Tuesday, September 29, 2009

Raya aku Tahun Ini

hmmm... malas la nak kerja....
mood aku masih kat kg lagi la....
Mabuk ketupat lagi kot.... malas ler nak citer...
Raya aku thn ni simple jer...
Sebelum hubby pergi sembahyang, kena mintak ampun dulu.. ( Wajibbbbbbbbbb)
Tahun ni aku tak dapat pergi beraya.. bukan sebb cuti, tapi sebab kena jaga budak kecik ni ler...
Kat umah mak aku cuma tinggal mak ngan ayah ( aku panggil Pak su). bila hubby, mak & ayah pergi sembahyang..
so tinggal aku sengsorang ler yg kena jaga budak kecik ni..

Cium tangan.. kena ler ngajar dari kecik...
cium tangan papa.. serotttt serroooot...
Bila semua org tak ada kat umah, aku sibuk ler masak Mee Jawa tu, so aku suh amirul tolong sikit sikit. Bukannya apa, takut dia boring sengsorang.
Tak lama selepas tu, datang lah anak-anak buah aku menjenguk umah "Tok" dorang.
Kalaulah dorang datang awal, leh la aku tinggalkan Si Amirul ni kejap. Boleh aku Sembahyang Raya....
Posing kat sini jap..

Setelah di pujuk rayau oleh abang chaq aku, kami bertolak ke Alor Setar. on the way nak pi Umah Pak Teh di Aloq Mengkudu, Kami singgah kat Istana Anak Bukit.
Ingatkan boleh masuk, dah lewat la pulak....
Kalau tak, sempat jugak melawat perkarangan istana tu noh....
Bukan senang nak dapat masuk kan....

Punya la jenuh aku dok memujuk si Amirul ni untuk bergambar...
Maklumlah, dah merajuk ak dapat masuk istana..
Tu la.. abang chaq aku dok cakap banyak burung- burung dan binatang yg sultan pelihara
kat dalam tu yg boleh kita tengok...
Bila pengawal tak bagi masuk, memuncung lah...

Ala... Amirul kan anak ibu, pujuk sket mesti cair punya...
Last dapat gak peluk cium dia..
Muahhhh.... muah...

Banyak lagi tau, XTVT aku raya ni.. tunggu............

Thursday, September 17, 2009

Aku berjaya jua Akhirnya........


Rasa-rasanya inilah N3 penutup aku untuk bulan ramadhan aku..
Apa boleh buatkan... raya mood aku dah sampai...
Plan memulanya aku nak masak laksa jer untuk raya pertama dan Nasi ayam untuk raya kedua...

siap tipun mak aku kat kg suh dia beli ikan awal-awal, takut ler nanti ikan tak dijual pula pada hari wat ketupat tu..

Tapi kan.... tadi bapa aku call, dia cakap dia nak makan Mee Udang. Makanya Plan aku utk buat laksa kena digantikan dengan wat Mee udang ler.....


Ish... ish...lupa pulak... Sebenarnya aku rasa seperti dapat satu kemenangan." AKU BERJAYA MENQATAM AL QURAN SEMALAM.............. Alhamdulillah belum pun malam akhir ramadhan aku berjaya bertadarus dan khatam al- quran...


Kenapa aku cakap yg akhirnya aku berjaya???? Haaaa..... kalau korang nak tau, sejak bertahun tahun aku bertadarus Al quran di bulan Ramadhan, Thn ni jer yg melayakkan aku Qatham..

He.. he.... insya allah thn depan aku nak bertadarus lagi. Harap- harap tiap tiap thn aku dapat Qatham al quran...


@@@ Baiklah, di kesempatan ini aku mencoretkan.... @@@
Selamat Hari Raya..
Tangan disusun memohon kemaafan di atas segala kesilapan..
sesungguhnya aku manusia, hamba yg lemah....
seringkali melakukan kesilapan dan dosa...
Ampunilah segala salah dan silapku ini...
Ringankanlah diriku daripada bebanan dosa yang telah
kulakukan.....
wasallam......

Wednesday, September 16, 2009

Akibat Main Bunga Api....

Orang yg paling excited nak sambut raya... ni ha...budak kecik ni ler...bukan excited nak raya.. excited nak main Bunga Api...

