Friday, January 13, 2012

Aku Digoda.. Tolong!!!!!

Alkisahnya begini, sejak aku pregnant kat Aleesya boleh dikatakan
selang sehari dua aku makan durian. Sapa yang dok rajin beli???
Bos aku le. sape lagi.

Tak cukup yang bos beli, Encik Husband pun beli jugak
berkoyan koyan aku makan durian.
walaupun aku makan banyak durian. Aku tak kena kencing manis masa mengandung
Syukur Alhamdulillah..

Masa tengah berpantang tu, mak ckp durian tu ka boleh makan
sebab dia panas. tapi makan la seulas dua jgn la balun mcm org sihat
kot kot le teringin. ngeee


Ni recentlynya durian yg bos belikan.
memang mengiurkan. Tapi aku dah azam dalam diri tak mau makan durian lepas dah banak ni.
Sebab, badan aku ni lain sikit kalau makan durian naik berkilo kilo
pas tu jgn nak mimpi la nak turun dengan mudah.

Aku tengok je masa Amirul habiskan buah kegemaranku ni, seulas demi seulas
tak tahan ko. rasa nak ambik makan ke idak
berbelah bagi ko.
Last aku tak makan. SELAMAT AKU..

Aku pun dah cakap kat husband
nak control mulut ni dari makan durian

dulu tak pe la makan, sebab bila beranak memang lost weight dalam 16-18kg gitu
pas ni nak lost kot mana pulak. ngeee

syhhh..... yang ni buah duyan yang dihidang oleh my BIL masa aku ke umah dia last week
hehe.. memang dah tak tahan menggoda je buah tu ku tengok

akhirnya!!!! aku terpanah asmara dek keenakkan durian ni
aku makan seulas. heheh nampak tak yg biji oren tu.
itulah hasilnya selepas aku ngap.

rasa nak makan lgi seulas
tapi..Iman masih kuat.
pujuk diri " ok Ct, seulas dah cukup, jgn nak ngada ngada"
hehehe...

Nota:-Bagi aku gemuk sikit tu adatlah kan. " Motherly look gitu" Tapi jgn la obesiti.

Thursday, January 12, 2012

Perahu Tambang

Last week aku balik umah ayah aku di kota Kuala Muda
korang mesti pelik kan, kenapa aku ckp balik umah ayah pulak
kenapa tak cakap balik kampung jer. kan senang..


ooo.. no no no.. Kuala Muda bukan kampung aku
Kampung aku kat umah mak aku di Kuala Nerang.
hehehe... actually, aku tinggal ngan mak aku sejak kecik
setelah mak & ayah berpisah.
My step father yang jaga aku sejak kecik

Dah nama pun anak, tak kisahla walaupun ayah tak jaga aku
adalah tanggungjawab seorang anak untuk menjenguk ayah walau di mana beliau berada.

Kami pergi hari isnin lepas. selalunya kami pergi hari Ahad, kalau hari ahad ada le pekan hari kat Penaga tu
biasanya aku akan do marketing sket sebelum pergi umah ayah
beli apa yang perlu untuk lunch kat sana.
Kebiasaannya aku tak tido di umah ayah.kami akn pergi balik hari jerk

hubby suggest kami ke perahu tambang untuk beli ikan
ntah kenapa la sejak nak CNY ni ikan susah nak dapat




sampai kat sana aku beli sayur & ulaman serba sedikit
aku beli barang barang untuk buat kerabu taugey
cari kerang non ada, so aku gantikan ngan sotong
memang fresh sotong kat sini

Tapi, ikan still non ado...huhuhu
Dorang ckp, jap lagi bot balik mesti ada ikan
makanya kami pun tunggu ler bot balik.

Sementara menunggu tu, Amirul ternampak Laksa Buyung
yang dijual dengan menggunakan M'sikal je.
berselera tul Amirul makan, maklumla Laksa Kedah adalah kegemarannya

tambahan pulak, aku tak buat laksa pun sejak akhir akhir ni
sengaja tak nak masak laksa, sebab aku tak leh makan lagi
takut terlanggar pantang plak...
tau ler aku ni pun hantu laksa jugak!


sabar.. tunggu lagi. lelama tunggu bot tak balik balik.
naik bosan kami di buatnya. Last aku suggest pergi terus je umah ayah tanpa ikan
memandangkan Aleesya pun dah ngantuk & cuaca plak semakin panas.

nasib baik le sampai je kat umah ayah, my step mother said
" ikan memang susah nak dapat sekarang ni, ayah ada sembelih ayam kampung."
Walawei.. AYAM KAMPUNG kegemaran kami sekeluarga..

