Saturday, May 12, 2012

Saya Mahu Ditegur Eyriqazz dan Undi Eyriqazz for Digi Wwwow Awards


Assalamualaikum...
Sebut tentang blog GTO & segment tegur mengeur memang saya blur habis.
 Nampak entry ni kat blog gieyana.  jadi saya terjah le tengok apa benda la yang hangat di perkatakan.
 thanks yer gieyana sebab kongsikan dengan saya

Then terbaca tentang  Eriqazz yang beliau Tersentuh Hati untuk Kembalikan Segmen Ini selepas seorang lagi blogger membuatkan dia terharu dengan entrinya :

 [ http://kokoadik.blogspot.com/2012/05/bila-kata-kata-semangat-nasihat-diberi.html ]

kalau yang dulu saya tak tahu tentang ni, di kesempatan ini i, Eyriqazz buka Segmen ini sekali lagi dan akan teguri 6 bloggers yang bertuah .

Apa kata  wantie tentang Eyriqazz...

first time terjah blog GTO ni kejap je tadi, hehe. siap follow lagi tau. Baru merangkak rangkak nak tahu tentang blog GTO. baca kat blog achive dia, wah banyak jugak tips tips yang berguna. 
kena banyak kali terjah baru leh kenal rapat dengan blog GTO ni.  

wohohoho.. dapat tau  GTO ni dapat  Nuffnang incomenya mencecah 4 digit! tersangatlah admire. Ya la kan, blog saya ni sejak mula berblogging sampai le hari ni tak pernah pun cash out. huhuhu   Nuff income pun jalan macam siput jer.
 kalau la blog saya di tegur, itu satu bonus buat saya. 
sebab saya masih mentah dalam dunia berblogging ini
"Ajarin Aku Dong"..
Lepas ni kenalah selalu sapa sapa kat FB Eyriqazz. Nak tahu juga perkembangan terkini Eyriqazz.
 Kubertaktih untuk menuntut ilmu dari "Teacher"



Sharing is caring okey. Buat Sesapa sja yang  nak join :-
Syarat-syaratnya : Sila klik SINI


  Mari  ramai ramai  Undi eyriqazz for Digi Wwwow Awards di http://bit.ly/I5h6Rw yer! 
senang jer. just click aje kan..

Nak Tengok Tapi takut

Sejak aku kecil memang mak aku larang aku daripada pergi tengok orang india cucuk cucuk ni
mak aku kata kalau badan kit atak cuci, takut takut spirit tu leh masuk kat kita pulak.
benar atau tidak aku tak sure la
 mungkin cara ni le mak aku guna untuk elakkan aku dari pergi tengok

Then masa aku tengah shopping kat CH, tetiba aku nampak benda ni. Dari atas bukit lagi aku tengok dorang berlarak.

Dalam hati memang dok takut dah
tapi saja la nak gatai gak pi tengok
tapi tengok jauh juah la

mungkin kerana sejak kecik aku tak didedahkan dengan benda cenggini
makanya aku tak biasa la.
kalau ada  ditunjukkan kat TV pun, aku tukar je channel lain.
bagi aku, ini sesuatu yang ngeri untuk di lihat
mungkin kaum india dah biasa.

Amirul tu mcm berani je, siap lari lari pergi tengok
dalam aku mengejar Amirul tu le aku ternampak, seorang lelaki yang mengikuti perarakan ni
mulutnya berlumuran darah sambil berjalan menghentak hentak kaki ke jalan tanpa kasut
ya allah, berdesup darah aku, rasa mcm nak pitam pun ada

takut sesangat. pas tu ada pulak yang bawak kapak menari nari
memang aku tak boleh tengok.

Ni pun aku snap jauh jauh
memang tak berani nak tengok.


note:- Patutla ibu aku tak bagi tonton.

Friday, May 11, 2012

Terkejut Aku di Pasar Tani

Pagi tu, kami bermalas malasan nak bangun
tapi kena bangun jugak sebab dah nak serah kunci apartment & start ronda ronda
oleh kerana tak sempat nak pergi pasar malam semalam, jadi plan kami nak ke pasar pagi/pasar tani

Dalam masa mengekori my BIL tetiba keta dorang hilang dari pandangan

Sementara menunggu dorang tu, usha usha la apa yang patut
cari punya cari masih lagi tak nampak kelibat dorang
ish.. tadi nampak mcm keta dorang yang parking.. salah tempat ke kami ni

ok tak pe jalan lagi. dah lama sangat aku pun call la my BIL.
Hello, Mizi ada kat mana ni?
Kat Balai polis

Ha.. balai polis buat apa? pasai pa?
then dia pun jawab, tak de la kami singgah kat balai ni pergi toilet jap.

fuh.. lega, terkejut gak aku, mana tau la kan apa apa jadi
dah tetiba je bagitau ada kat Balai
saja le tu wat lawak pepagi ni.