Malam perama... Main bunga Api, Papa teman, best la, dorang berdua kan kamcheng

Daripda duduk, dah nak berdiri pulakPas tu nak lari lari pulak ..........

Nak dapatkan feeling la konon.....

Syok sangat la tu... kat mana yg seronok sangat pun entah lah...

Masa dok tengah main, Amirul suka kan main... lari lari kecil, sambil pusing pusing bunga api tu...
Tetiba.... gedebuk!!! jatuh da....

Ha... cam ginilah akibatnya kalau tak nak main betul-betul..

Dah luka kepala lutut tu. Tak berani nak nangis kuat kuat. Nak tunjuk Hero la konon..

Naik ja atas rumah, terus peluk aku sambil cakap " Ibu... mirul jatuh, Kaki Patah... patah... patah... (terisak isak).


Aku cepat cepat ambik first Aid kit aku ler.. '
Guna Burno Plus ni ler.. nak wat cam na, nak taruk minyak angin dia tak ndak..
Walaupun dah berbalut lutut tu, nak main jugak pada malam kedua.
Hmmm.. time ni aku yg kena temankan...
boring ar... tapi layan gak la..
Nak bagi ceoat habis, aku cucuh dua sekali..
Last bunya bunga api Amirul yg cucuh. Aku dah pun padamkan lilin.. than terus ja jalan naik.
Aku panggil dia naik, dia jln slow slow jer...
Lagi peristiwa berdarah...
Si Amirul ni pegang api yg last tu la...
jari dah melecup....

ha... ha... tangan berbalut pulak.
kelmarin lutu. hari ni jari... sian sian
tak pa pengajaran tu..........


bergetar getar kaki dia nangis.. sakit la. Api tu...
sib baik sikit, kalau banyak gelabah gak aku. Dah la hubby night shift.



Meraung-raung la Si Amirul ni.. Nak cover nangis dia yg kuat tu, Aku upah..
sebotol....
Pueh gak nak pujuk, suh dia diam.... sakit sesangat kot. Sian dia,
Sambil dok pujuk dia tu, aku dok perli dia gak... hik hik
"Tu la.. kalau orang tak dengaq kata... Kalau Ibu cakap tok sah main, nak main jugak...."
Bertambah-tambah la, air mata dia tu....
Sian...sian....


Ingatkan dah serik.. rupanya besok petang dia mintak nak main lagi...
" Tak pa la ibu, Mirul nak main. Mirul janji tak pegang api dah....."
Hmmm..... hampeh.. tak serik gak...
Makkkkkkkkkk.............. kopak la aku mak oiii.

Monday, September 14, 2009

Aku Qada' ja marahku itu...

Aku cuti dua hari..
sibuk mengemas rumah & shopping raya...
Macam biasa la, bila petang ja aku memulakan rutin harianku, memasak untuk berbuka.
Dialog pertama:-
Aku: Amirul... tutup TV masuk mandi, dah lewat ni.. berapa kali nak cakap???
Amirul: Sat.. sat gi mirul mandi la
Aku: sat gi, ibu pi siap....( nada marah)
Amirl: ( selepas menonton iklan minyak Masak)
tiba-tiba:- Ibu... ibu.... nanti ibu beli minyak masak mcm kat TV tu
ibu masak dengan cara betul tau
jangan masak tipu-tipu.
Aku: hai.. ( Selama ni aku masak tipu tipu ka? tak faham maksud tersirat iklan tu rupanya, nak gelak pun ada...
hilanga marah aku.
Dialog Kedua:-
Amirul: Ibu... jom la pi Pasar Ramadhan, Mirul nak beli Bunga Api
Aku: Ibu tengah sibuk ni, nanti papa balik ajak dia la..Ibu tak gaji tak ada duit
( cari helah)
Amirul: kalau cam tu beli "Thomas" ataupun mercun... jom la ibu.
Aku: Amirul ni.. kalau ibu cakap "A" mirul jawab "B" kalau ibu cakap "B" Mirul jawab "C".
Amirul: ok lah "C"...
Aku: Apa??@#@@###
Amirul: "C" la, tadi kan ibu cakap C, kalau mirul cakap lain, ibu marah plak..
Aku: qda' ja la marah aku tu...
Dilaog Ketiga:
( Amirul & Tok dia) Loud speaker (HP)
Amirul: Hello.. Assalamualaikum...
Tok: W'salam... ( lepas borak borak)
Bila Amirul nak balik umah tok?
Amirul: Tu la mirul heranlah... bila, depa dua ni nak balik.
mirul memang nak balik, depa dua dua ni tak mau balik...
Aku: geram.... siap buat gosip lagi ngan tok dia. Aku & hubby yg jadi mangsa
Amirul... amirul...