Ayah sembelih semua ayamnya kat dalam reban. then dia bekukan ayam tu.
sebab ayah dengar ada yam kampung sebelah yang dah kena penyakit "HAWAQ"
kata org kedah le, kat tempat lain aku tak tau panggil penyakit apa.

Masa nak balik tu, Mak tiri aku bagi sekor untuk kami bawak balik mai penang
girangnya hati. Bukan senang tau nak makan ayam kampung kat sini

Wednesday, January 11, 2012

Result Amirul

serious aku cakap, sebelum ni memang aku tak pernah mengikuti perkembangan persekolahan.
maksud aku ttg sistem yang pihak sekolah terapkan

bila Amirul dah masuk sekolah, barulah aku tau serba sedikit
Masa Amirul nak pergi orientasi tempohari, sebelum pergi dia singgah kejap kat umah bb sitter.
pas tu bb sitter, usap kepala Amirul sambil cakap
" Mak doakan Amirul dapat masuk kelas Ibnu Sina"
Aku pun tak tau kenapa kelas Ibnu Sina so Glamour. hahaha

Dalam hati terdetik juga" sayangnya bb sitter kat Amirul, sampai doa pun dia titipkan"



kalau mengikut sistem belajar aku dulu. kelas mana mana pun tak per sebab cara pembelajaran dia sama je.

Aku ckp kat Amirul " jgn peduli duduk kat kelas mana pun, yang penting BELAJAR!"

Masa tengok senarai nama tu, Amirul kena kelas Ibnu Khaldon. nampak dia sedih sebab dia nak kelas Ibnu Sina. Pas tu ada gak segenlintir ibu bapa yang nama anak dorang dalam kelas Ibnu Sina tu cakap" Alhamdulillah Syukur, nama kat kelas Ibnu Sina"

Aku semakin hairan. aku tanya le apa bezanya kelas Ibnu Sina dengan kelas yg lain?
Dorang cakap Kelas Ibnu Sina tu kelas Pandai.
oooo... patutla ramai ibu bapa yg nakkan anak dorang masuk kelas Ibnu Sina.
hmmm.. cuma aku je yg tak kisah.ngeee



Masuk je hari pertama persekolahan aku tengok cikgu panggil dah start rombak pelajar. Aku nampak Amirul di tarik keluar dari kelas Ibnu Khaldon ke Ibnu Sina.

Dari jauh aku nampak result Amirul 92%. lega rasanya. Ingatkan tak boleh jawab
maklumla sebulan cuti dia langsung tak prepare pekebenda pon.

Bagi aku 92% tu banyak le. Amirul bukanlah yang the best!. sebab ada gak student pompuan yg dapat 100%. Tapi Amirul the best di hati ibu & papa & bb Sitter.

walaupun Amirul hanya belajar kat PASTI je. tapi aku rasa aku dah buat pelaburan yang bijak.
pelaburan yang sedikikt hasil plak lumayan gitew. ngeee

80% student Ibnu Sina adalah dari pelajar PASTI & 20% dari Nur Cemerlang.
aku tau ni pun sebab cikgu yang bagi tau kat kat aku.

seyes aku ckp, buku buku student Ibnu Sina pun lain dari kelas yg lain. agak Advance sket.
kenapa? sebab timetable Amirul every day ada english .

So, aku ni memalam kena ajar amirul dulu sebelum dia tido. My schedule is pack.hahaha..


Nota:- masa dia dapat tau dia masuk kelas Ibnu Sina, cepat cepat dia nak balik bagitau kat bb sitter yang doa Mak dia tu dah dimakbulkan Allah...

Tuesday, January 10, 2012

Mak. I Love U

Korang sayang tak kat Mak Korang???
sayang kan.. sayangkan..
Aku pun sayanggggggggg...tau

K lah nak citer sikit. mcm mcm mak aku buat untuk aku
klau aku nak makan itu makan ini mesti mak usahakan


Kalau aku ada masalah emaklah tempat aku mengadu domba
dari hal yang kecik sampailah yang sebesar besarnya
korang ada ngadu tak kat mak korang???
baik ngaku.. cepat ngaku.hehehe mestila kan


Recently masa aku berpantang, mak datang jaga aku
prepare peralatan lepas bersalin bagainya
jaga makan aku, sian mak dah tua pun kena jaga aku jugak
Aku le sorang puteri emak. empat lagi putera tau.