Aku memang suka ubi rebus yang berkulit purple tu
sebab rasa dia memang manis walaupun tak letak gula.
kekadang beli gak la kat sini, tapi tak secantik ubi kat cameron ni
dah parking dah kat steam cook ni. Bila bukak mulut je nak tanya
alahai... Cha Ya Nun Alif la pulak.
aku tak perasan yang gerai tu cina punya sebab ada pekerja indon kat situ
Indon tu plak nampak mcm melayu, siap bertudung lagi

tengok tu buah hatiku.. Memang ada Stroller dalam boot keta
tapi hubby tak nak guna, dia ckp leceh la, jln tak level jap sangkut sangkut
carry cenggini senang sikit nak gerak.

alahi si jagung manis kat sana tersnagt la mahal
RM 2.50 sebiji. Jagung jepun kat sini pun jauh lebih murah
ada la dorang suh rasa, siap ckp tak payah masak pun manis. rasalah rasalah..

Giler kentang ko makan jagung tak rebus. kembung perut Aleesya kang baru tau.
memang manis la jagungnya, tapi kami tak beli pun kat sini
dalam ati dok rasa nak beli jerk. takut kempunan. hehehe...

Biasalah kan Camero, Strawberry heaven.  kalau korang perasan kan, dorang ni tak de la nak suruh kita rasa dulu strawberry ni. Event potong kecik kecik suh rasa pun tidak. pergi la kat mana mana booth pun. 
hehehe faham la kan, kalau dorang kasi kita rasa, sure kita tak beli punya.
sebab strawberry ni cantik di pandang tapi tak manis dimakan. Tapi dia berada dalam kelasnya yg tersendirilah
sebab tu la org beli. ngeeee

murah betul strawberru kat sini. 
aku rembat sekilo. dalam RM 25.00 hengget ( besar punya) sebab dah tegoda dengan keayuannya.
then Amirul ada beli strawberi coklat. tapi coklat yang tak menjadi
nanti I buat N3 Strawberi coklat I ok...

Madu pun ada dijual. tapi aku mcm  was was. biasalah mentallity aku ni
kalau madu yang asli ada la grade grade yang kiranya aku pandai la menilai.
Aku rasa tak berbaloi beli madu kat sini
lebih baik beli kat orang orang asli yang jual di tepi tepi jalan masa on the way nak balik tu.
Ini pandangan peribadi aku le.
mungkin mentality aku yang tak leh terima madu yg murah selalunya madu campuran

Ok, sebelum gerak ke tempat selanjutnya, aku nak menari nari kat bantal bantal ni dulu yer
lalalala... 

Yang  ni pucuk labu kata penjual tu. tapi bukan labu Pumpkin tu la pulak.
habis tu labu yang mcm mana? bila dia tunjuk kat aku pucuk buah yang mcm mempelam & bangla suka makan. terus tak jadi beli. kalau pucuk labu ( pumpkin) tu aku beli la. sebab memang sedap pucuk tu.

seikat RM2.00 je. tak mau belilah
takut layu plak bila balik penang nanti.

sambungan ke N3 seterusnya.

Dapat Hadiah cute GA si El


Asyik dok citer ttg cameron je, nak selit gak la ngan citer lain
idak le kengkwan jemu.
Dah lama receive hadiah n, tapi sibuk sangat  sampai tak sempat nak buat N3
hadiah dari GA dak el
saja la masuk GA ni sebab nak support kawan
mungkin rezeki kot dapatlah adiah cute mute dari Syafa shamioon


ok dah siap paste kat fridge

sesapa yang berminat hasil kerja tangannya leh la hubungi terus
by the way, thank you very the much much mallow....

