...
p/s. Nantilah ku N3kan gambor gambor makanan & menu yg kami makan k.tunggu...

Shamrin Meninggal Dunia..

Hujan pagi ni, menyebabkan aku datang lambat sket kat office. Biasa ler bila dah sampai office, on jer light FM Radio. Sambil tu dok gigih plan nak wat N3 tentang best moment yang ku telah janji yesterday... betul tak???


Sambil aku riki riki photo nak di upload, chewah... sampai jer office bukan nak start kerja. tapi nak start wat N3 pulak.

Tetiba jer aku dengar news tentang Shamrine Fotograph yg femes ngan lagu " Di Alam Fana Cinta" telah meninggal dunia akibat Heart Failure. Terkejut gak aku. sebab.....


( photo ni aku copy dari besutifulnara.com)

Recently jer aku ada baca ttg dia nak wat duet ngan salah sorang penyanyi pompuan. Tak caya aku ni. Then aku riki riki kat blog beautifulnara. Maka sah ler pendengaranku semuanya benar belaka. Alfatihah buat belaiu. Aku memang minat kat dia ni masa remaja dodulu la.
Sejak dia tenggelam dari dunia seni, aku pun mcm dah lupa lak sekejap. hiksss..
p/s. Kalau sempat ku buat N3 sambungan best moment tu yer. tunggu............

Cerita dari hubby..

Sebenarnya dah lama aku simpan gambar ni untuk di buat N3. Tapi tak sempat lagi. so, hari ni jer yg sempat rasanya. Lagipun mood raya still tak datang lagi nih. Memang tak der mood langsung.

Peristiwa ni berlaku di Teluk Tempoyak, kat area umah aku gak ler. Ala.. Teluk Tempoyak yang femes ngan Restoren Seafood. Dodulu aku rajin gak makan kat sana. Sejak rega makanan dah jadi mahal siut, aku tak mo dah makan seafood kat sana.. hehehe..


that day, ( tarikh lupa lak) hubby gi ler teluk tempoyak untuk bayar sewa umah. Tetiba tengok orang punya ramai berkumpul. Tengok apa la dorang tu ek? hubby pun jadi ler kay po chi kejap. gi join the club. sampai jer dekat ngan tempat kejadian, hubby terus ngeletor lutut...
nak tahu apa dia nampak? and apa yang orang ramai kerumun kat situ?
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Sebuah keta Mercedes terjatuh kat dalam laut. Pemandunya meninggal. Alfatihah. Muda lagi pemandu tu, dengar khabar isterinya sedang mengandung. sian kan..

Melalui citer org kat situ, masa kejadian ujan lebat sangat. Then, Arwah terlupa nak bawak HP, masa keluar tu. then, dia patah balik,on the way dia drive back tu le, dia loss control then termasuk ke dalam laut.

Lagipun, jalan untuk ke Teluk Tempoyak tu memang bercuram & kona siku lagi tu. Kalau korang tengok bentuk jalan pun korang leh agak cam na keta ni leh terbabas masuk dalam laut.



note:- ku rasa memang tagis ler kejadian ni, tak terbayang saat arwah terperangkap di dalam keta yang dilimpahi dengan sair. Ya Allah cucurkan rahmat ke pada Arwah. Amin. AL-FATIHAH..

Thursday, November 11, 2010

Simpan kenangan di Puncak Mutiara

ingat tak kat N3 sebelum ni aku ada ckp yg the best moment ku awalkan 10 hari. sebab scheduleku pack dengan aktiviti. Tak sangka pulak hidupku akan menjadi sesibuk ini. Rasa macam 24 jam tu tak cukup pulak. hikss....

Aku letak intro ni dulu yer. Kalau nak tahu saat manis ku ini ku abadikan bersama si gieyana, . Mula tu ingat nak dinner date jer ngan dia. Bila ku fikirkan ttg kesuntukan masaku. Apa salahnya let her join together. Selalu dah kami berprivasi, so sekali ni nak ramai ramai sikit. Apa salahnya kan.. lebih ramai lebih meriah.
Memandangkan En. husband tak tahu jln, makanya Mr. Munir( suami si gieyana) lah yang jadi jurupandu ke tempat ni. hikssss. Termia kasih Gieyana & familly. you all memang sporting!!.



p/s. N3 lain ku cerita k, why that I said this is the best moment of us...


Wednesday, November 10, 2010

Ku pasrah jua..

Ku confius sebenarnya, nak telan mati mak, nak di luah mati bapak. Nak Marah, pada siapa? Cuma kat dalam hati ni hanya memeikirkan bahawa Allah yang lebih mengetahui perjalanan hidupku. Siapalah aku yer. Kalau nak guna kaedah kos lepas pun aku tak boleh dah..