Mak aku ni suka telefon aku. tak de hal pun dia fon juga. walaupun nak tanyakan aku tengah buat apa tu? ok ke hari ni? anak mcm mana?


pendek kata selang sehari dia akan telefon. Faham faham la kan, kalau mak telefon
aku akan ckp. mak letak fon jap lagi Ana call balik.
Sian kat mak, nanti habis kredit.
Bior le kredit aku yang habis tul tak?


Mak aku ni selalu gak wat Surprize utnuk aku
kekadang tu, petai pun dia hantar kat aku ngan Pos Laju
kekadang tu belacan. hahaha ( dia tau aku tak sukka belacan Penang)
prihatinnya mak aku.
Sebab tu aku sayang sangat ngan dia.
Mak korang ada wat cam tu ke?

Handbag ni cantik tak? Bagi aku cantik sangat untuk mak aku..
Mak aku pernah cakap, kalau dia nak beli beg tangan dia suka yang banyak pocket
so, yang ni aku belikan untuk dia. banyak pocket kan. hahaha

harga tak mahal pun. tapi oklah. around my budget.
Selalu sangat Mak wat Surprize untuk aku
So, sekarang aku plak nak wat surprise tuk dia.


Ni plak sendel. warna merah tue..
Mak aku memang suka warna Merah
aku plak tak suka warna merah.

mesti terkesima mak aku terima benda ni
walaupun aku nak balik sabtu ni. tapi sengaja tak mo bagi by hand
jahat noh aku.. tak pe.. kaco kaco sikit mak tu baru fun!!


jeng.. jeng.. jeng... aku dah balutkan
nanti nak wat pos laju. berdesuppp hantar balik kampung
moga moga mak aku gembira dengan hadiah aku ni.

Ni hadiah B'day Mak yg aku postpone sebab masalah yang tak dijangkakan.
Aku dah janji nak belikan
Mak mesti lupa dah. Tapi aku ingat lagi akan janjiku.ngeee....


Nota:- Kalau Mak leh surprizekan aku, apa salahnya sesekali ambik hati mak pulak.

Orang Banjer Old Town

Syukur kepada rezeki ilahi
kali ni ada lagi insan yang nak banjer aku kat old town
kali ni dia ajak sekali ex staff yg gantikan aku sewaktu bersalin dgn anak dia

ini menu pilihan anak si Aiai.


ini Aiai punya



ini Soo see punya

ini pun anak si Ai ai punya

heheh.. org yang banjer tu tengah enak makan
my officemate la yang banjer sapa lagi
walaupun aku selalu gaduh ngan dia kat office
tapi dia suka gak banjer aku
kalau aku yang banjer dia, tak pernah pun

nak jugak aku banjer dia, tapi dia ckp kalau u nak banjer kopi o chepau( sebungkus) cukuplah
dia ni jenis tak suka orang banjer dia
ada pulak org yang cenggini dalam dunia ni noh...


pictures terbaru aku, sejak aku dok Bf ni berat mcm tak nek plak
hahaha.. perasan kurus la tue.
bukan aku yang kurus yer. tapi gambar ni je yang nampak cenggitu
kalau in person gedabak gak aku ( terimalah hakikat Ct oi..)


sambil makan tu, tak kenyang lagi, so order tambahan la pulak
aku order....


aku order menda ni. hehe korang pun tau
tiap kali akupergi sana mesti roti ni jugak yang aku nak order as side menu
ntah le, rasa dia memang memukau kalbu


terlanggar pantang aku hari ni.
memang tak tahan ngan wantan sup dia.
memang aku suka..



Ni la aiai ngan anak dia tu.
slim benor anak dia. hehehe..

Monday, January 9, 2012

Breast Pump Rosak!

huhuhu... pump kesayanganku telah selamat rosak. kwang kwang
Baru 3 bulan aku guna.
sian kat aku, sib baik dia rosak pada hari ahad( kelmarin/semalam)
Aleesya ada ngan aku sepanjang hari
makanya kelmarin aku tak pump le.

Nak pergi beli tak de masa la pulak, dengan layan kerja sekolah Amirul bagainya
So, belek belek dalam almari tu
ada la pump manual
Syukur.. leh aku guna hari ni

Aku guna Pureen battery pump jerk. murah le kalau berbanding ngan Avent tu. Tak mampu aku nak beli Avent. Nak beli tu boleh, tapi ada banyak expenses yang aku kena tanggung.
biasalah kan, aku bukannya orang ada ada..