Thursday, May 10, 2012

Hand Glove

cuba closed up tengok kat bibir Aleesya tu. dah kebiruan. Sian dia mesti sejuk sesangat
kalau la boleh di berbicara mesti dia bagitau yang dia sedang kesejukan

apa lagi, aku mesti cari hand glove & baju sejuk untuk dia

Tengok la.. baju pun berlengan pendek.
kalau pegang tangan dia memang sejuk terasa.

cari punya cari, last dapatla yang saiz tangan Aleesya.

tara... aku pasang terbalik la pulak
sepatutnya yang ada gambar strawberry tu kat luar
Aleesya tu mcm rasa pelik je, kenapa tetiba jari jarinya di bungkus
asyik membelek je sarung tangan tu

I Love U sign from Aleesya ok.
Love u too 
Then Aleestill sejuk, so hubby ternampak baju sejuk yang sesuai utk Aleesya

Hahaha.. dah dapat pun.
Aleesya punya dah ok. tetiba pulak Amirul dok bising bising nak jugak sarung tangan mcm adik
tapi... semuanya warna pink & merah pun ala  ala pink jugak
semua utk perempuan da...
memang Amirul tak suka pink..

tak pe cari lagi sampai jumpa
tetiba Amirul nampak satu sarung tangan yang langsung tak de bertemakan pink
suka kemain dia
pas aku beli tu, dia dok tayang tayang kat adik dia
yeah.. abang pun ada jugak

eee.... nampak ganas plak bila gambar gambar tulang tu terpampang cenggini

Balik penang, segala sarung tangan & baju sejuk langsung tak di layan ok.
aku simpan lek lok
mana tau ada rezeki leh pergi lagi..


Holiday at Cameron Hightland

hahaha... Lepas je Majlis kat Batang Kali selesai kami terus speed ke Cameron Hightlan. Kami pergi ikut Tapah. Mak ai, jalan dia leh wat aku loya loya.
siap ckp kat hubby yang aku dah mula pening.

Pas  tu kan, jalan dia corner Siku lagi tu, kena horn bila drive di sebalik tebing
sebab nak bagitau kat orang opposite suh hati hati
sebab kami tengah datang.
Memang time corner tu mesti nak makan jalan punya
Dah le kami dok main pusing bukit tu time malam
dalam pukul 8.00 cenggitu la
boleh la tengok org asli dok parking lepak king kat bahu bahu jalan

Pukul 9.00 mcm tu la kami sampai kat Desa Anthurium Apartment. 
Memang dah booking seminggu sebelum tu lagi.

besar jugak apartment dia, ada 3 bilik. boleh masak bagainya le
tapi kami tak masak le. mana ada masa nak masak
ngeeee.. hati dok ingat nak jenjalan je kan...

Perut pun dah berbunyi lagu dangdut, siap gelek gerudi lagi kat dalam ni
kami terjah Orchid Food corner.
Dalam dok cari cari tu Why not try Steamboard
harga pun ok.
makan untuk 6 orang kami +1 ( Aleesya)

Kalau awal sampai leh la terjah Night Market
kekangan masa la katakan

Verity jugak le.
tapi, kalau banyak sayur hijau lagi la best
sebab sayur kat sana kan fresh..........

 Dorang kasi mee & Koay Teow & telur 2 biji.
mula tu dok fikir jugak, telur ni dah rebus ke belum
then My BIL yg pakar memsak, ambil telur tu pusing pusing
mcm mana ntah & dia confirm yang telur tu belum masak
tak tahu pulak aku teknik tengok telur ni
that night baru aku tau..ngee
 Dah tersedia untuk di ngap
aku makan tomyam tapi hubby makan sup je, sian dia
perut dia tak mengizinkannya makan pedas.
sabar k, nanti kit apergi berubat noh...

 Amirul dok pulun cucuk sotong tu nak masukkan kat dalam sup & tom yam
nampak dia happy sangat
maklumlah.. janji papa dah tertunai

masa dia nak ikut rombongan PASTI dulu aku tengah preggy Aleesya
jadi papanya janji nak bawak dia datang Cameron bersama sama adik
so... papa dah tunaikan ye sayang...

 Aleesya ni duduk dalam baby chair, tapi tak duduk sebelah aku
dia duduk sebelah mak biras aku 
Rajin tul mak teh melayan karenah Aleesya
suap mee la, nasi la.. 