Memang itulah pilihan yang ku ada. Aku harus memilih keputusan itu juga. tak perlulah nak dicongak congakkan lagi. kekadang rasa hampeh tul... semua ini kerana ku terpaksa memilih antara ;-

v

v

v

v


examku dan hari penyampaian hadiah anakku.


owh!! what kind of decision that i had to make? it hurt me right now. Selama beberapa minggu ini ku sibukkan diri dengan kelas mandarin amirul sebab amirul ada pementasan. pas tu, Amirul ada lagi persembahan membaca doa bagainya. Kiranya, Amirul ni memang aktif la kat sekolah. hehehe.. aku pulak try to give him 200% of attention.

Semalam, dorang cakap suruh Amirul masuk pertandingan pakaian muslim. Aku terpaksa tolak, sebab aku memang tak leh hadiri majlis penyampaian hadiah tu. bergenang jugak airmata bila terkenangkan di saat Amirul naik kat pentas ambil hadiah, pas tu buat persembahan semua tu.
Tapi aku tiada untuk sama sama menikmati moment tu...sob sob.. sob..

Tadi. ku dapat e-mail yang tertera ayat ni:-

Salam Siti,


Sabtu ni, terdapat 2 exam yang bertembung
iaitu exam PTD dan juga exam Mtest KPLI.


Kenapa ye bertembung?


Adakah ianya disengajakan? Mungkin juga.
Untuk memastikan calon memilih salah satu
kerjaya yang mereka lebih suka sekiranya
terpilih bagi kedua-dua exam ini..


exam MTEST KPLI dan exam PTD


Link semakan panggilan exam Mtest
-->http://kpli.moe.gov.my/mtest11/index.cfm


So, nampaknya bukannya schedule exam aku jer clashed,Schedule penyampaian hadiah amirul pun clashed jugak dalam ini cerita ka? mmmmm..... berapa banyak clashed da...

Hubby pulak kerja malam, so kena jugak attend majlis Amirul tu. Nak wat mcm manakan, mata dah blow blow pun kena la pergi jugak. demi anak yg tersayang.

nota:- Aku nak AMirul tahu, yg aku bukannya sengaja tak nak pergi ke Majlis Penyampaian Hadiah dia tu. Aku nak Amirul tahu yang aku memang teringin sangat nak bersamaya pada hari tersebut.

Tuesday, November 9, 2010

Macam ada 10 anak..

Sebelum aku celoteh lebih panjang lagi, aku nak kasi respect buat kaum kaum ibu yang ada anak ramai ni. gambar memang tak der kena mengena ngan topik k. untuk korang cuci mata jer . Asal tak boring dengan celoteh ku yang entah apa apa ni. hehehe... Cuma aku nak luahkan rasa hati. tu jerk.

upss.. lupa lak nak kasi tau yang anak teruna ku ini telah kuhantar untuk belajar "BAHASA MANDARIN" walaupun dia tak tahu nak menulis & membaca lagi ku tak peduli lah. asalkan dia boleh belajar basic pun dah kira ok la. Oleh kerana Amirul tak boleh membaca, ku minta izin kepada guru kelas bahasa mandarin tu untuk ku join sekali. Segala nota ku tulis dan boleh la ku ajar sepatah dua. Secara tak langsung "ibarat menyelam sambil minum air lah" sebab aku pun leh belajar sama.

Baru 3 kali kelas bermula, amirul dah pandai sebut 1-10, selamat pagi, tengah hari dan malam. Sabtu ni 13/11/2010 ada majlis penyampaian hadiah kat PASTI tempat Amirul belajar. Makanya ada pulak persembahan yang perlu Amirul ikuti. Tambahan pulak persembahan dalam Bahasa Mandarin. Makanya akulah yang sibuk. sebab kena buat gaya, sebutan sama mcm murid murid. hiksss.. masuk sekolah balik la aku ni yer.

Semakin hampir dengan hari persembahan semakin sibuklah aku dan Amirul. sebab tiap tiap malam kena berlatih. class start pukul 8.00. lepas jer sembahayang magrib, terkejar kejar aku ke sekolah utk latihan. kekadang sampai tak sempat nak masak utk makan malam hubby. Hai.. ku rasa mcm ada anak 10 org walaupun hakikatnya aku ada satu anak ja.




nota : nasib baik ler hari bersejarah tempohari, ku raikan 10 hari lebih awal. nanti ku sharekan the best moment tu kat sini yer...