Saturday, September 12, 2009

Aku rasa di sayangi...........

Wah.. wah.. bahagianya bila rasa diri ini disayangi...
hish.... rasa cam nak nyanyi lagu brorey
Biarlah bulan bicara sendiri....
biarlah bintang kan menjadi saksi
hingga sampai akhir nanti..
cintaku masih tetap di sini...
che wah.. chwewah... jiwang la pulak..
Hmmm... sukanya aku snap gambo cam gini. rasa cam kasih sayang yg aku beri seperti di balas oleh sikecik ni. Dulu dia parking kat dalam perut.. sekarang ni dah parking kat dada aku la pulak. best kan.. rasa bahagia....



Tak kisahlah, kat mana mana pun dia mesti nak sayang kat pipi aku yg tak berapa licin ni. kahhhhh.... selalunya part cam gini dia suka buat masa kami dalam keta. dia kat belakang. so sebelah kiri sayang ibu, pusing kanan pulak cium pipi papa yang sedang drive....
Aksi ni aku suka gak. aksi laga-laga pipi.. dulu masa dia kecil, aku yang kena dekatkan pipi aku kepadanya. Tapi bilah dia dah 4thn dah dia sendiri yg datang. Rasa best wooo.... Bagi korang yg anak masih kecik mecik tu, tunggulah korang pun akan terima gak tindak balas cam gini.
tinggu.............



Aksi peluk peluk..
Ha masa ni dia cakap: " Ibu.. peluk la.., Amirul sejuk ni". So aku peluk. Then Mak Tam yg snap photo ni. Oklah aku bagi credit untuk adik ipaq aku.. Thanks Wa....
Hubby???? ups.. dia tak join kitorang masa ni, sebab sedang wat tahi mata kat umah. yer la, dia kan kena shift malam.. so siang ari, tidooo ler..
" Cam lagu nenek kebayan, Siang mengantuk malam berjaga"
Tak kisah la.. berjaga cari rezeki untuk kami sekeluarga.. betul tak bang?????


Friday, September 11, 2009

Aku Sebenarnya Penakut..........

Tanpa kusedari.. masa berlalu pergi begitu saja...
dari hari kehari aku meniti usia..
Hari demi hari maka bertambahlah gedabaknya badan aku ni...
tapi aku tak kisah sangat aku enjoy dengan saiz aku... betul kah????
walaupun badan aku dah gedabak cam gini, aku sebenarnya penakut...........

Aku tekaut dengan benda alah ni lah. Memang ngeri bila aku tengok bahana mercun ni. Pernah gak boss aku nak bagi mercun untuk celebrate raya, aku tolak. Bunga api ok la.
Aku bimbang keselamatan anak aku ....

ha.. ha...nampak asap jer yg keluar, inilah akibatnya kalau juruphotonya penakut nak dekat. tapi masih nak ambik gambar. Dari jauh jer k. Aku memang takut!!!!!!


tiup. tiup nanti api terpadam...

Yg paling lawak tu, kat umah adik ipar aku tak ada "lighter"/mancis. so kena la ambik paper than bakar paper tu kat dapur gas. lepas lari sepantas kilat kat depan umah, untuk cucuh mercun tu. kahhhh.. ala-ala larian obor gitu....


kahhhhhh........ memang dasar penakut!!. Aku cuba gak snap gambar mercun ni masa dia sedang galak berpusing pusing. tapi hempeh... aku memang takut nak snap. last last dapat gambar cam gini la....



Aku memang bimbangkan keselamatan budak kecik ni. So aku suh dia dok jauh jauh. mesti tak fun kan?? tapi apa boleh buat aku risau sesangat kalau soal mercun ni. Ingat lagi tahun lepas bos aku kasik mercun papan yg cina selalu bakar tu. Aku letak kat atas pokok, pas tu guna kayu yg panjang untuk cucuh. kahhh... tahap kepenakutan aku ni memang serious la...



