Tuesday, February 1, 2011

Bonus

Al kisah ttg bonusku tahun ini
Seperti biasaler, tiap tiap thn aku mesti dapat 2 bulan bonus
kalau tak 2 bulan pun 1.5. Bonus 1 bulan di bayar pada Raya puasa
Lagi satu bulan di bayar pada CNY
Nak jadikan cerita, accountantku lambat sikit bayar bonusku masa raya puasa tempohari
So, aku ngacum ler kat bos, dia tu saja jer nak wat lambat lambat
bagi alasan itu ler ini ler.

Kalau bonus dapat lambat, mana sempat nak soping raya.
Then, bos yang baik ati, dulukan dulu duit poketnya utk bonusku
bila account dah bayar bonus aku kasi balik le kat bos
Perjanjian kami 2 orang tau

account pulak sengaja bayar tak cukup kat aku. short RM 500.00 hinggit. So aku pun bayar kat bos short RM 500.00 jugak ler.Kalau nak ikutkan, aku dapat full bonus ler.

Then, utk CNY aku akan dapat 1 bulan bonus plus RM 500.00 yg account hutang aku.
kenapa dia hutang aku, sebab dia dengki kat aku
malas aku nak citer kat sini. biarlah dia wat kat aku. Allah kan ada


Tadi, aku jumpa bos ler, ckp nak kasi balik kat dia RM500.00 yg tertunggak masa raya puasa dulu.
Tak sangka plak, bos selamber ja, jawab. tak per, I bagi U
U pun nak give birth nanti, tentu nak pakai duit
I bagi jer la RM 500.00 tu kat u, jgn bising bising yer


terlopong aku dengar, tak sangka rezeki anak aku dalam perut ni
Syukur Alhamdulillah. Tu lah, si account tu dengki sangat kat Aku
Allah dah kasi rezeki lebih utk aku
Syukur alhamdulillah.


Monday, January 31, 2011

Officeku Kebakaran

Dalam keghairahan bos aku nak sambut CNY tetiba kami
di gemparkan dengan berita yang kurang enak ini.
Di keheningan subuh pagi ahad tu, jam l/kurang 4-5 pagi
office terbakar!!!!!


Sib baik ler dengan ketangkasan pihak bomba
Api berjaya di padamkan. Pejabatku kat atas, so, api tak sempat marak
ke atas. Syukur alhamdulillah
Tapi sedihkan bos aku
dah ler nak sambut CNY jadi cenggini pulak

( photo ihsan the star)
Pagi ni, setelah citer ni keluar dalam the star & chinese paper
ramai la kengkawan seperjuangan bos aku datang
Terkejut jugak aku pagi tadi, naper org ramai datang office yg belum lagi bukak?


Aku pulak selamber derk ja, terus ke gerai kopi beli breakfast
bila aku nak masuk office, ya Allah kebakaran upernya
abis ler meja aku penuh ngan habuk itam
kena la cuci dulu.. dah jadi cleaner pulak pepagi ni

Tengoklah, hangus terbakar keta customer. Sian kan kat dorang tu. dah ler nak sambut CNY


Nak beli keta baru pun tak sempat ar..
Syukur sekali lagi, sebab syarikat memang ada cover insurance fire, burgalry, workman, public liability dan mcm mcm lagi lah.
Semua peralatan office, tak der yg rosak


Cuma sebagai langkah berjaga-jaga kami panggil jugaklah tukang service
photostate machine, fax & komputer datang nengok negok
Mana tau kan, sebab heating leh effect apa apa ker.

Tandoori Chicken

Kalau nak suruh aku makan nasi memang susah
kekadang tu satu senduk pun tak habis
Kenapa aku tak lalu makan nasi?
kekadang tu, perut lapar gilerrr
tapi tak mo makan nasi jugak
rela makan bihun , mee, roti
semuanya yag tak dak kena mengena dengan nasi lah

Then, semalam kami ke PELITA NASI KANDAR
sebabnya aku requested nak makan tandoori chicken
bagi aku, tandoori kat mana mana pun tak per
Tapi, hubby pulak nak makan sup lidah

Kalau suh aku makan sup lidah, memang tak masuk tekak ler
sebabnya aku memang tak makan lidah sejak kecik lagi
tengok ler Amirul tu, belasah semacam jer
mcm papa dia gak ler




hehehe.. lepas aku bedal semua baru nak snap.
tu pun guna Hp hubby jer.


ish.. dorang tengok apa tu?