Tadi aku ada call Pureen Centre kat Butterworth. Nak tanya cam ne kalau nak service
tak pe la kalau tak de warranty pun. aku bayar le.
Boleh je org yg answer tu ckp. "Tak pernah le terjadi mcm ni, so kami tak tau la kak". Nak gelak ke nak marah?

Rasa mcm lawak je answer dia tu. Tapi aku cool je. malas nak fire. memandangkan aku beli product tu pun dalam RM 120.00 kat Farmasi. Dalam kotak tu pun tak de warranty kad ke hapa ka ke.

Then aku tak puas hati le dengan jawapan tu, aku call pureen centre KL. dorang ckp PIC tak de, so dorang ambil no telephone aku & janji nak call aku.
sampai sekarang tak de pown.

sekarang dalam kotak fikiranku, nak beli yang baru.ngeeee
harus beli.. harus beli..
demi anakku tersayang. muah muah..

susuku ini akan menjadi phojaan hattimu :D:D:D:D:D

Char Koay Teow punya Pasal..

Maaf yer utk N3 ni, gambor memang kelabu sebab aku guna camera Hp jerk
maklumla Hp pun, Hp murah

meh sini nak citer, kalau korang orang Penang memangtau le tempat mkan kat Seagate tu
kalau malam malam memang ramai sebab kat sana ada ikan bakar, pas tu ada karaoke & tempat hisap shisha pun ada.

Aku nak makan Char Koay Teow kat depan Sunshine tu.
Tapi husband memang malas nak turn pergi sunshine lepas balik dari Tesco
so, makan je la kat belakang "Seagte" ni katanya

mula tu nak makan kat tempat ada karaoke, tapi aku la pulak tak nak, sebab tak selesa kalau makan ada org tengah memekak!!!

Then husband suh pi kedai sebelah plak, aku tak mau jugak sebab kat situ
ada org Hisap Shisha. bagi org lain wangi. tapi bagi aku BUSUK!!!!! menusuk ke tekak
mcm mana nak makan, korang mcm mana?

So lastl, pergi la kat satu kedai yang agak gelap sket. Aku pun dah malas nak merungut
kat husband, kejap itu kejap ni. mcm banyak songeh la pulak. ngeee

aku order char koay teow, Amirul order chicken chop & hubby order nasi & sotong masak pedas apa ntah. Tunggu punya tunggu..
punya la lama. bukan ramai pun org ada 2-3 meja jerk
meja lain pun dok tunggu makan jugak

hmm... last kuaq jugak suara aku ni ckp. kalau makan kat sunshine tu mesti sedap & order pun dah sampai. hubby diam jer.


hmm.. char koay teow aku dah sampai. aku pun makan sampai habis char koay teow tu. Air pulak tak sampai sampai.

Amirul plak dah tak sabar, terus je pergi kat kakak ambik order tu & tanya ttg air.
dia pun cakap a'ah... dok buat dah,sat.. sat..

bapa lama nak sat da...


husband dengan penuh kesabaran menunggu menu dia. dok pegang Aleesya sementara aku makan. Biasa la husband, dia ni penyabar orangnya. tak bunyi apa pun bila order dia tak kunjung tiba. hehehe

last, Chicken Chop Amirul pun sampai.

sampai amirul selesai menjamah chicken chop tu, order husband still tak sampai jugak. Last husband pergi bayar bill tanpa makan apa apa pun. sian dia.

Masa kat kaunter pembayaran tu, time nak bayar ada la satu mamat tu, dia pun nak bayar jugak. Then dia pun dok mengomel ckp, dari tadi minum air jer. dah dekat 1 jam. naik kembung perut minum air. nak tunggu apa lagi. mcm mana la dorang ni berniaga?
nampak mcm marah je mamat tu.

arkkk.. ingatkan kami je dok tunggu makanan, upernya ada juga order org lain yang tak kunjung tiba.

Sampai je kat umah, husband suh aku masak pedal ayam goreng kunyit sebab dia lapar. Sian betul ngan dia. dah sampai umah pun still menunggu lagi untuk aku siapkan pedal ayam goreng kunyit dia.

kalau la aku tau lepas balik shopping kena masak bagai, lebih baik tak payah makan kat luor. makan je kat rumah.

lepas ni ni kedai tu aku pangkah, tak mo masuk dah!!!!