Tengok tu, sempat lagi bergaya dengan paper obor tu,


Ha.. ha.. sebelum mercun tu berfungsi aku sempat gak snap. tapi bila dah berapi keluar bunganya aku ambik langkah seribu lari jauh-jauh...
P/s. Kalau sesiapa yg nak main mercun jangan ajak aku k. Mesti tak fun punya kalau aku join sekali. Maklumlah akuni "Sigedabak penakut"....


Thursday, September 10, 2009

Jangan Tiru aksi ini.........


sedar tak sedar dah 20 hari kita berpuasa...
yeh yeh nak raya dah....
hish.. bukannya nak citer pasal raya..
ceritaku masih lagi berkisar tentang Amirul anakku ini...
korang tengoklah apa yg dah dilakukan olehnya..
**
*
*
*
*
*
*
*



kay-po nak isi minyak
Pernah tak korang tengok warning kat pam minyak tu ada tulis yg budak bawah umur tak dibenarkan mengepam minyak..
dah berkali kali cakap ngan hubby, tapi Si Amirul ni memang key-po lah


hehaaa... papa ajar ok.
Patutla kalau marah tak makan saman. Mentor dia tu siapa kan... PAPA sendiri..


Merajuk......

Ha.. masa ni dia tengah merajuk sebab aku marahkan dia tak kasik isi minyak. Dengan muka masam dia nyorok kat pintu keta.Nak mengacum kat PAPA la tu, sebab aku marahkan dia..Susah kan nak bagi budak kecik ni faham tentang bahaya yang bakal menimpa jika tersilap langkah.




Akhirnya.... dapat gak dia memanipulasi kami untuk membolehkannya mengisi minyak keta. Hai Amirul... ni la akibatnya kalau semua benda nak belajar, semua benda nak buat. fenin.. fenin.



** hati hati ya, jangan tiru aksi ini , mebahayakan diri dan orang lain jugak***

Wednesday, September 9, 2009

Sejuk pun layan..........

Ha.. ha.. ini selingan jer.. bukannya apa rasa geletek hati ni bila tengok perangai si Amirul yg entah apa-apa tu. Korang mesti ingat lagi kan, di awal kita menyambut ramadhan tu hujan berhari-hari.
So kami sekeluarga tak plan untuk ke mana-mana pun, just lepak kat umah ja. Aku plak tak boleh nak sentuh labtop lansung. mana taknya si Amirul tu control habis...
tengoklah tu walaupun dalam keadaan sejuk, siap ambik selimut kemudian sambung men game kat pc. Dah boleh dikategorikan " Berbungkus Bangkas". Ala seperti dialog lam citer P. ramlee tue.
Kusyuk tul si Amirul ni men game. mana tak nya, hubby panggil kawan dier yg terror It tu datang umah, upload game masuk. Game kanak kanak seusia dier la.
Keasyikan Amirul ni men game, kadang kadang boleh wat hubby terbakar gak. Mana tak nyer hubby nak baca paper pun tak boleh. (baca paper dalam PC).

Dah jadi cam pocong dah si Amirul ni. Kalau hubby sedang baca paper kat Pc Amirul akan cakap " Papa ni asyik paper, paper, paper, Mirul nak main game pun tak boleh, Lemaslah cam ni". Hish.. macamlah main game tu penting sangat. Saja dia nak wat riuh....
** Wallpaper kat PC tu hari hari berubah dikerjakan oleh si Amirul ni.. Sabor jerlah**


Tuesday, September 8, 2009

Mengapa Jalan ini yg dipilih...

Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi. Aku cam biasalah dah kira habis sahur la. So dok rileks jap sementara nak sembahayang subuh. Pas tu nak tidur semula. Maklumlah keja masuk kl 9:30 am.

Tiba-tiba, aku dengar suara jiran jiranku agak riuh rendah jugaklah."MATI" MATI? MATI?. Ha itulah perkataan yang aku dengar. So.. aku dan hubby hanya mengagak yg berlakunya kemalangan yg menyebabkan kematian. Selepas solat subuh aku terus ja tidur. Tak pedulikan lagi tentang kemalangan. Aku ni jenis takut sket..