Ha.. biasalah hubby, kemana pergi pun nak tengok bola.
Tapi tak per la kan, sebab aku leh layan tandoori, then dia pulak leh cuci mata tengok bola

Amboi sedapnya dia makan Lidah. Mahap yer aku tak berkenan.
Kata orang lidah ni sedap. betul ker?


Friday, January 28, 2011

Membuli ya

Al kisahnya, Anak sedaraku yang baru aja balik dari Sabah
Muda setahun dari Amirul
Tahu jer la kan, dah 6 Bulan di Sabah nun,
terus lah lidahnya terbalik
Siap cakap SABAH pekat melekat lagi tu
kesian Amirul, langsung tak faham apa yang cousin dia ckp
hahahaha...
Aku saja bawak dia datang umah kejap.
main main ngan Amirul
Amirul ni kalau main game GTA tu, bukannya nak syer
Puas jugak la aku duk marah dia
suh kasi si Latif ni main

ok lah, Mirul bagi dia control kat keyboard ni yer
tekan yer latif, tekan kuat kuat. saja la aku nak snap photo
dorang bermain ber sama -sama
tetiba, masa aku close-up
Punya la hangin satu badan aku ni, depan mata aku dia boelh buli dak latif ni
Ni dah melampau ni

korang tengok ler, dia suh latif tekan kat papan keyboard yang tak der function apa apa pun
Dia pulak, asyik dok main sakan.


pas tu mulut asyik cakap, tekan kuat!!!, kuat lagi!!!
yang si latif plak.
Aku takkan la ni, aku takkan la ni.( loghat sabah)
Bila tengok jer situasi tu


Aku terus marahkan Amirul.
Jgn dok buat pangai cam tu, sat tali pinggang naik belakang
Last, Amirul bagi jugak latif main

Thursday, January 27, 2011

Rest Week.

Minggu ni aku macam tak kerja jer
Maklumlah, Company aku kan company Cha Ya Nun Alif
So, banyak dah kerja dikurangkan
Nak wat spring cleaning la katakan.



Banyak jugak case yang bos reject
tak nak bat, nak stop utk minggu ni
sempena nak Sambut Chinese New Year
So, aku tak ler terkejar macam lipas kudung wat coatation
cuma clear saki baki kerja yang ada

Mungkin 2/2/2011 tu aku half day. 09/02/2011 baru start kojer balik
hehehe... time ni la aku boleh balik kampung lama sikit


Bos pun sedang kira kira duit bonus utk staff.
Aku plak, dok verangan rangan la bapa banyak Monus
aku akan dapat.


Bonus plus ang pau, plus plus, hehehe masyukkkk!!!!
Alhamdulillah, walaupun notes tak sampai kat tangan lagi
tapi dah dijanjikan, sure dapat.
Time ni la sayang mayang bos banyak banyak

Dah nampak.

Semangat tul aku kelmarin nak dating ngn Mr.cucuk.
Seawal pagi, aku bangun
tak sempat pun nak siapkan Amirul ke sekolah
Aku lepaskan tanggungjawab tu utk hubby laksanakan.


Seawal 7:30 pagi aku drive ke GH.
Datang awal, at least still ada parking.
Pukul 8.00 akudah tercongok kat kaunter ambil number.
hehehe.. appoinment kul 9.00 tapi datang awal
lebih baik.


Cik.cucuk yg attend aku yesterday.
Haaa.. baby aku dah nampak cenggini melalu alat scan tu
Tido.. jer, langsung tak gerak gerak time dia kena scan.
Hehehe.. teruja nya aku nengok.
dah cukup sifat.



Alhamdulillah semuanya selamat.
Memandangkan kandungan aku bermasalah sebelum ni.
So, aku still kena consult specialist, sampailah aku cukup bulan
Maksudnya, aku kena wat check up 2 tempat
satu kat klinik desa, satu lagi ngan cik specialist.


Nantilah, bila peyot ni besar sikit, aku nak bawak amirul utk
tengok adik dia. Mesti dia teruja mcm aku jugak.

Tuesday, January 25, 2011

Esok, Ai Pergi Dating Yer!!!

A'ssalamualikum..
Maaf yer, mungkin blog ni akan sunyi besok
sebab ai nak pergi dating
dating dengan siapa?
hehehehe...
Dating dengan tukang cucuk ler..
sapa lagi
Kalau ckp dating dengan drakula, dah mcm anak ai la pulak
So, besok ai nak pi tengok perkembangan
my future kid ok.
Then, Petang kalau ai ok
ai datang kerja ler
kalau ai dilanda cinta "M"
ai balik umah jer la
dating dengan Mr. B**t**.
ok..
itu saja mesej ai k.
muah.. muah..