 Tengok tu my biras suapkan Aleesya sup + nasi
suka betul Aleesya
banyak tul dia makan malam tu
lapar sebab letih berjalan kot

memang sejuk malam tu, Aku, Amirul, Aleesya dan Mak Teh pakai baju sejuk
Tapi my BIL & Hubby rileks je
sian Aleesya, dia sejuk betul malam tu
ok.. pas ni kena cari baju sejuk untuk dia lah..

Kami dah kekenyangan. Oleh kerana Amirul order nasi padprik + 2 nasi putih & te;ur dadar
kami makan syer syer je la.

 Amirul dah tak boleh nak makan nasi goreng padprik yang dia order, tengoklah tu
nasi punya berlambak kat sebelah dia.

eh.. eh.. mesti nak inter frame kan. hahaha..
time dah lewat, tapi hati masih dok ingat kedai kat sebelah food court ni
pas ni nak pergi deretan kedai tu lah
nak tengok baju sejuk untuk Aleesya.

ups.. leh la tengok N3 aku pergi cameron masa Amirul  umur 3 thn kat SINI
then kat SINI JUGAK

Wednesday, May 9, 2012

Yang jauh di dekatkan

Setelah semua perancangan di buat, masa dan waktu juga telah di persetujui
makanya rombongan kami pun bergerak ke Desa Alam Ria Batang kali
ke rumah abang my future biras ok


My hubby sedang menimba pengalaman utk membiasakan diri dalam majlis majlis seumpama ini.
haruslah kan, dah semakin meningkat usia, mana tau esok esok ni
leh la dia pulak take over sebagai perantara bila berbicara

banga aku sebab my hubby ni boleh la dikategorikan sebagai orang yang boleh di bawa ke majlis
susun katanya pun teratur, tenang, cool, ( buwekkk) puji laki sendiri. hahahaha
walaupun dia tak bercakap tapi ku tahu my hubby cool orangnya ( lagi sekali buwekkkk, hahaha)

pendengar yang baik
ok la tu kan, keputusan dah nak di buat le tu
aku tak de dalam kelompok tu.

Tengok la anak terunakaku. apa yang dibuatnya pun entahla
tapi, aku ke mana ek?

hahaha... aku kat luar sebab Aleesya ketiduran
credit to my BIL untuk picture ni
sebab snap versi besar gabak
sampai nampak semua peluh peluh di mukaku. hahaha

Berbincang pun sudah, setuju pun sudah
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar
sama samalah berdoa agar my BIL ni cepat cepat naik pelamin
Jeng jeng jeng.. my future biras dah appear kat sini
welcome to be one of our familly member
My first biras yang sarungkan cincin
sebab MIL tak berapa sihat.

hikss.. teringat masa aku bertunang dodulu
meh abang.. kita bertunang sekali lagi. boleh gitu?
hahahaha...

Bestkan orangsekarang, bila tunang, dihiasa mcm pengantin


My MIL tak boleh nak duduk kat bawah, that why my future biras ni kena la berjalan kehadapan tuk bersalaman.
Tu la kan, yang namanya ibu, tak sihat mcm mana pun dikuatkan juga demi melihat anak anak bahagia

View of pelamin.

 harusla kan aku interprem kat sini
mana aci dorang je bergambar
aku pun nak jugak tempek muka . 

Anak terunaku pun nak jugak parking kat sini. mcm ibu dia jugak

Sian Aleesya, sejak mula majlis sampai dah habis majlis still tido lagi
Ni semua kerja Paklong Dia la
sebab ngaco dia tidur semalam.

Acara makan makan pun bermula. di antara kuih yang disediakan
banyak lagi kuih kuih tapi aku snap yang ni jer

Actually sebelum datang aku dah makan, tapi sebab tak mo kempunan aku makan jugak sikit nasi briani tu
tak mo kempunan makan air tangan orang Batang Kali la katakan.
Bihun sup pun ada, tapi perut aku sendat dah
dah tak boleh nak makan lagi

 Hubby pun makan sikit je, sebab perut dia tak selesa
sejak dari umah lagi perutnya tu tak selesa, 

 Kaum kelurga hubby sedang berborak apa la dengan bapa saudara bakal birasku itu yer
Time ni kami dah berkira kira nak gerak balik ke Homestay tuk kemas kemas apa yang patut.
sebab lepas ni ada lagi tempat yang kami nak tuju. ngeeee

ups... Aleesya dah bangun upernya
parking kejap kat tangan Tok Wan.

ok. habis cerita ttg batang kali.
pas ni sambung cerita len pulak ok.