Jam pukul 9:00 pagi aku hantar Amirul ke rumah baby sitter. kemudian, aku dengar berita yang menggemparkan!!!!!!!
sebenarnya, anak jiran aku yang tinggal di sebelah jalan sana, telah menggantung diri!!!!.
Ya Allah, kenapa jalan ini yang dipilih oleh hambamu itu. Semasa polis datang mengambil mayat tu, ada tiga helai nota yang ditinggalkan sebagai bukti nahawa dia memang membunuh diri. Masalah apakah yg dialami oleh remaja 21 thn ini????
Sesungguhnya aku tak pernah menyalahkan sesiapa pun dalam soal membunuh diri ini. Bagiku, hanya Allah yg dapat menetuka keadaan hambanya sewaktu membunuh diri. Sama ada dilakukan dengan sengaja atau diganggu makluk lain. Wallahualam....
Alfatihah.. semoga rohnya dicucru rahmat.
*Janganlah engkau membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepada kamu. (an-Nisa:29); *

Berbelanja...

Ok lah, aku sambungkan citer semalam k.

Sebenarnya aku ngan adik ipar aku tu tengah plan nak gi terjah umah sewa adiknya yg terletak kat kulim sinunnnnnn. Dia student Politeknik Sultanah Bahiyah, kulim. So kami plan nak gi terjah umah dia la. Sebelum pergi tu aku gi shopping barang dapur kejap...

Budak kecik ni kena letak dalam troli kalau tak memang boleh ilang. Aku shopping barang - barang basah ja. Sebab plan kami nak pergi buka puasa kat sana. Memandangkan dorang tu budak sekolah, so paham pahamlah. hari -hari makan beli , mana ada masak masak. Aku plan nak masak kari ikan kering dengan Nenas, Sambal Udang & ayam masak kunyit.

Pas tu, adik ipar aku nak makan budu, cicah ngan kacang hijau muda.


Setelah dicongak congak aku rasa lebih baik masak kat umah dan tapau gi umah dia jer. Diorang pun tinggal berlima di tambah kami 4 org. so 9 orang la yg akan berbuka nanti. Aku pun mulakan strategi aku untuk masak untuk di makan oleh 9 orang....



Tengoklah tu, semuanya barang dapur ja yg ada dalam troli tu. Shopping untuk baju raya??? mood aku tak datang lagi lah. Cam tak teruja lak raya thn ni...

Ha... masa aku tengah dok syok snap gambar Amirul tu, tetiba ja mamat security datang and bagi warning kat aku. "Kak.. kat dalam ni tak boleh ambik gambar". La.. tak tau plak aku yg tak leh nak bergambo... So tersipu sipu malu la kau dibuatnya.



Tengoklah tu, Si Amirul dengan mak Tam dia. Dulu kami tinggal sekali. So Amirul rapatlah ngan Mak tam dia. Bila Mak tamnya dapat kerja kat Ipoh berjauhan la. Sekarang ni la masanya dorang ni mengubat rindu.....

P/s. Wa... rindu gak ko noh kat kak T & Mirul. Siap wat edisi terjah lagi. Apa apa pun tima kasih la sudi datang memeriakan lagi Ramadhan kami sekeluarga..



Monday, September 7, 2009

Rumahku Diterjah...........

Saja nak bertenggek kat sini jap.....


Jumaat lepas, hubby kerja shift malam. So selepas sembahyang magrib aku bertadarus jap. Masa aku tadarus tu, Amirul cam biasalah bertenggek kat tepi sejadah, pas tu terlentok teruslah....



Setelah selesai semuanya, aku rilek sambil menonton TV. Tiba-tiba....

knock.. knock... pintu rumahku diketuk.Hairan gak sapa le memalam ni, takkan hubby balik kot. Ketuk ja, salam tak bagi pun. Aku beranikan diri tanya, Siapa???????

Tak jawab pun. tetiba aku dengar suara perempuan yg bagi salam......... "PEREMPUAN" Malam malam gini. aku tanya lagi SIAPA?????...

Hish... wat gejut aku memalam ja, adik ipaq aku yg kerja kat Ipoh tu wat surprise terja mah aku lak. Sib baik aku tak balik kampung. kalau tak naya ja kan...

