Wednesday, June 13, 2012

Arkitek terjun

Pernah tak korang wat kerja yang korang tak pernah buat pun. pas tu bos suh korang belasah buat jugak?
pernah tak ? pernah! hah!..cam na tu?



meh sini nak citer, al kisahnya aku le ni. tetiba bos suh aku belasah buat satu building drawing & plan then kena edit gambo masuk plak tu.  Bos aku tu, bukan nak suruh aku sebenarnya, tapi dah surveyor tu tercongok kat office & mintak semua tu on the sport. kena la suh aku wat jugak walaupun semua tu bukan di bidang kuasa aku.

muka kelat kelat pun aku  wat jugaklah. bodo bodo aku pun draw. kejap draw pas tu plan tu lari sana sini. then buat semula. time nak edit gambo tetiba jadi overlape. haishhhhhhhhh tension aku jah oi..
Actually semua tu dodulu ni dah ada buat & tersimpan rapi kat dalam company profile aku tu. selalunya Insurance nak hardcopy. Ntah le sekarang ni nak soft copy pulak dah..

yang tak puaih ati ni sebab surveyor tu datang terjah gitu je kat office aku. Hape? ko ini rancangan TERJAH TV3 tu ke? hehehe... pulun le aku wat terkemut kemut. tak siap jugak semalam. Dia ada mintak aku stayback & claim OT. Aku ni memang dah lama benor tak wat OT after work. so, mcm ralat le sikit.
sebab company takde drawing software mahu pun power point.

* part nak masukkan photo layout tu yang susah bangat!!!

Aku refuse & ckp I will finish by tomorrow morning k. harap harap leh la selesai. Niat di ati nak sambung wat kat umah. Tapi bila ngadap anak anak semuanya lupa & malas.

Pagi tadi datang awal & siapkan semua. breakfast pun idak. lapar kemain aku. Bos tengok aku diam je wat kerja, di belikan aku nasi lemak + Nescafee. ( ambik ati le tu)

Syukur, selesai dah semuanya. semua kerja tu dah selamat aku e-mailkan kepada pihak Insurance & aku dah pun burnkan masuk CD. Pas ni senang sket. tak yah dok susah susah berdrawing bagainya.

Note:- mata dah melugai tengok PC. dah mcm arkitek terjun pun ada dah ni.




Tuesday, June 12, 2012

Panjangnye....

inilah kali pertama aku tengok buah mempelam/mangga yang besar gabak

udah le besar, panjang sampai 23-24 cm


mcm tak caya
terus je ambil pita pengukur & ukur


ha.. tengok tu.. panjangkan?
my office mate yang kasi

2 biji aku dapat
katanya 3 biji RM 25 hengget

aku tak makan lagi, sayang pulak nak kupas
saja la simpan kasi ranum sket
baru besttttttttt...

Pertanyaan Amirul

 Sedang nonton TV ngan Amirul, pas tu tibalah iklan Sofy.
Amirul suka le sebab ada gambar jungle & ada monkey semua
inikan  iklan tuala wanita

jadi selambe je Amirul tanya soalan kepada ibunya ini
Amirul: awat dia pakai pampers tu? dalam hutan susah nak kencing?
jadi kalau pakai tu dia kencing dalam pampers tu ka ibu?

 Aku: mmmm.. dak aih
Amirul: Ibu pakai dak? pasai pa kena pakai ar ibu?
Aku: mmmm ( dok pikiaq) yang tu bukan pampers. yang tu tuala wanita
org perempuan ni Allah sayang lebih sebab dia kena buat banyak kerja & melahirkan anak

setiap bulan bird bird org pompuan akan keluar darah titik titik titik
jadi kena la pakai tuala wanita tu.sebab tak bagi bocoq..

Amirul: oooo.. kalau bird bird darah tak leh sembahyang ka ibu?

 
Aku : tak boleh la, org perempuan Allah bagi rehat sebab Allah sayang orang perempuan ni lebih sikit.
bukan tak leh sembahyang ja, puasa, baca quran & pegang quran pun tak boleh.

pas tu Amirul terus diam & tak tanya dah.
selamba je aku tengok muka amirul, tak dak tanda tanda quarries pun.

nanti next year dorang mesti belajar dah tentang haid ni. Aku rasa bila ustaz tu terang kat
dia, dia akan lebih faham. sebab aku dah explain kat dia sket sket..

 Aku pun heran, kenapa masa aku explain kat Mirul, idak pulak aku rasa mcm taboo..
haish.. ni le cabaran jadi ibu zaman sekarang

LUCKY DRAW BY WWW.MYADYNA.COM

nak ikut jejak langkah kesuma angsana lah.
join lucky draw in last minute. boleh ke? boleh la..
ekekekek...

 

walaupun besok last day. tapi nak gedik joint gak
sesapa nak join boleh la
klik SINI

ok
chaw chin chaw.
makan chinchaw...
:D