Aku cuba gak kejutkan Amirul yg sedang enak berlayar di atas tilam empuknya tu. Tapi tak mahu bangun gak. So aku borak borak kejap dan kami plan nak ke...... tut.. tut... bersambung....

Wednesday, September 2, 2009

Aku hilang semuanya....

wua... wua...
Kesedihan menyelubungi hidupku, tatkala aku hilang semuanya. Puas aku lakukan untuk mendapatkannya kembali, tapi, tapi ia pergi jua... oh kesedihan ini meruntun hatiku..
Argh... yg pergi biarkan, yg penting hidup mesti diteruskan. Kutabahkan hati kewanitaan ini untuk menghadapinya dengan tenang.
Aku sepeti biasa kat office menjalankan rutin harian ku. Disebelahku, aku charge battery Hpku.Aptah lagi Hp ni, Boss aku yg bagi thn lepas. Hampir dua thn aku guna. Tiba-tiba... POPS...... Office aku blackout!!!!!!!!!. Asap keluar dari plug yg aku charge hp aku. Cepat-cepat aku unplugkan Hp aku.
First Phone yg Boss aku bagi
Than aku belek belek Hp aku semuanya ok ja. Syukur.....
Bila malam, ah HP aku tak berbateri pulak lagi, aku kena charge ni. Aik??? naper tak masuk karan ni??? aku pegang HP, wush panas giler... aku cepat cepatkan unplug. silap haribulam umah aku pulak yg meletup.
Pas tu aku hantar pi repair, than dorang cakap HP aku tak boleh repair and semua maklumat didalam tu "HILANG SEMUANYA"... WUA!!!! WUA!!!!!
Sedih sesangat tak dapat nak copy semua no tel kengkawan termasuk kaum kerabatku.
So.. hampir sebulan aku dok bergilir guna Phone hubby, sementara dok riki phone yg sesuai. Timing tak sesuai la, tambahan pulak nak raya,nak pakai duit plak tu. So aku plan nak beli yg murah jer la. TEMPORARY. Tak sangka pulak Boss perasan aku tak ada phone...
Maybe, dia call aku tak dapat kot.
x
x
x
x
x
x
x
x

Tara.... HP baru, boss kasi.
Sabtu lepas, aku tak jadi pergi kerja sebab sakit tengkok. " Jatuh Bantal" Monday aku datang kerja aku tengok, ada orang photostate phone letak kat atas meja aku. Pelik, naper nak susah susah photostate phone plak. Nak perli aku la tu, kan aku tak ada HP. Than pukul 12:00 bos datang, pas tu dia bagi aku phone baru. sonotla, cam orang ngantuk dosorong bantal plak.
Walaupun phone ni tak berharga ribu ribu, tapi "Price is not the matter" the important is about concern...
So untuk boss aku Mr. Por, Thank you sebab dah dua biji phone ko bagi aku. satu dah lingkup, harap harap yg ni tahan lama kot. he.. he...

Like Father Like Son............

hish... dah bersawang blog aku ni.Maaflah sibuk sangat di Bulan mulia ni. Nak habiskan 30 juzuk al-quran. So sehari satu juzuk la. Ntah la sempat ke tak. Tiap tiap thn aku buat tapi tak pernah sampai habis pun. Lepas berbuka, aku tadarus, memang tak layan dah tenet tenet ni. Kalau tak sempat habis malam, aku sambung selepas subuh plak.. cam tu la rutin harian aku di bulan mulia ni.

korang tengok tajuk kat atas tu len la plak ngan apa yg aku citer ni kan.. Sebenarnya itu selingan ja sebelum aku nak bagitau ttg persamaan hubby ngan anakku sorang ni.Sebenarnya, ramai yg cakap anak aku ni tak dak iras aku langsung. So untuk mensahihkannya korang tengokla sendiri k.



Ha..ha..., bila papa duduk kangkang anak pun kangkang jugak.eh eh spontan jer hb & Amirul ni posing. Mula tu aku tak ambik kisah sangat, tapi kebanyakkan photo yg aku snap memang menunjukkan yg mereka berdua ni mempunyai gaya yg sama la...





Ni lagi satu, walaupun duduk kat atas kerusi, masih lagi bergaya sama. Agak-agaknya bila dah besar nanti cam na ek?